Teksi Tunai

2 September 2008 at 12:50 pm | In Coret, Hiburan, Suara Hati | 8 Comments

Mungkin sudah ramai yang sudah tahu akan rancangan ini. Sudah lama bersiaran di Astro Prima. Layari www.teksitunai.com untuk maklumat. Bagi saya, bagus rancangan ini. Sangat bermaklumat. Kepada yang tidak tahu, rancangan ini merupakan satu gameshow di mana Bob Lokman selaku hosnya akan memandu teksi dan mengambil penumpang ke destinasi. Bezanya dengan teksi biasa, penumpang tidak perlu membayar tambang, malah berpeluang memenangi hadiah wang tunai sekiranya dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan.

Namun, ada satu episod yang begitu menarik perhatian saya. Klipnya boleh ditonton di sini.

Kepada yang malas nak tunggu video tersebut untuk load, boleh terus baca dialog yang saya sudah ekstrakkan ini. dialog ini tidak merangkumi keseluruhan perbualan, namun cukup sekadar apa yang ingin saya highlightkan sahaja.

(siren di dalam teksi berbunyi)

Syazlina : Apa tu?
Bob : Saya nak bagitau bahawa siren tu bagitau Cik Syazlina bahawa Cik Syazlina adalah penumpang saya yang bertuah hari ni
Syazlina : Ok… nama abang sape?
Bob : Nama saya Bob Lokman (sambil tersenyum)
Syazlina : Bob Lokman…
Bob : Ya … Bob Lokman…
Syazlina : Ooo… Bob lokman… cam mana nama macam tu?
Bob : Saya bob pasal saiz saya, lokman tu ayah saya
Syazlina : Ok…

Bob : Ok… Cik Syazlina bekerja di mana
Syazlina : Kerja… pelakon… eheheh (tergedik-degik)
Bob : Aaa? Kerja pelakon (sambil menerkup mulut, terkejut) saya tak perasan…
Syazlina : Ala… (gedik) nak autograph?… hehe (gedik lagi)
Bob : Syazlina, Syazlina… saya baru nak kata macam familiar
Syazlina : Macam familiar, pernah tgk movie saya?… ahaha… (gedik)

Soalan : Apakah maksud simpulan bahasa langkah kanan
Bob : Apakah maksud simpulan bahasa langkah kanan
Syazlina : Langkah kanan?… menepikan diri…
Bob : Langkah kanan… (geram, sebab Cik Syazlina tak dapat jawab)
Syazlina : Langkah kanan?… kanan kananlah, kanan kan?
Bob : (beri pembayang) Dia kalau org tu dia tgh makan, kan? Dia baru nak makan, tiba-tiba tetamu dia sampai, sekali, tetamu dia masuk rumah dia tengok, tuan rumah tengah makan. Dia cakap “alamak, langkah kanan la” ha… apa maksudnya?
Syazlina : Langkah kanan?… lambat, terlambat…!
Bob : Waaa… okay, sepuluh ringgit yang pertama…
(syazlina dah bersorak kegirangan)
Bob : Tak, jawapan yang sebenarnya SALAH… (muka geram)
Syazlina : Ooo. Salah ek?

Kesimpulan saya :

  1. Pelakon jelita ini tidak mengenali Bob Lokman. Mungkin alasannya Bob Lokman tidak terkenal. Tidak mengapalah. Tetapi, boleh pula bertanya pada Bob Lokman, “… nak autograph?…”. Seluruh Malaysia lebih kenal Bob daripada Syazlina ini.
  2. Peribahasa mudah, tidak tahu maknanya. Langkah kanan maknanya menepikan diri. Sudah diberi pembayang, pun salah meneka. Saya tidak tahu apakah bahasa yang dibualkan di rumah. Bahasa isyarat barangkali.
  3. Gedik. Gedik. Dan gedik. Sepanjang berada dalam teksi, tidak ubah-ubah gayanya yang gedik itu.

Mungkin tidak semua artis sebegini. Namun, ia akan menjatuhkan maruah artis khususnya pelakon di mata masyarakat. Pengajaran kepada semua penulis skrip, sudah-sudahlah membuat bahasa rojak untuk menaikkan kualiti cerita (katanya). Gunakan bahasa kita, yang sarat dengan bahasa indah, agar pelakon sendiri boleh belajar peribahasa, simpulan bahasa dan macam-macam lagi. Malulah! Kalau hendak lihat sambungan video ini, sila klik di sini. Banyak lagi aksi menarik menyakitkan mata yang boleh anda saksikan. Kerana kesudahannya, beliau memberikan jawapan yang salah sebanyak tiga kali dan akhirnya, terpaksa berhenti di pertengahan jalan, dan semua wang yang dimenangi lebur. (Nota : Pihak ASTRO menyatakan yang semua penumpang dihantar ke destinasi)

Saya hendak tanya, siapa Syazlina ini? Cerita atau filem apa lakonan dia?

8 komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

  1. memang bang**g perempuan ni-bajet dia lagi terkenal dari bob lokman..poodah! ntah ulu kampung ceruk mana tah mari bajet artis,bang**g,b*d*h! geram aku tgk-hahaha

    Ali : Tahu takpe…!

  2. aje sengal pompuan ni….kau budget kau DIVA ke??…
    suh bob gantikan “syazlina” ni dgn sy la…dpt menang tunai…hahah….

  3. X baik marah-marah pernah terlibat secara X langsung dalam pengambaran “macam orang lintang pukang lari kerana kebakaran” semua yang terlibat tu pelakonlah tu!!!!!!

    Aku plak pernah mengajar ali kejap tapi tak ngaku pun cik gu!!!!!!!! Ialah masa tu di sekolah rendah lagi

    Ali : Pernah berlakon ek?

  4. hmm… sah2 gedik tahap cipan dia ni..
    tp, saya pun tak tau apa dia langkah kanan…
    cikgu ali, apekah itu?

    Ali : Hah?!

  5. huhu…
    memalukan la…
    soklan senang je tu…..
    dolu2 lg blaja ngn cikgu BM..

  6. mmg bes teksi tunai ni.smpai aku pon kdg2 g carik buku nak tlg jwbkan soklan.hahaha.kalu aku konon2 dpt masuk teksi tunai nih, brp rm eh dpt?hahaha

  7. aku kenal laa pelakon tuh…
    ade video 3gp die dlm hp aku.. oppss :-x

    Ali : ye ke? haha!

  8. belum sempat pun melihat video tersebut. (tak sabar nak tengok). Marahnya orang Melayu gediks itu. Jagalah adab sebagai Melayu Islam. Orang sekarang…~


Tinggalkan komen

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.