Celcom Broadband
26 Ogos 2009 at 1:49 pm | In Coret, Pengalaman, Suara Hati | 11 Comments
Situasi di bawah ini adalah situasi yang saya lalui sebelum mendapatkan wireless broadband daripada celcom.
Di celcom centre
“Encik, saya datang untuk mohon broadband”
“Encik nak pakej yang bagaimana? Encik kerja kerajaan ke?”
Lantas saya menjawab, “Ya.”
“Kalau begitu, encik pergi ke tingkat atas, ada harga khas untuk kakitangan kerajaan.”
Di tingkat atas.
“Modem untuk pakej kakitangan kerajaan ni free. Encik boleh daftar hari ini, tetapi modem dah habis. Order mungkin sampai dalam dua minggu.”
Saya memberi respons, “Tidak mengapalah. Hari isnin nanti saya datang semula.”
Saya datang semula ke Celcom Centre pada hari isnin berikutnya.
“Cik, saya datang nak daftar untuk broadband pakej government servant. Hari tu, saya diberitahu yang modem dah habis.”
“Oh. Mungkin stok modem akan tiba dalam masa sebulan.”
Dengan spontannya, “Eh? Jumaat lepas saya datang, kata dua minggu. Hari ni saya datang, dah jadi sebulan. Pelik?”
Saya tangguhkan dahulu niat untuk dapatkan broadband itu.
Beberapa hari kemudian, saya survey di sebuah booth di Plaza Angsana berkenaan pakej kakitangan awam.
“Maaf encik, pakej itu hanya ditawarkan di Celcom Centre sahaja”. Jawapan yang ringkas, tepat dan memuaskan hati.
Dua minggu kemudian, ayah saya pula membuat tinjauan di PC Fair. Kononnya ada promosi di sana. Tetapi, itu semua propaganda semata-mata. Semuanya harga yang sama di Celcom Centre. Yang berbeza cumalah layanan dan juga beg kertas cantik serta beberapa hadiah cabutan bertuah. Apabila ditanya tentang pakej government servant, jawapan mudah yang menyakitkan telinga, “Oh, itu dah takde dah…”
Tempoh hari di AEON Tebrau City, ada promosi broadband oleh Celcom juga. Harga? Sama juga dengan di Celcom Centre. Yang lainnya pun mungkin seringgit dua, modem yang cantik (warna hitam) dan hadiah cabutan bertuah. Apabila ditanya tentang pakej kakitangan kerajaan, dijawabnya, “Ala bang, yang pakej government servant tu pun abang kena bayar modem die, RM200.”
Setelah difikirkan, saya kembali ke Celcom Centre setelah sebulan saya menunggu. Stok modem pun dah tiba. Dan diaktifkan setelah 48 jam mendaftar.
Lu pikirlah sendiri.
11 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
pengalaman yang sama sewaktu saya mencari utk student package!!
Salam Ramadhan!!
Komen oleh masita md shah — 26 Ogos 2009 #
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
suda lama tak jumpaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
dah grad la katakan
tapi jgn lupa ajak kawin nti tauuuuuuuuuuuuuuuuu
and kim slm kt ishaaaakk
kami rindu sama broQ
Ali : Rindu bangat sama kamu semua jugak!
Komen oleh ily — 26 Ogos 2009 #
la, begitu la cte nye…
baru ku tahu cikgu……..
Komen oleh Nurul Asyiqin — 26 Ogos 2009 #
dpt free la nie modem nya …?
ok la tu….
Ali : Nak kerja government ke?
Komen oleh penamaya — 27 Ogos 2009 #
baru ni ade PC Fair kat UPM… riuh rendah promosi broad band maxis dan celcom.. nasib baik tak terniat nak beli cos ade wayerless free. kalu tak mungkin akan menyambungkan cerpen ni… hehe
Ali : Internet di kolej kediaman ke-10 UM mempunyai kelajuan setaraf blackbird….
Komen oleh fazilyahaya — 27 Ogos 2009 #
Internet di kolej kediaman ke-10 UM mempunyai kelajuan setaraf blackbird… p/s – : Dulu….
Ali : Blackbird = Jetfire…. tu mmg kisah dulu… hehe!
Komen oleh gambang — 21 September 2009 #
dah ade broadband….tahniah!!….
selamat berpuasa…
p/s : bulan baik…lembutkan hati…maafkan kawan anda ye…^_^
Komen oleh ^_^ — 27 Ogos 2009 #
waaa.. A.Ali.. Lama x kelihatan.. Tahniah dh grad!
time sy g plak, hrga modem kt Celcom Centre RM399.. n hrga kt kaki lima just RM299.. Celcom Centre jual lagi mahal untuk broadband yang same jenis.. dan diorg pn x btau klu area KL guna pakej RM68 or RM98 still dpt speed yg same.. dats celcom broadband weaknesses.. mungkin die ingat saya xd pengalaman membeli broadband pdhal dh utk kali 3..
Komen oleh nisdasyarfini — 28 Ogos 2009 #
HAhah.. sama jer la… da pkai bb celcom ni da lamer… so saper2 yg bru nk apply tuh, better batalkan niat… celcom ni pnipu…
Komen oleh Yen Kerhack — 16 September 2009 #
kenALI,
saya baru trebaca cerita ni pagi ni (15.11.09). BB ni offer 1 bulan saja utk kt kerajaan dgn up to 3.6mbps pada harga rm100 upfront dan rm50 bulanan. upfront dapat balik dlm bentuk potongan bil bulanan sehingga habis!. tempoh tamat twrn 30mei09 lalu. saya tau last minit dan reg pd 30.05.09. modem dijanjikan 1minggu utk dapat krn habis (sbb terlalu ramai reg.) kena faham tu. stok habis.
lepas tu skim ini ditangguhkan sekejap. bermula ogos 09 skim ni start balik tp dgn tawaran berbeza pulak. upfront rm200, speed turun kpd 384k, caj bulanan naik kpd rm68 (kalau tak silap)!. modem pun dpt lewat juga krn ramai yg reg.
skrg ni saya seronok pakai bb ni. lagi satu bb ni yg paling luas liputan di malaysia. semua jenis bb saya dah cek.
sekian
Komen oleh rahim — 15 November 2009 #
hurm..bukan nak kate ape..tp lumrah kalau nak free,mmg susah sket kan..
sy dah gune broadband dah beberape tahun,dan sgt berpuas hati..and jgn smpaai tertipu ngn modem2 yg jual kat kaki lima..ramai yg dah terkene.. =)
Komen oleh teko — 22 November 2009 #