Catatan aku kali ini lebih kepada summary kepada apa yang berlaku pada diri aku sepanjang empat minggu lepas…
Hari ini, 18 Julai 2006 adalah hari ulangtahun kelahiran salah seorang rakanku… well, sebenarnya banyak birthday yang aku temui sepanjang bulan Julai ini, but then aku tak wish or sambut pun sebab I’m not in the mood of doing that… minta maaf la yang lahir pada 11 Julai, 13 Julai, and 16 Julai sebab tak buat apa-apa pun… mungkin antara lain sebabnya ialah birthday ayah aku 1 Julai lepas pun aku tak sambut, cuma wish jek, maka adalah kurang wajar untuk aku buat benda lebih-lebih plak dgn kengkawan…
Sedar tak sedar, telah hampir 4 minggu aku meninggalkan rumah… patut le pun mak aku bising suruh balik… maka aku akan balik juga minggu ini, tak kira apa rintangan… baik kolej mahupun debat… sebab K’jaan pun kata ‘Utamakan Keluarga’… huhuhu…. Maka aku akan jadik warganegara yang menyokong dasar tersebut…
Besides, aku terasa sepi and sedih gak dua tiga ari ini… maybe sebab aktiviti kolej dah tamat kot, maka aku akan menjarakkan diri aku dengan penghuni kolej nih untuk sementara waktu… biasa la, awal-awal semester nih byk tournament debat… namun, kerinduan bekerja dengan geng-geng PM and AJK MITAZ tetap tebal di hati dan harap dapat diulangi untuk kali-kali yang seterusnya… buat semua, minta maaf la kalau diri ini malas sebab memang malas pun sebenarnya, sekali-sekala jek macam rajin…
Buat rakan-rakan seperjuangan dalam team debat BM Universiti Malaya, berilah tunjuk ajar pada aku yang tidak seberapa ini… jadikanlah aku seperti junior-junior 1st year korang yang perlu diberi tunjuk ajar sebaiknya, nasihat secukupnya dan harapan sewajarnya… moga-moga tuhan memberikan kita lebih kejayaan di masa hadapan, InsyaAllah… dan jadikanlah kurniaan tuhan kepada kita ini sebagai satu motivasi yang positif, bukan sebagai alat untuk dibanggakan semata-mata… kerana tiada satu pun yang ada pada kita merupakan hak milik kita yang mutlak….
Tidak dilupakan kepada warga SHAH Pekan… moga-moga apa yang kita peroleh di PICC tempoh hari tidak mematahkan semangat kita, tetapi mendorong kita untuk membuat yang lebih baik pada masa yang akan datang… buat barisan guru dan pendidik di SHAH, tahniah dan syabas kerana membawa SHAH sejauh ini dan terima kasih kerana menerima kehadiran diri ini walau di mana jua… buat barisan pembahas, tuhan itu Maha Adil, maka bersyukurlah dengan apa yang ada, doakan agar kita punya peluang untuk berada di pentas yang sama pada tahun hadapan…
Buat freshie KKTAZ, terima kasih atas segala kerjasama dan komitmen sepanjang haluansiswa and MITAZ… semoga segala kejayaan yang tuhan berikan pada kita disyukuri dan dihargai… semoga segala ilmu yang dikurniakanNya tidak menjadikan kita angkuh dan kurang rasa kehambaan… semoga ukhuwah yang kita bina akan kekal sampai bila-bila….
hepi belated besday maisarah…hehehe….