Sum up

17 07 2006

Catatan aku kali ini lebih kepada summary kepada apa yang berlaku pada diri aku sepanjang empat minggu lepas…

Hari ini, 18 Julai 2006 adalah hari ulangtahun kelahiran salah seorang rakanku… well, sebenarnya banyak birthday yang aku temui sepanjang bulan Julai ini, but then aku tak wish or sambut pun sebab I’m not in the mood of doing that… minta maaf la yang lahir pada 11 Julai, 13 Julai, and 16 Julai sebab tak buat apa-apa pun… mungkin antara lain sebabnya ialah birthday ayah aku 1 Julai lepas pun aku tak sambut, cuma wish jek, maka adalah kurang wajar untuk aku buat benda lebih-lebih plak dgn kengkawan…

Sedar tak sedar, telah hampir 4 minggu aku meninggalkan rumah… patut le pun mak aku bising suruh balik… maka aku akan balik juga minggu ini, tak kira apa rintangan… baik kolej mahupun debat… sebab K’jaan pun kata ‘Utamakan Keluarga’… huhuhu…. Maka aku akan jadik warganegara yang menyokong dasar tersebut…

Besides, aku terasa sepi and sedih gak dua tiga ari ini… maybe sebab aktiviti kolej dah tamat kot, maka aku akan menjarakkan diri aku dengan penghuni kolej nih untuk sementara waktu… biasa la, awal-awal semester nih byk tournament debat… namun, kerinduan bekerja dengan geng-geng PM and AJK MITAZ tetap tebal di hati dan harap dapat diulangi untuk kali-kali yang seterusnya… buat semua, minta maaf la kalau diri ini malas sebab memang malas pun sebenarnya, sekali-sekala jek macam rajin…

Buat rakan-rakan seperjuangan dalam team debat BM Universiti Malaya, berilah tunjuk ajar pada aku yang tidak seberapa ini… jadikanlah aku seperti junior-junior 1st year korang yang perlu diberi tunjuk ajar sebaiknya, nasihat secukupnya dan harapan sewajarnya… moga-moga tuhan memberikan kita lebih kejayaan di masa hadapan, InsyaAllah… dan jadikanlah kurniaan tuhan kepada kita ini sebagai satu motivasi yang positif, bukan sebagai alat untuk dibanggakan semata-mata… kerana tiada satu pun yang ada pada kita merupakan hak milik kita yang mutlak….

Tidak dilupakan kepada warga SHAH Pekan… moga-moga apa yang kita peroleh di PICC tempoh hari tidak mematahkan semangat kita, tetapi mendorong kita untuk membuat yang lebih baik pada masa yang akan datang… buat barisan guru dan pendidik di SHAH, tahniah dan syabas kerana membawa SHAH sejauh ini dan terima kasih kerana menerima kehadiran diri ini walau di mana jua… buat barisan pembahas, tuhan itu Maha Adil, maka bersyukurlah dengan apa yang ada, doakan agar kita punya peluang untuk berada di pentas yang sama pada tahun hadapan…

Buat freshie KKTAZ, terima kasih atas segala kerjasama dan komitmen sepanjang haluansiswa and MITAZ… semoga segala kejayaan yang tuhan berikan pada kita disyukuri dan dihargai… semoga segala ilmu yang dikurniakanNya tidak menjadikan kita angkuh dan kurang rasa kehambaan… semoga ukhuwah yang kita bina akan kekal sampai bila-bila….





The End of Haluansiswa, The Beginning of The New Semester

8 07 2006

Ku ambil kesempatan menaip sesuatu untuk blog ku ini.. well, malam td, minggu haluansiswa telahpun melabuhkan tirainya.. maka dengan itu, rasmilah tugas aku sebagai Pembantu Mahasiswa… tahniah untuk diriku sendiri…

Well, the most amazing thing happened last night is 10the college have won the cheer competition between all residential college in the University of Malaya…. time udesh and lisya umumkan benda tuh, mcm tak percaya gak la… of course la Allah yang beri kemenangan ni, tapi apa yang aku nak sampaikan ialah pelajar-pelajar plays important role in this competition and PM adalah org di sebalik tabir… kedua-duanya saling melengkapi bagaikan mata kanan dan mata kiri… Alhamdulillah, di sebalik kesedihanku yang teramat sangat tentang kekalahan SHAH Pekan, ada gak penyeri hidupku untuk dikenang sepanjang hayat.. maka terbukti sekali lagi yang Allah itu Maha Adil… Dia tarik nikmat kita yang lain sebab Dia nak anugerahkan kita nikmat lain… (same goes tu Mawi; Allah anugerahkan die populariti tapi Allah tarik nikmat kasih ayah dan cinta tunangnya)…

Selepas ini, bermulalah semester baru… dua tiga minggu ini aku akan sibuk sekali lagi… Minggu Interaksi ada menunggu… pastu latihan untuk Debat Alam Sekitar 2006 pun akan bermula… akan kupastikan UM memperoleh kemenangan untuk edisi kali ini….

jumpe lagi….





Haluansiswa 2006

7 07 2006

huhuhu… aku mengambil kesempatan di blog ini untuk menceritakan apa yang aku rasa sepanjang MHS 2006 di varsiti perdana ini….

well, sepanjang induksi, kami PM 10th college membina teamwork yang pada saya adalah berjaya… semua og beri komitmen.. at least, semua org kenal antara satu sama lain… seronok gak sebab dpt kenal PM-PM dr kolej lain…

melangkah ke MHS, kami bergerak dengan bergitu energetic sekali… semua org membuat kerja dengan pantas (walaupun aku tersedar lambat sikit time pendaftaran arituh)… and kitorg buat kerja berdasarkan plan pihak atasan.. and tak kisah la sangat kot, walau kekucar-kaciran berlaku…

Namun, bile makin 2 3 hari, something berlaku di group PM…. kami tak secekap biasa… well, mcm biasalah, ada perasaan tak puas hati dsb… and aku tak terlepas la dari benda tu… kekdg terlepas cakap gak, cume apa yang aku nak tulis di sini, kite perlu gak menjaga hati org lain…

and ada gak satu peristiwa antara PM dan student… well, as for me aku tiada masalah sgt dengan students… cumer sekali-sekala tu ada la beri nasihat pada mereka, well kalau tak sebagai abang pun, aku nasihat sebagai kawan… terharu and sedih gak, tapi tak le sampai menangis… maybe sebab aku kuat gak la dalam menahan tangisan nih… tapi, buat insan-insan yang pernah buat aku menangis, anda memang ‘hebat’….

then ada gak citer pasal tugas aku sebagai AJK Akademik… mcm biasa la, berkaitan dgn debat… well, team debat BM yang aku cari boleh dikatakan bagaikan kapal perang yang mantap, tapi senget sebelah… so, bygkan kapal yang gabak bergerak senget… musti le sengal kan… tapi takde rezeki la pulak, team ni kalah kedua-dua match… namun, aku berpuas hati gak la dengan peformance zahrah n shahir… and for debate BI, sumernyer bidan terjun… kalah gak, but then I’m amazed with their performance… not bad….

Besides that, sebagaimana aku bgtau dlm post sebelum nih, aku teringin nak tgk final bahas PPM di Putrajaya International Convention Centre (PICC)… and khamis malam jumaat, setelah memujuk KPM, dengan kata-kata manja dan menggoda, maka aku diberi pelepasan gak untuk sehari… seronok tak terkira gak la… (trimas bob)… and aku tgk la bahas tu kat PICC.. buat tahun kedua berturut-turut, SHAH Pekan (iaitu sekolah aku) masuk final PPM… namun rezeki bukan untuk kami… aku berasa sangat sedih… and junior aku plak menangis-nangis plak… buat Amin, Syafiq, Siddiq, Syukri and Ikhwan, maybe this time bukan rezeki kita, bukan nasib kite, bukan hari kite… bak kata Syafiq (best speaker final), "semua perkara ada hikmahnya"… betul cakap die… Allah itu maha adil… maybe ada benda n nikmat yang ada pada kalian yang tiada pada team SAINA… utk Amin, semoga akan berjaya dalam SPM and untuk lelain, do the best tahun depan… coz I know you all are the team SHAH yang paling berjaya semenjak penubuhannya… (tapi still 2001 gak yang ada rezeki, huhuhu)… buat cikgu-cikgu, terima kasih gak kerana byk bantu… well, untuk debater UM yang datang; Otel, Wan, Danial n Nizam… tq sebab beri sokongan pada SHAH Pekan…

Antara lain, persamaan antara team debate KKTAZ and SHAH mungkin pada pihak aku, aku kurang paksa and train diorg… well, not really train bcoz siapalah aku nak train diorg… but then mungkin aku terlalu liberal and beri kebebasan sangat sampai mereka tak berjaya ke puncak… tapi, hikmahnya, Allah nak aku ubah cara and pendekatan aku in guiding other people…

Cuma kegagalan kedua-dua ini sedikit sebanyak mengganggu mood aku untuk haluan siswa… masih segar time Kak Nining sebut 10th College kalah… masih terngiang-ngiang emcee kat PICC sebut SAINA menang… masih tergambar junior SHAH aku sumernyer menangis… and aku tumpang bersedih gak dengan mereka… namun, walau perjuangan mereka dah selesai, perjuangan aku pula akan bermula selepas ini…

Buat sahabat-sahabat PM sekalian, terima kasih sebab korg sangat best and bahagia bersama-sama korg… cume saat-saat indah ini akan berkahir malam ini… buat juniors, pasni kite akan jadik kawan, tiada lg jurang antara kita… buat yang baca catatan ini, tinggalkan comments anda… semester akan bermula, and maybe frekuensi post baru akan bertambah… huhuhu…