Kenangan manis : Pop Band 2006

1 04 2006

huhuhu… hari ini aku mencoretkan sesuatu lagi di blogku
yang indah ini….

30 Mac 2006…. antara tarikh yang sangat seronok dalam
suku tahun pertama 2006 ini… pada tarikh ini telah berlangsungnya
Pertandingan Pop Band Inter-Kolej sempena Festival Seni Universiti Malaya….
meh citer sikit ape yg berlaku di kaca mata aku….

10.00 pagi – Aku bertolak ke Audi KPS dengan teammate (fat, sepul,
melvin, bal, fathil, pianza)… ditemani dengan seseorg yang baik hatinya, the
one and only Nazifah… huhuhu…. so, kitorang pi le Audi KPS… rupa-rupanya
tak start-start lagik saringan time sampai tu… lega la sikit hati aku nih
sebab biasanya suara tak keluar pepagi

10.30 pagi – Bile dah sampai KPS, rupa-rupanya tak start lagik
saringannya… hati aku lega sikit la kan sebab kalau pagi-pagi nih tak keluar
suara woo… (tak caya tanya syuk dgn mazizul)….

11.00 pagi – Saringan dah start… tapi giliran kitorg jauh woo…
ditambah lagi dengan kelembapan beberapa team di atas pentas, mmg angin gak
la… nasib baik si Amir Ramzani sengal n Shinn_Asuka sengal kedua datang…
so, tak le boring sgt… Kak nazi pun ade, so kitorg jadik pengkritik ala-ala
AF gitu… tapi kurang bertauliah la….team-team yang saringan tuh leh tahan
gak la… so tak menyimpan sangat harapan utk ke final…

12.50 ptg – Saringan dihentikan utk lunch… sengal sungguh la….
lantas aku mengajak Kak Nazi, Amir, dan Safwan pergi menjamu selera di KK12…
tapi disebabkan aku bimbang suara tak keluar, aku makan ntah ape-ape ntah…
jadik vegetarian sat… sori la kat Amir, Safwan n Kak Nazi sebab ayam-ayammu
dicukai sedikit demi sedikit….

1.25 ptg – Kitorang dah ade balik kat dalam Audi KPS… giliran kitorg
ke-2 selepas KK17 (band abg Wan)…. so, aku sempat la panas-panaskan anak
tekak dgn si mary… huhuhu…

2.15 ptg – Pop Band KKTAZ memulakan persembahan untuk saringan….
banyak gak la penyokong… Kak Yon n da gang, Yaya n da gang, Kak Nazi with no
gang, Safwan n Nuar, and Dato’ TNC HEP (kire penyokong gak, leh tak?)… aku
menyanyi dengan oenuh kesengalan, walaupun monitor sepaker tak berfungsi… tak
patut sungguh… dry jek kitorg dgr dr pentas tuh… tapi Alhamdulillah, kitorg
berjaya mempersembahkan persembahan yang licin dan teratur…

5.15 ptg – Aku tgh lepak-lepak kat bilik… aku tengah mengadap komputer
burukku ini… tetiba datang sehelai sms… mengatakan kitorg masuk final…
wah, gembira sungguh diriku ini… so kitorg wat last training petang tuh…
tapi aku tak nyanyi sangat le plak, simpan suara kot…huhuhu

8.15 mlm – Dah ade kat tepi Audi KPS… lepak-lepak dengan bebudak
band… huhuhu… time tu kecut perut dah… entah le, hari tu pesta pergi ke
tandas sedunia… huhhuhu…. bile start jek persembahan pertama, aku jenguk ke
dalam Audi KPS… wah!!!… gile ramai tahap dewa… mcm pemandangan time
sambut konsert Jom Heboh (formerly known as Sure Heboh)…

entah pukul berapa entah – Team Kolej 10 punyer giliran untuk
persembahan…. for intro, aku just cakap ape lagu yg kitorg akan mainkan…
crowd?… toksah kata, ramai gile… aku tak nampak lantai dah… even tangga
pun dah terlindung…. and Fat, Sepul, Pianza, Bal, Mel n Fathil mainkan le
lagu instrumental masa tuh… aku kat tepi pentas mcm org gile control takut…
huhhuhuhu…. and bile tibe time aku nyanyi… huhu… tak tergambar dengan
kata-kata… apa yang aku nampak, kat depan pentas ade Andrea Teresnawati, and
di kejauhan aku nampak bebudak 10th kolej yang setia menunggu.. aku nyanyi le
dengan iringan Pop Band… disebabkan aku mcm naik sheikh sebab crowd best
giler, aku ter’penat’ time korus ketiga… apa lagi, curi nafas di sana dan di sini… (mana
yang perasan aku semput tu… huhuhu.. diam je la ek…)…. and bile abih jek
nyanyian, aku rase lega tahap dewa…

selepas menyanyi – di tepi Audi, aku berjumpa dengan Kak Nazi dgn Abg
MAn (yang baru pulang dr sebuah misi)… huhuhu… kitorg takde tempat nak
ditujui, lantas aku melakukan skill melintas pentas… huhuhu….
selamba jek cross pentas time KK17 tgh wat preparation… lantas, kitorg duduk
la dengan crowd bebudak 10th yang aku tak sangka ramai gile kat situ…
termasuk gak yg sedang mesyuarat, tapi lari sat nak tgk band… and aku tgk la
FeSeni sampai abih… and di akhirnya aku mendapat keputusan yang kitorang
dapat no 5… tahniah utk semua…

 

12.00 pm – hehehe…
satu pakatan rahsia telah dibuat… untuk menyambut brithday En Ridwan… hahaha… selamat ari jadi ek, moga pjg umur n murah rezeki… sian die, kena telur n air coke dengan kekanak nakal nih…

APA YANG BERMAKNA?… bagi aku, yang paling bermakna ialah apa yang kita ada, dan perlu disyukuri… terima kasih pada semua teammate Band KKTAZ coz sudi amik aku jadik penyanyi korang, walau aku pemalas gak dtg latihan and memahami aku yang sengal ini…. terima kasih gak yang tidak terhingga pada semua yang menyokong aku… Especially Kak Nazi, Abg Man, Amir Ramzani, Syed M Safwan, Hairulanuar, Syuk, Mazizul and semua yang datang ke Audi malam tuh… mmg korang adalah crowd yang paling best di dunia… aku beruntung dapat kawan dengan korang semua, dari bersahabatkan musuh bertopengkan rakan setia….

Akhir kata… terima kasih….


Tindakan

Information

3 responses

1 04 2006
-iZzuL's-

aku kah org pertma membaca ini???… tatkala membaca nukilan ini.. aku rasakan spt membaca sebuah diari peribadi… mgkin itulah jua istilah ‘blog’ yang sangat seswai maksudnya… ekekeke….ape y aku merepek ni??.. sama2….=p

1 04 2006
SpeckyKudou

congrates utk pop band kolej..huhu~~akceli xprasan pon yg ali asyraf tersebut semput ms 3rd korus..haha..aku tgk byk kali time korg perform..best gile ah..n yg paling aku suke bile sambutan sgt2 menggalakan time tuh..huhu~~best2~~!mazizul..mende yg ko mrepek tersebut?

1 04 2006
arbaktun

ermmm..
nak suruh komen…
anta la demo tape dulu..
kuang3…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: