Selesai Cuti Sekolah
14 Jun 2009 at 5:12 pm | In Coret, Debat, Pengalaman | 9 CommentsEntri terakhir saya bertarikh 5 Mei.
Sudah lama, bukan?
Blog ini dibiarkan bersawang. Bukannya apa, sejak bekerja ni, kurang idea untuk menulis.
Kereta

Setelah difikir masak-masak, selepas membuat perbandingan, akhirnya saya telah membeli sebuah kereta. Kereta pertama untuk diri saya, Proton Persona 1.6MT. Seronok juga mempunyai kereta sendiri. Kepada sesiapa yang berhajat membeli kereta pada range harag sekitar Proton Persona, saya mengesyorkan untuk anda membeli kereta ini. Boot besar, ruang luas, enjin 1.6 liter. Dalam ertia kata lain, berbaloi!
Debat dan Bahas
Saya ingin mengucapkan tahniah buat pasukan bahas BM Sek Men Agama Persekutuan Kajang atas kejayaan melayakkan diri ke pentas akhir Bahas BM PPM untuk kali kedua berturut-turut. Moga kejayaan akan bersama-sama kalian, InsyaAllah.
Buat adik-adik junior pasukan debat UM, moga kegagalan di UTM tempoh hari memberi kekuatan untuk mengembalikan kegemilangan yang telah kita sama-sama cipta. Jangan terlalu bersedih, dan moga kejayaan juga akan bersama-sama kalian, InsyaAllah. Ingat! Kita bukan sekadar ingin mengenang kegemilangan, tetapi lebih berat lagi untuk mengekalkannya.
Cuti Sekolah

Cuti sekolah seperti bukan cuti. 29-31 Mei lepas, saya membawa pelajar SMK Tasek Utara ke perkhemahan tahunan di Gunung Arong. 1-3 Jun saya menghadiri kursus di Ulu Tiram. 7-11 Jun pula di Kompleks Lawn Bowl Bukit Kiara, ada kejohanan di sana. Di penghujung cuti begini, barulah boleh menarik nafas lega. Tetapi banyak kertas jawapan hendak ditanda!
Entah bilalah blog ini akan diupdate lagi. Kalian semua doakanlah agar saya diberi kekuatan (dan ilham). Kepada yang sedang berdiam diri, janganlah menyeksa diri ini. Sorry!
p/s : Semalam menonton peserta Jangan Lupa Lirik, Fahmy namanya. Sudah lama tidak melihat beliau sejak Malaysia Idol pertama…
9 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
mantapla abg ali..dah ader keter..fuh..inila dikatakan guru bekerjaya,huhu..sebab bekerja+berjaya..hehe, pon..pon..main hon kete sikit
Komen oleh ZaIn NiLaI — 14 Jun 2009 #
cikgu Ali!
Komen oleh hidayat — 15 Jun 2009 #
Nice car!
Komen oleh kudozu — 22 Jun 2009 #
sekain lama menyepi…terima kasih….semoga bahagia….
Komen oleh mysarah — 25 Jun 2009 #
huih blk ni bleh merasa pesona la sayeeee..haha
Komen oleh Haris — 1 Julai 2009 #
Salam….ahaks…cikgu ni rupenye..hehe soalan math susah >_>
Komen oleh Jakpo — 5 Ogos 2009 #
fuhh..amat jakon ’saye’ melihat kereta anda..
~wink*
Komen oleh aisyahmad — 8 Ogos 2009 #
Anda UMNO?
Komen oleh UMNO — 12 Ogos 2009 #
Maybe kot aku bukak laman ni pun sebab baca kutukan PMI = PAS. Dulu orang malu n takut nak mengaku PAS… tp sekarang la sapa ngaku UMNO dia tu la yg akan dapat kemaluan… opps malu…
Komen oleh Ahli MCA — 12 Ogos 2009 #