2005, 2006 dan Wanita….

28 12 2005

muhuhu… setelah memang lama tak update blog yang tak berapa best, mari kita updatekannya…

well, cuti semester dah tamat… tahun 2005 pun dah nak tamat… but then, kite lihat satu dunia sedih dgn tahun ni…. gempa bumi di Niaz, taufan Katrina dan Rita, gempa bumi kat Pakistan, kematian Malaysia’s first lady, raja Arab Saudi pun pergi, harga minyak dgn harga barang naik… macam-macam le yang berlaku tahun nih…

tak ketinggalan gak untuk aku… well, 3 – 8 Januari 2005, 12 Mac 2005, 17 – 27 Mac 2005, 11 – 13 April 2005, 29 April – 2 Mei 2005, 26 Mei 2005, 23 – 27 Julai 2005, 27 Ogos 2005, 4 – 8 Sept 2005, 23 Okt 2005, 27 Okt 2005, 14 Nov 2005, 20 Nov 2005, 25 Nov – 2 Dis 2005, 3 – 4 Dis 2005, 5 Dis 2005, 10 – 11 Dis 2005, tarikh-tarikh inilah yang ade relevan dgn hidup aku… mungkin banyak lagi tarikh-tarikh lain, tp yang akan aku ingat ialah tarikh-tarikh ini… yang banyak mencorakkan hidup aku… yang banyak mematangkan aku… walau kecewa, tapi banyak juga gembiranya… aku rasa la kan, beberapan orang sekitar aku mungkin dapat teka ape yang berlaku pada tarikh-tarikh tuh sumer…

Cumer, aku masih lagi tercari-cari… tapi mungkin Tuhan tak mau kurniakan lagi benda yang aku nak tu… sabar je la kan, kalau dah takdir yang tertulis kat loh mahfuz tuh dah cenggitu nak wat mcm mana kan…

mungkin juga aku mengharap lebih sangat… tapi tok imam kat masjid umah aku kata "… kalau nak mintak apa-apa dari Tuhan, minta penuh mengharap… jangan ade pemikiran aku nih melebih-lebih plak masa berdoa atau minta ala kadar jek dari Allah.. sebab takde benda yang jadi beban pada Allah… sumer perkara bagiNya senang jek, kun fayakun…" senang citer, bab-bab menganugerahkan nih bagi Tuhan small the pieces jek, cumer sama ade Dia nak bagi ataupun tak nak bagi, itu yang jadi persoalan…

lembaran baru tahun 2006 aku nak buka dengan hidup baru… hidup makin matang, makin banyak cabaran dan dugaan… last year aku mulakan tahun 2005 dengan sangat seronok… aku rasa, tahun nih pun musti banyak benda yang akan berlaku yang akan merubah diri aku… walau kekadang kite tak sukakan perubahan, tp ia akan tetap berlaku…

sebagai penutup blog aku kali nih, aku nak tulis lagu le plak… well, lagu nih bertajuk Wanita, oleh kump. Dehearty… sape nak mp3 die, bgtau aku yek… okies… wassalam… adios… illa liqa’

Kau digelar sebagai penyeri dunia… Lahirmu menyingkap hubungan manusia… Bukan sahaja dirindui yang biasa… malah Adam turut sunyi tanpa Hawa…

Akalmu senipis bilahan rambut, tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu… Jua hatimu bak kaca yang rapuh, kuatkanlah ia dengan Iman yang teguh…

Tercita engkau dari rusuk lelaki… Bukan dari kaki untuk dialasi… Bukan dari kepala untuk dijunjung… Tapi dekat di bahu untuk dijunjung… Dekat jua di hati untuk dikasihi… Engkaulah wanita hiasan duniawi…

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok… Jika datangnya dari kayu yang bengkok… Begitulah peribadi yang dibentuk…

Didiklah wanita dengan keimanan… Bukannya harta ataupun pujian… Kelak tidak derita, berharap pada yang binasa…

Engkaulah wanita istimewa….

Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan… Bukan jua penghinaan dari Tuhan… Malah sebagai hiasan kecantikan…

lagu nih ade banyak pesanan untuk kita… baik lelaki mahupun wanita…


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: