Akhirnya, semester kembali….

18 06 2006

huhuhu… aku akan ke Kuala Lumpur pada 21 hb nie, kembali ke laman kolej and varsiti tercinta…. kembali meneruskan misi-misi yang belum terlaksana…

first thing, kursus PM… then haluansiswa.. sungguhpun begitu, ingin meminta pelepasan sat coz nak tgk final PPM kat PICC nanti… tak akan lepaskan peluang keemasan ini… then barulah naik semester…

kesimpulan yang dpt dibuat, cuti kali ini berlangsung dengan sangat pantas… tak terasa puas di rumah, dah kena balik U… aktiviti biasa time cuti, iaitu kembali ke SHAH Pekan tidak berjaya dilaksanakan… ni sumer salah Helmy Akmal, tembak die…. huhuhu…. and perang dingin di rumah terus berlaku… aku tidak mahu menjadi org pertama yng jernihkan keadaan…. Sekali aku ludah, aku takkan jilat balik… tak kire le sape yang kena…. kekadang rasa bersalah, tapi aku nak naikkan gak ego aku melepasi batasan had pemikiran orang lain… biar aku dikenang sebagai anak, cucu, atau cicit yang derhaka, asalkan orang itu belajar sesuatu dari aku yang mentah ini…

nanti dah balik kolej, aku taip je pepanjang…





Cuti-cuti Semester

5 06 2006

bertemu dalam blog ini.. setelah sekian lama aku tidak menulis ape-ape di sini…

well, arini 06.06.06… cantik woo tarikh nih…aku masih lagi di rumah, menghabiskan sisa-sisa cuti yang menyeksakan… huhuhu… perang dingin telah berlaku dan aku bukan di pihak berkecuali… rasa mcm tak sabar-sabar nak balik UM utk jumpe dengan k’kawan especially geng-geng PM…

minggu lepas telah berlangsungnya HKSBP ’06 di SMS Sultan Ahmad Shah, Kuantan… well, hajat di hati hendak pergi ke sana, apakan daya, tiada rezeki… namun, hulurkan juga pertolongan dan bantuan untuk sekolah tercinta… itu namanya bantuan jarak jauh (BJJ)… maybe Zaffan pun tolong gak… Alhamdulillah, sekolahku yang tercinta iaitu SHAH Pekan berjaya melangkah ke pusingan akhir untuk kali kedua berturut-turut… suatu sejarah yang dicipta yang gagal aku tempa masa di sekolah dulu…. SHAH vs SAINA di final PPM?… mengingatkan aku final Piala Dato’Syukor Abdullah 2001; SHAH vs SAINA gak.. di L’kawi masa tuh… aku harap, keputusannya 2001 itu pun berulang gak… tapi melangkah ke pentas final PPM sudah membanggakan aku…

Anyway, tahniah pada kontinjen SHAH Pekan… buat kekanak nakal yang kuat makan; Amin, Syafiq, Siddiq, Syukri, Ikhwan…. Cikgu-cikgi yang byk menolong; Cik Syawal, M.Ann, En. MAzlan, En. Amin dsb… juga trimas pada Zaffan and Mr. Azaman… ada jodoh jumpe di PICC nanti ek…

tak sabarnye nak balik kolej…