Pulang Seminggu

21 11 2005

muhuh… seminggu la jugak aku tak ngadap komputer buruk kesayangan aku nih… seminggu jugak la aku tak update f’ster mahupun blog nih… muhuhu… anyway, baru balik semula ke kolej untuk start training untuk royal debate… tahun nih dekat jek, wat kat UKM… tahun lepas best arr, dapat pi ke sabah….

17 november arituh, wat pertama kali dalam sejarah aku tengok filem di pawagam pada hari pembukaannye… guess what movie it is?… of course Harry Potter and The Goblet of Fire…. cerita gempak dan best gak la… tapi setelah direnung-renungkan balik, filem yang first and second lagi baguih dr segi penceritaan… lagi best dan feeling la org kata… berbanding yang baru nih kite dihidangkan dengan efek gempak tahap dewa and action best tahap karma…. tapi die dah put aside some interesting stories yang swonok kalau kite tahu… well people will wonder what is The Pensieve, how Dleacour, Krum and Diggory defeat their dragon, who is Rita Skeeter, how did Barty Crouch Sr. died, how Ireland win the Quidditch world cup while bulgaria is the one who has the best seeker in the world, and why harry and voldemort wand act funnily at the graveyard (where Dumbledore said about ‘Priori Incantatem’ but he never explain it)… wonder why?… read the book and you’ll find a lot more (including story about Dobby and Hermione with her SPEW)… so, for me the best harry potter is still The Chamber of Secret… hehehe…

19-20 november lepas adik-beradik bapak aku wat gathering… muhuhu… 13 family tambah plak yg dah bercucu-cucu tuh… meriah gak… lantas aku yg sengal ini sampai tak kenal yang mana satu sepupu, yang mana satu anak sedara… mak bapak sedara plak enjoy jek melayan semua orang… sepupu pun okay gak la… at least yang dah lama tak jumpe tu, leh borak…





20 years old

13 11 2005

Hari ini…. 14 Nov 2005… aku menyambut ulangtahun kelahiran aku ke-20…. wahaha.. pejam celik pejam celik, dah 20 tahun dah… katakanlah aku dapat hidup selama 60 tahun, maknanya aku sudah meng’habis’kan 1/3 dpd hidup aku… apa yg aku dapat?…. mungkin banyak gak kot….

aku swonok gak la, coz 14 nov setiap tahun sangat swonok… aku pernah sambut birthday aku kat pantai balok dgn classmate aku mase form 1… aku pernah sambut birthday dgn miss Goh kat SHAH Pekan dulu… aku pun pernah sambut birthday time deepavali… wahahaha… birthday aku pun pernah jatuh time hari raya aidilfitri tahun lepas… and tahun nih, 14 nov tiba lagi… cuma yg lainnya, tahun 2005 banyak membawa pengertian untuk aku…

although many people said that Ali is still the same, aku sendiri dapat rasa yg aku dah berubah sebenarnya… muhuhu… mungkin sebab banyak sangat benda yang berlaku kat diri aku sepanjang 2005 ini membuatkan aku pun turut berubah… bermula Januari 2005 yang swonok… then menamatkan sem 2 2004/2005 dengan sangat tak best tahap cipan (walaupun aku pergi a lot of places i.e Kelantan, Taman Negara, Kuantan)… then, nasib baik kat PD best… kat Pulau Besar ok gak la… walaupun still tak best…wahahaha…. and cuti dihabiskan di rumah dgn macam-macam hal… hal yang positif dan negatif tak kurang gak…

pastu tahun kedua aku di UM dimulakan dengan joining Debat Alam Sekitar 2005 yang sangat aku ingati… kenangan yang manis untuk aku la pada semester ini… pastu, malangnya aku dirundung nasib yang tak best utk kali-kali yang seterusnya… even untuk royal pun aku tak tau.. ye la, everything could change rapidly…. and I feel like I not the debater I should be….

bulan pose tahun nih pun, memacam hal jadik la… leh plak aku terkemalangan.. muahahaha… nasib baik tak serius… then aku pun dirundung nasib kurang best gak pada bulan pose kali nih… wahahah.. raya?… raya okay ke?… baju raya tak siap, nenek aku marah-marah, balik kolej awal… best ke? takpe, esok jugak aku akan balik semula ke JB menyambut program raya aku… ala, hari ni baru 12 Syawal kan?…

and hari ni, birthday aku… aku nak kongsi kegembiraan dgn sumer org.. I still remember 14 Nov 2003, aku berjaya kongsinya dgn member2 aku kat KMM… and aku rase mungkin bukan masa untuk bersedih time birthday… cume aku mcm terharu and terkilan disebabkan banyak perkara…

cume sekadar harapan aku untuk ulangtahun kali ini, aku harap semua org jadik baik…. aku sgt tak suka people who are selfish… lantak le org sumer terejal ke, slalu pi merempit ke, slalu main counter strike ke, slalu tgk dvd ke, slalu ape-ape lagi la…. tp kalau selfish, aku rasa, takde maknernyer idup… mungkin kekdg perlu utamakan diri… tp jgn sampai org menyedarinya…

and aku harap kengkawan yg aku ade pada hari ini, tak kire di KKTAZ, di UM, di IPTA lain, di sekolah, di JB, dan di mana-mana, akan tetap jadik kawan aku… and aku harap keluarga aku akan sentiasa bahagia…. in fact, keluarga aku ialah keluarga yang paling bahagia di dunia… hahahahaha





Eid Mubarak

8 11 2005

muhuhu… arini dah masuk minggu exam utk sem 1 2005/2006… kejap jek masa berlalu ek… pejam celik, dah sampai waktunye… pade sumer yg nak exam, slamat le meng’exam’kan diri sendiri.. wahaha.. yg dah exam tuh (bebudak UKM antaranye) pi la beraya puas-puas sampai lebam…

raya tahun nih leh tahan gak best nyer… byk gak sedara mara, sepupu-sepapat aku jumpe… 20/11 ni pun ade family gathering lg… muhuhu… Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

balik arituh antara perjalanan balik paling best dlm sejarah idup sbg seorg plajar UM… wahahah… naik tren, then singgah gemas, best gile shopping nasi lemak makcik tepi landasan, sambil makan di bawah sinaran lampu berembunkan wap air pada suhu bawah 25 darjah celcius pada tekanan 1 atm…  pastu sambung makan lagi dlm koc… wahaha… bersahur kul 0230 dengan sangat kenyang hanye dengan RM 3 ringgit…

muuhu… seminggu dua ni jadik org nomad le aku… berulang-alik antara KL dan JB… wahahaha… demi family dan debat, aku sanggup berkorban….