Cuti sekolah tamat!
8 Jun 2008 at 11:34 am | In Coret, Pengalaman | 10 CommentsDua minggu cuti sekolah sudah berakhir. Esok, saya akan mula kembali mengajar untuk praktikal saya di SMAPK.
Banyak juga perkara yang berlaku dalam dua minggu ini. Dimulakan dengan penglibatan saya bersama-sama kontinjen SMAPK ke HKSBP 2008 di Sek Men Sultan Abd Halim. Suatu pengalaman menarik. Juga bengkel mengajar di Universiti Malaya yang banyak memberikan kebaikan (dan terselit unsur kebosanan). Paling menarik, pergi menonton P Ramlee The Musical bersama rakan-rakan setia. Trimas!
Rezeki saya cukup baik untuk dua minggu ini. Terima kasih buat sesiapa yang banyak membantu saya untuk menumpang kasih dan berteduh; Maisarah, Bobit, Nuar, Amir R (minta maaf kepada yang tidak disebut namanya disini). Saya juga rasa sungguh puas dapat update entri dalam blog ini lebih 6 entri. Sekurang-kurangnya, sawang-sawang telah saya bersihkan. Saya tidak pasti internet di SMAPK sudah pulih ataupun tidak.
Jumpa lagi semua!!!
10 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.

salam..
pandangan saudara berkenaan dengan “Stupid by education” di Malaysia?
=)
Komen oleh hilman — 9 Jun 2008 #
ini cerita biasa BMW Sauber one two kat kanada Xde ke?
Komen oleh masy2k — 11 Jun 2008 #
saje je nak drop comment kat sini…
ko kenal aku x ali..??!!
ex-kmm dulu….
http://fireroll.blogspot.com
Komen oleh fire — 12 Jun 2008 #
anda telah ditagged! sila dtg melawat oke!:P
Komen oleh novoselic — 17 Jun 2008 #
Salam perjuangan.
Komen oleh Cheguman — 19 Jun 2008 #
salam.
saudara ali asyraf,
saya moderator blog OPEN DEBATE yang bertujuan untuk mempromosikan perdebatan berhujah tentang isu semasa negara dalam kalangan bloggers di Malaysia.
di sini saya ingin menjemput saudara untuk menjadi penulis tamu dalam OPEN DEBATE bagi menjayakan cita-cita ini.
kini saya juga masih dalam proses untuk mengumpulkan para pendebat universiti untuk menyumbang artikel di OPEN DEBATE.
saya berpendapat saudara adalah calon yang sesuai kerana saudara seorang pendebat yang berdedikasi, rasional dan kritikal berdasarkan prestasi saudara sebagai pendebat di universiti dahulu.
anda juga telah memiliki akaun wordpress jadi mudahlah anda menghantar post ke OPEN DEBATE.
sebarang pertanyaan bolehlah di kemukakan kepada saya menerusi email ini
ashraf9julai@yahoo.com.
silalah kiranya meluangkan masa melawat OPEN DEBATE.
http://opendebate.wordpress.com/
kedatangan anda sebagai penulis tamu amatlah dihargai..
terima kasih.
Komen oleh ash037 — 23 Jun 2008 #
i miss all the moment……
Komen oleh maisarah — 25 Jun 2008 #
rindu plak kat hang… seronok mengajar???
Komen oleh redapples — 4 Julai 2008 #
selamat kembali bertugas..
hik
Komen oleh izie — 8 Julai 2008 #
apa pandangan saudara tetang politik mahasiswa ?
adakah politk kekuasaan /moral/nilai.?
Komen oleh shafie hashim — 15 Julai 2008 #