Study week n Debat Piala UIA

21 04 2006

study week utk student UM berlangsung dr 10-16 April 2006… tapi bagi aku,
aku tak study mana pun… ntah le ek… byk sangat ngengade kat debat kot…

Satay

12 April 2006 – aku pergi ke SMAP Kajang… utk tolong-tolong sikit pembahas
SMAPK tuh… mock la gak dgn kekanak tuh… bosan gak aku nyer presentation…
lepas mock, kitorg pi le makan kat Satay Hj Samuri… okay gak la, tapi aku
rasa satay kat 3rd lg sedap kot… sebab satay Kajang tu mcm masak guna oven
jek… haha

 

Dinner_uia14 April 2006 – aku bertolak ke UIA untuk jadik hakim Interschool Debate UIA
2006… malam tuh
dinner, and dpt jumpe dengan pembahas-pembahas SHAH Pekan… sumer ade…
amin, shafiq, syukri, siddiq, (mane ko ikhwan?!), cik syawal n Zaffan… hahah…
malam yg best, pi sat kat bilik kekanak SHAH Pekan malam tuh, borak-borak n
bincang-bincang tajuk sikit.…

15 April 2006 – pagi tuh ada taklimat utk para hakim… baguih gak, dey’ll
terangkan semula peranan seorg hakim… and banyak gak la tips-tips yang aku
dapat dr depa… trimas diucapkan kepada penganjur… and petang tuh, start le
match pertama aku utk diadili…

MRSM K.Berang lwn SMS Pokok Sena – match ni sengal le plak… obvious gile
satu pihak tu menang… so, aku takde masalah nak hakimi match cenggini…  tajuk plak pasal ICT and modal insan… huhuh

MRSM Muadzam Shah lwn ntah ape ek… – pun sama gak, obvious satu pihak tu leh
menang…. Tajuk entah ape, aku terlupa le plak…

SSP lwn SAM Hulu Langat – dengan tajuk favourite aku, “Negara Maju
Penyumbang Utama Pencemaran Alam Sekitar”… hahah, match ni fight la plak, and
kesudahannya SSP menang dengan juri 2-1….

Malam tu, pas abih tugas jadik hakim, kitorang kuar sat utk minum-minum sikit,
and terjumpe la cikgu and senior STAR… huhuhu

16 April 2006 – tugas sebagai seorang hakim diteruskan…

STAR VS SMS Selangor – ni pun obvious nampak STAR leh menang.. tajuk die
pasal ape ek, aku pun tak ingat gak, tapi pasal politik dunia kot…

SDAR VS SMK Jitra – Match ni mmg sengal tahap dewa… dengan  bebudak SMK Jitra yang sgt lawak gak…
berdebatkan tajuk “Ekonomi Asas Tani Diperlukan”… gitu la kot bunyik tajuk die…
huhhu… SDAR kalah gak dgn SMK Jitra dengan juri 2-1… sian depa…

Petang tu, suppose aku kena jadik hakim, tapi sebab ade urusan sat, aku tak
jadik hakim, and rezekinya aku dapat tgk SHAH Pekan lawan SAM Hulu Langat…
dengan tajuk “Industri Hiburan : Populariti Lebih Penting”… Leh plak satu sidang
ketawa mencapai tahap ultrasonik… hahaha… Alhamdulillah… SHAH Pekan menang le
plak… and lebih manis, dpt top 8 and terus melangkah ke pusingan octo-final
keesokan harinya… so, dengan tangkas, aku balik ke UM utk amik nota utk exam
beb… sebab esoknya nak tolong SHAH…

Donut17 April 2006 – pagi tu SHAH Pekan lawan SMAPL, dengan tajuk “ASEAN Semakin
Huru-hara”…
huhuhu… aku bimbang dengan team SMAPL ni sebenarnya, tapi
Alhamdulillah SHAH menang la gak… and belanja depa Dunkin Donut gitu… and pastu
untuk Suku Akhir, lawan SBPI Gombak, team yang dapat ranking 1st gitu…
and dengan usul “AFTA Membebankan Kita”, perjuangan SHAH Pekan di UIA berakhir…
huhuhu…

Sepanjang jadik hakim di UIA, aku sgt seronok… Thanks to the organizing committee
sebab undang kitorg jadik hakim… juga tak dilupakan kepada kontinjen UM kerana
sudi undang I bersama-sama you all… juga kepada kontinjen bahas SHAH Pekan,
kerana melayan aku dengan baik especially Cik Syawal n En Amin… juga kepada
kekanak SHAH Pekan; Amin, Shafiq, Syukri, Siddiq, and Ikhwan (sengal sungguh)…
korang mmg best.. aku akan sentiasa merindui kalian… and to be honest, berat
hati nak tinggalkan korang and kekanak SMAPK gak, trimas sebab layan aku borak,
sungguhpun kita baru kenal… thanks jugak pada Zaffan, kerana bantuanmu cukup
berharga… juga pada Nizam, thanks kerana sudi angkut aku… and Otel, tahniah
sebab berjaya mendidik anak buahmu menjadi pendebat yang hebat dan pendebat
yang peramah.. hahah… doakan aku untuk exam… adios…





weekend study week

10 04 2006

huhuhu… bertemu lagi dalam blogku di sini… anyway, last 2 weekend (1 April 2006) telah diadakan AGM Kelab Orator dan Puisi Universiti Malaya… tahniah utk MT-MT baru… jalankan tugas sebaik mungkin mengikut acuan yang korang dambakan… especially untuk Otel, moga-moga ko bawak sinar pada kelab yang aku rasakan sudah pudar walau dari luar tampak bercahaya, namun di dalamnya kita tercari-cari penyuluh…. (apa aku ngarut nih)…

Last weekend plak (7 April – 10 April 2006) aku balik ke rumah setelah sekian lama tak menjenguk bandaraya JB yang indah itu… well, sronok gak balik umah…

8 April 2006 – dengan ayah and emak aku pi teman adik aku pi pertandingan mewarna kat Danga Bay… sementara menunggu adik aku mewarna, aku menge’pow’ bapak aku sehelai Iced Hazelnut Capuccino yang sedap… hahaha… (kaklong jgn jeles ek)… petangnya plak bapak aku blanja makan pizza… rekod baru tercipta, iaitu dah 3 weekend berturut-turut aku dibelanjai dengan pizza… trimas utk sumer yang belanja aku, moga-moga dilimpahi lebih banyak rezeki dari tuhan… then malam tu aku pi Kelapa Sawit, Kulai… entah ceruk kampung mana entah, utk tengok tarian kuda kepang… kire nih macam aktiviti kampung nih la, saje datang tgk… and for the first time in my life, aku tgk tarian kuda kepang yang sampai mabuk-mabuk… gile arr… stamina penari-penari die luarbiasa sungguh… aku rasa 2 jam tanpa henti kot…. naik sheikh sana-sini, menakutkan ade gak.. tapi overall, sronok la gak… and tarian kuda kepang yg aku tgk lebih swonok dr dalam PHSM 2 tuh…

9 April 2006 – tetiba mcam nak kuar plak la kan, maka aku mengajak tokey JAS 400 utk keluar… tapi kali nih die tak bawak la JAS die, tapi bawak Vios JJF la plak… hahaha… kitorg pi le AEON tebrau city… katenye macam besar sangat… mmg besar pun.. terasa mcm kat shopping complex kat KL plak… n nak dijadikan cerita, leh plak VIOS tu tayarnya pancit… apa lagi, jadi pit crew la kitorg… bak kata nuar, kite kan Semarak Kasih racing team (lengkali jgn le kuar jejln pakai t-shirt tuh ek)…. and aku rasa, aku bukan ahli semarak kasih… uhuk uhuk.. malam tu plak, dengan family pi jejalan kat Danga Bay… saje jek.. buhsan gak asyik duduk umah jek…

10 April 2006 – aku pulang semula ke UM… malas siot!!!!

Anyway, good luck utk semua utk final exam ek…!!!!





Kenangan manis : Pop Band 2006

1 04 2006

huhuhu… hari ini aku mencoretkan sesuatu lagi di blogku
yang indah ini….

30 Mac 2006…. antara tarikh yang sangat seronok dalam
suku tahun pertama 2006 ini… pada tarikh ini telah berlangsungnya
Pertandingan Pop Band Inter-Kolej sempena Festival Seni Universiti Malaya….
meh citer sikit ape yg berlaku di kaca mata aku….

10.00 pagi – Aku bertolak ke Audi KPS dengan teammate (fat, sepul,
melvin, bal, fathil, pianza)… ditemani dengan seseorg yang baik hatinya, the
one and only Nazifah… huhuhu…. so, kitorang pi le Audi KPS… rupa-rupanya
tak start-start lagik saringan time sampai tu… lega la sikit hati aku nih
sebab biasanya suara tak keluar pepagi

10.30 pagi – Bile dah sampai KPS, rupa-rupanya tak start lagik
saringannya… hati aku lega sikit la kan sebab kalau pagi-pagi nih tak keluar
suara woo… (tak caya tanya syuk dgn mazizul)….

11.00 pagi – Saringan dah start… tapi giliran kitorg jauh woo…
ditambah lagi dengan kelembapan beberapa team di atas pentas, mmg angin gak
la… nasib baik si Amir Ramzani sengal n Shinn_Asuka sengal kedua datang…
so, tak le boring sgt… Kak nazi pun ade, so kitorg jadik pengkritik ala-ala
AF gitu… tapi kurang bertauliah la….team-team yang saringan tuh leh tahan
gak la… so tak menyimpan sangat harapan utk ke final…

12.50 ptg – Saringan dihentikan utk lunch… sengal sungguh la….
lantas aku mengajak Kak Nazi, Amir, dan Safwan pergi menjamu selera di KK12…
tapi disebabkan aku bimbang suara tak keluar, aku makan ntah ape-ape ntah…
jadik vegetarian sat… sori la kat Amir, Safwan n Kak Nazi sebab ayam-ayammu
dicukai sedikit demi sedikit….

1.25 ptg – Kitorang dah ade balik kat dalam Audi KPS… giliran kitorg
ke-2 selepas KK17 (band abg Wan)…. so, aku sempat la panas-panaskan anak
tekak dgn si mary… huhuhu…

2.15 ptg – Pop Band KKTAZ memulakan persembahan untuk saringan….
banyak gak la penyokong… Kak Yon n da gang, Yaya n da gang, Kak Nazi with no
gang, Safwan n Nuar, and Dato’ TNC HEP (kire penyokong gak, leh tak?)… aku
menyanyi dengan oenuh kesengalan, walaupun monitor sepaker tak berfungsi… tak
patut sungguh… dry jek kitorg dgr dr pentas tuh… tapi Alhamdulillah, kitorg
berjaya mempersembahkan persembahan yang licin dan teratur…

5.15 ptg – Aku tgh lepak-lepak kat bilik… aku tengah mengadap komputer
burukku ini… tetiba datang sehelai sms… mengatakan kitorg masuk final…
wah, gembira sungguh diriku ini… so kitorg wat last training petang tuh…
tapi aku tak nyanyi sangat le plak, simpan suara kot…huhuhu

8.15 mlm – Dah ade kat tepi Audi KPS… lepak-lepak dengan bebudak
band… huhuhu… time tu kecut perut dah… entah le, hari tu pesta pergi ke
tandas sedunia… huhhuhu…. bile start jek persembahan pertama, aku jenguk ke
dalam Audi KPS… wah!!!… gile ramai tahap dewa… mcm pemandangan time
sambut konsert Jom Heboh (formerly known as Sure Heboh)…

entah pukul berapa entah – Team Kolej 10 punyer giliran untuk
persembahan…. for intro, aku just cakap ape lagu yg kitorg akan mainkan…
crowd?… toksah kata, ramai gile… aku tak nampak lantai dah… even tangga
pun dah terlindung…. and Fat, Sepul, Pianza, Bal, Mel n Fathil mainkan le
lagu instrumental masa tuh… aku kat tepi pentas mcm org gile control takut…
huhhuhuhu…. and bile tibe time aku nyanyi… huhu… tak tergambar dengan
kata-kata… apa yang aku nampak, kat depan pentas ade Andrea Teresnawati, and
di kejauhan aku nampak bebudak 10th kolej yang setia menunggu.. aku nyanyi le
dengan iringan Pop Band… disebabkan aku mcm naik sheikh sebab crowd best
giler, aku ter’penat’ time korus ketiga… apa lagi, curi nafas di sana dan di sini… (mana
yang perasan aku semput tu… huhuhu.. diam je la ek…)…. and bile abih jek
nyanyian, aku rase lega tahap dewa…

selepas menyanyi – di tepi Audi, aku berjumpa dengan Kak Nazi dgn Abg
MAn (yang baru pulang dr sebuah misi)… huhuhu… kitorg takde tempat nak
ditujui, lantas aku melakukan skill melintas pentas… huhuhu….
selamba jek cross pentas time KK17 tgh wat preparation… lantas, kitorg duduk
la dengan crowd bebudak 10th yang aku tak sangka ramai gile kat situ…
termasuk gak yg sedang mesyuarat, tapi lari sat nak tgk band… and aku tgk la
FeSeni sampai abih… and di akhirnya aku mendapat keputusan yang kitorang
dapat no 5… tahniah utk semua…

 

12.00 pm – hehehe…
satu pakatan rahsia telah dibuat… untuk menyambut brithday En Ridwan… hahaha… selamat ari jadi ek, moga pjg umur n murah rezeki… sian die, kena telur n air coke dengan kekanak nakal nih…

APA YANG BERMAKNA?… bagi aku, yang paling bermakna ialah apa yang kita ada, dan perlu disyukuri… terima kasih pada semua teammate Band KKTAZ coz sudi amik aku jadik penyanyi korang, walau aku pemalas gak dtg latihan and memahami aku yang sengal ini…. terima kasih gak yang tidak terhingga pada semua yang menyokong aku… Especially Kak Nazi, Abg Man, Amir Ramzani, Syed M Safwan, Hairulanuar, Syuk, Mazizul and semua yang datang ke Audi malam tuh… mmg korang adalah crowd yang paling best di dunia… aku beruntung dapat kawan dengan korang semua, dari bersahabatkan musuh bertopengkan rakan setia….

Akhir kata… terima kasih….