Diriku pasca Debat Kemerdekaan 2006

27 08 2006

untuk makluman semua, sebahagian gambar pasukan dan AJK Debat Kemerdekaan telahpun saya upload di blog ini… minta maaf kerana tidak dpt upload semua sebab upload gambar di blog f’ster adalah terhad…

Pertandingan Debat Ala Parlimen Antara IPT 2006 telahpun berakhir pada 22 Ogos lepas… Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar walau terdapat kesilapan kecil di sana-sini… Debat Kemerdekaan edisi ke-7 kali ini banyak memberikan kesan dan impak yang positif dan tidak kurang negatif…

pertamanya tentang keputusan saya untuk tidak menjadi pendebat kerana saya teringin untuk menjadi sebahagian daripada penggerak Debat Kemerdekaan ini… terima kasih kepada insan-insan yang memahami keputusan ini… namun, ada juga insan yang tidak menghormati keputusan saya ini… antara lain apa yang dikatakan ialah “… ala, dulu Universiti saya pun penganjur, tapi saya jadi pendebat jugak…”… kata-kata ini lahir dari insan yang cukup saya hormati dan sedikit sebanyak kata-kata ini menghakis rasa hormat saya padanya…

Debat_arkib_86_1
apa-apapun, berkampung di Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya memang menyeronokkan… sekalung tahniah dan penghargaan buat seluruh warga penggerak Debat Kemerdekaan kali ini terutamanya buat AJK Teknikal & Kehakiman (Hazren, Bazli dan Najib)… korang memang best… juga terima kasih yang tidak terhingga juga buat pegawai yang menyelia kami iaitu En Nazri Noh dari UPM… jasamu dan ilmu yang dicurahkan tidak terbalas oleh diri ini… juga kepada En S yang percayakan saya dan krew teknikal untuk menjalankan tanggungjawab… kepada MT J’Kuasa pelajar; Nining, Dayah dan Zila… trimas bebanyak… tak dilupakan juga jutaan tahniah dan penghargaan kepada semua AJK Debat Kemerdekaan; Ijan (ketua segala pelari), Fahmi (penyusun dewan), Grace (penyuap makanan), Lee (tampal poster ek!), Ardy (jaga bas kan?), dan juga pada insan yang telah membantu saya secara langsung semasa debat iaitu mereka-mereka yang selalu membawa makanan untuk AJK Teknikal, tak lupa pada Is yang amikkan makanan time majlis penutup… buat Din, ko memang watak dlm setiap bahagian… runner KUKUM mana? huhuhu, dah le popular, dapat pengalaman ‘menarik‘ pulak tuh… minta maaf pada kalian yang tidak dituliskan nama di sini… apa-apa pun, korang memang best!….

buat debaters UM; Ijan, Otel, Bukhary, Fifi…. tahniah la ek… jangan down plak pasni… ingat, Tuhan itu Maha Adil… mungkin saf kita tidak lurus membuatkan kita tidak berjaya… maka saf itu harus kita perbetulkan…

apa-apapun, ia memang suatu pengalaman menarik dan keputusan saya untuk tidak menyertai pertandingan tersebut ialah keputusan terbaik untuk diri ini…





Antara meritokrasi, matrikulasi, manipulasi dan mediokrasi

11 08 2006

BERCAKAP tentang meritokrasi, matrikulasi dan mediokrasi sememangnya
sensitif kerana ia mempunyai unsur-unsur perkauman yang tidak disenangi oleh
rakyat

Malaysia

.

Tetapi apakah itu mediokrasi? Mediokrasi daripada perkataan mediocracy yang
merujuk kepada istilah mediocre, bermaksud kesederhanaan dari segi tahap
pencapaian. Ia adalah berlawanan dengan kecemerlangan. Sederhana, lemah, mundur
dan di bawah piawaian, atau substandard dalam pemerintahan, pentadbiran dan
politik negara boleh disebut sebagai mediokrasi.

Maka mediokrasi adalah bertentangan dengan meritokrasi. Bagaimanapun,
tidaklah boleh disebut bahawa semua keadaan atau amalan yang bukan meritokrasi
adalah mediokrasi.

Ada

masa,
sesuatu sistem itu tidak mengamalkan meritokrasi atas sebab untuk memberi
peluang dan ruang kepada mereka yang kurang bernasib baik melalui dasar-dasar
diskriminasi positif dan tindakan afirmatif, tetapi ia tidak semestinya
menghasilkan mediokrasi jika dilakukan dengan betul.

Dalam zaman ini di mana politik kerakyatan menjadi asas negara bangsa moden,
meritokrasi merupakan amalan

baku

di seluruh dunia.

Jadi dengan mengikut merit, siapa pandai dan cekap akan menerima habuan
dalam masyarakat. Tetapi adakah itu adil? Sudah tentu anggota-anggota
masyarakat yang mempunyai landasan awal lebih baik akan pasti mendapat manfaat
daripada meritokrasi.

Senang cerita, jika meritokrasi tulen dimalkan, sudah tentu majoriti yang
dapat memasuki universiti di

Malaysia

pastinya daripada kalangan bukan bumiputera, khususnya keturunan Cina.

Jika dasar ini dilaksanakan, sudah tentu golongan minoriti yang bernasib
baik dan maju dalam serba-serbi, baik ekonomi mahupun pendidikan akan
mendominasi negara, dengan meminggirkan majoriti, iaitu bumiputera.

Bukanlah pelajar-pelajar bumiputera tidak mampu untuk mencapai kecemerlangan
tetapi tempat amat terhad. Justeru, pelajar-pelajar yang cemerlang akan
menguasai tempat-tempat itu. Sementara yang lain, walaupun mampu akan
terpinggir dengan natijah yang berbahaya.

Maka dalam suasana inilah negara ini mengamalkan dasar-dasar tindakan
afirmatif yang memberi peluang dan ruang kepada pelajar-pelajar bumiputera yang
layak dan mampu untuk mencapai kecemerlangan. Tetapi kebanyakan mereka ini
tidak akan berupaya mendapat tempat jika mengikut cara meritokrasi tulen.

Jika pelajar-pelajar bumiputera ini mendapat tempat melalui kuota Dasar
Ekonomi Baru (DEB) selama ini turut mencapai kecemerlangan, maka negara
tidaklah terjerumus kepada mediokrasi walaupun meritokrasi tidak dilaksanakan.

Malangnya sejak hampir 49 tahun negara ini mencapai kemerdekaan, tanda-tanda
bahawa negara ini sedang bergerak ke kancah mediokrasi sudah ada.
Sekurang-kurangnya dari segi persepsi. Siswazah institusi pengajian tinggi awam
(IPTA) yang mendapat tempat melalui dasar tindakan afirmatif itu dilihat tidak
mencapai kecemerlangan.

Pencapaian mereka secara umum adalah sederhana, dan ini kemudian merebak ke
sektor awam di mana siswazah-siswazah ini bertugas kelak. Mereka juga kemudian
memimpin syarikat-syarikat milik kerajaan. Umumnya mereka adalah bumiputera dan
persepsinya ialah mereka tidak cemerlang. Maka negara dilihat terjerumus dalam
keadaan mediokrasi. Mungkin perkara ini tidak benar, ia hanya persepsi. Tetapi
persepsi diambil kira dalam politik.

Jadi apabila berlaku amalan ini di sektor awam, IPTA dan dikaitkan dengan
bumiputera, rujukannya sebenar ialah Melayu, maka persepsinya adalah
mediokrasi.

Maka pihak bukan bumiputera lihat keadaan ini bukan saja tidak adil tetapi
menumpulkan usaha daya saing negara. Mereka menuntut meritokrasi.

Hujah mereka kelihatan ada alasannya iaitu untuk melahirkan generasi yang
terbaik untuk memimpin negara dalam semua sektor. Tetapi bagi bumiputera,
seruan kepada meritokrasi adalah berunsur perkauman, ia boleh merujuk kepada
dominasi bukan bumiputera melalui kemampuan pencapaian mereka.

Di sinilah timbul soal matrikulasi sebagai saluran bagi memasuki IPTA.
Sebelum saluran matrikulasi diwujudkan pada tahun-tahun 80-an dahulu, untuk
memasuki universiti harus melalui Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Jelas banyak pelajar bumiputera walaupun mendapat keputusan cemerlang Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi gagal dalam STPM. Mengapakah pelajar-pelajar
yang cemerlang di peringkat SPM gagal di STPM sedangkan mereka mempunyai
potensi dan mampu untuk berjaya?

Maka melalui STPM, lulusannya didominasi oleh pelajar bukan bumiputera.
Tetapi apabila kerajaan memperkenalkan matrikulasi yang mengamalkan sistem
semester, banyak pelajar bumiputera berjaya dan mampu memasuki IPTA dan
ternyata akhirnya berjaya menjadi siswazah.

Maka di sinilah kalangan pihak bukan bumiputera menganggapnya sebagai tidak
adil kerana matrikulasi disyaki terdedah kepada manipulasi dan akhirnya
mewujudkan mediokrasi.

Sedangkan pada hakikatnya walaupun sistemnya berbeza daripada STPM, tetapi
strandardnya juga tinggi dan ketat. Tidak berlaku manipulasi tetapi sistemnya
dikemaskan bagi mengurangkan kadar keciciran pelajar-pelajar yang berpotensi.
Ternyata sistem matrikulasi berjaya memberi persediaan yang sewajarnya untuk
mereka balajar di peringkat ijazah di IPTA. Kejayaan lulusan matrikulasi
memperoleh ijazah adalah bukti tahap pencapaian lulusannya.

Justeru seruan supaya matrikulasi dimansuhkan dianggap sebagai unsur-unsur
perkauman untuk menafikan peluang dan ruang bagi pelajar bumiputera.

Pun begitu kebimbangan berlakunya mediokrasi tidak boleh dipandang sepi.
Kolej-kolej matrikulasi dan IPTA sendiri mesti proaktif dan mengetatkan
standard pengajian mereka supaya tidak berlaku sebarang manipulasi yang boleh
membawa kepada mediokrasi.

* artikel ini diambil dari akhbar Utusan Malaysia





Tangisan penuh makna, tapi tiada maknanya…

11 08 2006

Tangis10_4

Tangis20_2

Tangis30

Tangis40

Mayat1

Kabung1

Kabung2

Kabung3

Kabung5

Kabung7

Kabung9

Kabung16

Anak dan ibu terpisah buat selama-lamanya… suami dan isteri kehilangan permata… maruah dan kedaulatan hanya tinggal kenangan… Al-fatihah buat mereka….





Falsafah Kehidupan Pemimpin

11 08 2006

Kali ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang amat berharga yang saya peroleh dari ketua fasilitator dari Kem Bina Negara di Kuala Sentul, Maran, Pahang pada Mei lalu… falsafah ini dibentangkan dengan penuh hikmah dan tepat oleh beliau… semoga apa yang ditulis di weblog ini dapat dihayati oleh semua insan yang terkadang leka dan lupa dengan tugas, peranan dan tanggungjawab yang diberi (dan mungkin ada yang meminta diberi tanggungjawab…. huh?)

antara yang dicoretkan ialah seorang pemimpin ialah mengambil hak orang lain… contoh yang diberi ialah kita berjaya memasuki universiti, maka kitalah pemimpin kepada masyarakat… hak (atau lebih tepat, peluang) memasuki universiti telahpun kita ambil, maka selayaknya, kita menjadi tunjang halatuju masyarakat…

Selain itu, seorang pemimpin tidak harus merasakan diri sendiri mesti memperoleh segala kelebihan berbanding orang lain… tidak perlulah merasakan diri perlu mendapat lebih perhatian tidak kira dari orang di atas mahupun orang bawahan… namun, perkara yang berlaku, setiap kali kita berjalan di kakilima, kita berharap akan ada orang menyapa kita atau setidak-tidaknya melihat kita… dan jangan rasakan kita perlu mendapat lebih material berbanding orang lain yang tidak menjadi pemimpin… tapi realitinya tidak begitu…

Seorang yang akan memegang jawatan pemimpin juga tidak harus takut ataupun bimbang untuk menjadi seorang hamba semata-mata untuk menjaga status masing-masing… ingat, Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya… Namun, demi menjaga kedudukan, kita sanggup menaikkan diri kita tanpa perlu melakukan tugas yang kita labelkan sebagai kerja orang bawahan… namun, tidak pula bermaksud sekiranya kita menjadi seorang pemimpin, kita perlu menjadi seorang hamba kepada orang yang dipimpin… namun, cukuplah sekiranya aspek rasa kehambaan ini diseimbangkan dengan cukup adil…

Di samping itu, jangan memberikan alasan terhadap apa jua keadaan… setiap kegagalan, ada sahaja alasan yang kita fikirkan… begitu juga setiap kali perlu melakukan tugasan yang kita rasa perlu dielakkan, elakkan penggunaan perkataan tetapi kerana apa sahaja frasa atau ayat yang mengkutinya tidak lain dan tidak bukan, alasan semata-mata…

Sebagai manusia, kita mempunyai hati dan perasaan… namun, sebagai seorang pemimpin, jangan beremosi dalam setiap tindakan… kerana pepatah ada menyebut, Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa. Ikut nafsu, lesu…. asingkan perasaan dan letakkan rasional dalam setiap tindakan, perkataan dan fikiran… namun, senario yang berlaku, kita letakkan emosi di kedudukan yang tertinggi… senyum dan tenang sahaja dalam apa sahaja keadaan… setiap kali kita marah, jangan melampiaskan kemarahan kita tanpa memberikan cadangan, kerana kemarahan itu tidak membawa makna…

Orang yang dipimpin perlulah tertarik dengan pemimpin mereka… maka antara yang perlu dilakukan ialah menjadi seorang pendengar yang baik… mendengar apa yang diceritakan oleh orang di bawah kita… mendengar apa masalah yang disampaikan… mendengar rintihan yang diluahkan… jangan suka bercerita tentang diri sendiri, seolah-olah menggambarkan diri sendiri lebih hebat berbanding orang lain… kita semua sedar, memang pemimpin punya kelebihan, namun yang tidak disukai ialah apabila menceritakan hal ehwal diri sendiri yang kadangkala mual untuk kita dengar… sehinggakan apakah resepi yang boleh dimasak di dapur pun ingin dihebahkan ke seluruh dunia… kemudiannya, memaksa orang menyedari bahawa dialah yang paling hebat antara semua…huh?… memang selalu dilakukan…

Sebagai pemimpin, maka adalah menjadi tanggungjawab untuk memberi kritikan… namun, yang lebih utama ialah kita membina, bukannya merobohkan… segalan kritikan jangan diberi kearah yang negatif… "awak memang tak tahu buat kerja"… ayat ini terkadang kita dengar keluar dari bibir manusia… bukankah lebih elok kalau "kan lebih baik kalau awak laksanakan tugas ini begini dan begini"…

Seterus, pemimpin harus membina dan meninggalkan platform yang besar dan global, bukannya membuat atau melaksanakan tanggungjawab seperti sekadar melepaskan batuk di tangga… yang paling penting, jangan suka menjadikan diri diri sebagai penghutang…

Seorang pemimpin yang balik ialah seorang pemimpin yang bersifat akar umbi… kenali orang di bawah anda (dan bukannya bergelumang dengan orang atasan demi mendapatkan sokongan)… seorang pemimpin yang baik mempunyai ramai kawan, bukannya sekadar bergaul dengan orang yang dianggap sekelas dengannya… dan harus diingat, manusia akan kabur dengan kuasa….

Untuk menjadi pemimpin juga, kita perlu terima segala kritikan… ini tidak, setiap kritikan yang dilemparkan, ada sahaja alasan dan hujah untuk menidakkannya… dan tolaklah keinginan di hati untuk menerima pujian daripada orang lain… (renungan untuk mereka yang sentiasa dahagakan sanjungan dari orang lain)… sentiasa tanamkan di dalam diri kita, bahawa yang baik untuk orang lain, yang buruk untuk diri kita, agar kita sentiasa punyai cita-cita untuk buat yang lebih baik….

Orang kata, Masa Itu Emas… pepatah Arab mengatakan Masa Ibarat Pedang… orang putih plak kata Time Wait For No Man… seorang pemimpin yang baik perlu membahagikan masa dengan baik… semak kembali ke mana masa itu telah pergi… dan jikalau terlepas beberapa tanggungjawab, gantikan kembali… contoh cukup mudah, kalau dah lama tak study, concentrate lebih untuk study n tutorial etc…

Dan terakhirnya, ingatlah… setiap perbuatan itu adalah amanah drp tuhan… maka, jangan kita laksanakan sambil lewa sahaja….

To put it in a nutshell, falsafahnya begini :

  1. Ambil hak orang lain
  2. Jangan merasakan diri mesti dapat lebih daripada orang lain
  3. Jangan takut untuk menjadi hamba
  4. Jangan beralasan
  5. Tidak beremosi
  6. Pendengar yang baik
  7. Membina, bukan merobohkan
  8. Bina dan tinggalkan platform yang besar dan global
  9. Pemimpin akar umbi
  10. Terima kritikan, tolak pujian
  11. Mengurus masa dengan baik
  12. Setiap perbuatan dalah amanah pada Tuhan

Wallahuaklam….





Jack of all trades

7 08 2006

Dalam kelas pagi tadi terdetik sesuatu di fikiran… satu fenomena yang berlaku disekitar aku yang kurang menyihatkan… ada satu tajuk perdebatan zaman sekolah dahulu yang tiba-tiba muncul semula di fikiran ini iaitu "Jack of all trades is better than master of one"…

Apa yang aku perhatikan sekarang, mahasiswa m’punyai tendency untuk menjadi master of one berbanding cuba untuk mengetahui dalam pelbagai bidang… tidak terkecuali aku…. kerana manusia punya nafsu dan keinginan untuk berjaya, lantas jalan paling selamat dan mudah adalah untuk mencurahkan segala kudrat dalam sesuatu perkara…

Namun, yang tidak berapa enaknya, apabila berlaku perkara ini, kita gagal melahirkan manusia atau manusia yang dinamik dan cemerlang dalam erti kata yang sebenar… contohnya, pelajar universiti mempunyai aspek kognitif yang cemerlang, namun kadangkala tersasar dan tergelincir dari aspek afektif (tidak semuanya begitu)… kita lihat pada hari ini, rata-rata mahasiswa mampu mempelajari isikandung pelajaran dengan baik, namun gagal  mengetahui keadaan semasa yang berubah-ubah… sebagai contoh, berapa ramai yang menyedari tentang situasi ekonomi, sosial atau politik M’sia sekarang (mmg AUKU melarang pelajar terlibat dgn politik, namun peruntukannya ialah tidak boleh menyertai aktiviti luar kampus yang boleh merosakkan nama balik universiti, bermakna sekadar ambil tahu bukan suatu kesalahan, pada hemat saya)… berapa ramai yang tahu tentang teras RMK-9… berapa ramai yang tahu tentang "modal insan" atau PIN?…

mungkin saya tidak terkecuali dengan apa yang saya sebutkan sebentar tadi… namun, apa yang lebih penting ialah adakah kita ingin tahu ataupun tidak?… antara langkah yang boleh diambil ialah dengan membaca akhbar setiap hari… namun permasalahannya ialah dari segi kemampuan dan kapasiti seorang pelajar untuk memiliki suratkhabar setiap hari… kerana pada pandangan saya, pelajar sekarang bukannya tidak mahu, cuma tidak mampu… lihat sahaja di ruangan membaca akhbar di kolej kediaman, pasti suratkhabar tersebut terusik… lantas, pendekatan KOSMO sgt bagus iaitu menjual akhbar dgn harga 50 sen sahaja di kampus… dan saya tidak merasakan KOSMO sebagai akhbar kelas kedua…

kembali kepada perkara master of one tadi… apa yang lebih menjelekkan kita ialah apabila kita (mahasiswa) berbangga dengan apa yang kita tahu, tanpa ada keinginan untuk menimba sesuatu dari orang lain… (dalam masa yang sama, ada hati untuk menyuruh orang lain mengetahui apa yang kita tahu)… lantas, wujudlah situasi yang kita lihat pada hari ini yang apabila mahasiswa ditanya tentang perkara yang paling diketahui selain akademik, apa yang dijawab ialah sukan dan hiburan (sekali lagi, tidak terkecuali saya)…

dan di akhirnya, pada pendapat saya, kita harus menjadi Jack of all trades kerana ia lebih bermanfaat untuk diri kita dan orang lain… lihat sahaja ilmuwan Islam di zaman kegemilangan Kerajaan Abassiyah, menguasai lebih daripada satu cabang ilmu… namun, sebenarnya bukannya kita tidak mahu… cuma kita kadangkala terlepas pandang ataupun alpa tentang kepentingannya…

Wallahuaklam…

p/s = manusia mempunyai pandangan sendiri, tidak semestinya betul dan tidak semestinya salah…





Mahasiswa kita, wajah malaysia

4 08 2006

I seek for information in the internet… just nak tambah maklumat tentang isu-isu semasa… barulah membangun sikit jiwa dan minda ini… ye la, sekarang nih kan banyak isu especially pasal isu di Tanah Arab, moga Allah beri sinar kepada penyelesaiannya… tak kurang juga di negara Malaysia tentang isu Dr. Mahathir, then ade pasal Sharifah, and tak kurang hebatnya penangan Akademi Fantasia… suddenly, I come across this article from the internet….

Mahasiswa harap NGO jadi pemerhati pilihan raya kampus


Oleh Nyza Ayob
PETALING JAYA, 3 Ogos (Hrkh) –
Badan bebas serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO)seperti Suhakam, Hakam
dan Suaram diharap dibenarkan menjadi pemerhati dalam pilihan raya
kampus Universiti Malaya (UM) sesi 2006/2007.

Harapan tersebut adalah antara tuntutan dalam memorandum Gagasan
Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM) bagi menuntut keadilan, kesaksamaan
dan ketulusan dalam pilihan raya kampus universiti itu tidak lama lagi.

Memorandum sembilan tuntutan itu dikemukakan kepada Naib Canselor UM, Dato’ Rafiah Salim.

Bagaimanapun
menurut wakil GMUM, Abdullah Mohd Salleh yang menyerahkan memorandum
tersebut pagi tadi, mereka hanya dapat menyerahkannya kepada wakil
Rafiah.

Abdullah dalam sidang media di sini selepas penyerahan
memorandum berkenaan berkata, GMUM menaruh harapan tinggi agar
perjalanan pilihan raya kali ini dapat dilaksanakan mengikut proses
pilihan raya kampus yang adil dan berasaskan konsep demokrasi sebenar.

Selain
pemantauan organisasi bukan kerajaan, wakil mahasiswa itu juga menuntut
supaya satu jawatankuasa bebas dibentuk untuk mengendalikan semua
laporan dan ketidakpuasan calon.

Jika sesi pilihan raya lalu,
proses pengundian diadakan di kolej-kolej kediaman, mereka menuntut
agar proses tersebut dilakukan di fakulti masing-masing. Sementara tempat pengiraan undi pula dipusatkan di sebuah kawasan umum.

Dalam
pada itu mereka juga menggesa calon-calon yang bertanding diberi
kebebasan untuk menyampaikan ucapan sama ada di kolej kediaman, fakulti
atau kawasan umum
sepanjang tempoh berkempen tanpa prosedur ketat.

Mereka
juga menuntut agar syarat kelayakan calon bertanding diletakkan supaya
mempunyai pencapaian purata nilai gred kumulatif (PNGK) 2.5 ke atas
berbanding 3.00 sebelum ini.

Memorandum tersebut juga menuntut agar nombor siri pada kertas undi yang dicetak pada daftar pemilih.

GMUM juga meminta tempoh berkempen yang diperuntukkan dua hari sebelum pengundian dilanjutkan selama lima hari.

Jawatankuasa pelaksana juga dituntut supaya mengumumkan peraturan serta berkenaan pilihan raya dua minggu sebelum pilihan raya.

GMUM
menerusi memorandum tersebut juga mengemukakan beberapa isu yang
didapati mencemar proses demokrasi dalam pilihan raya kampus sesi
2005/2006.

Antara yang dibangkitkan ialah pelantikan ahli jawatankuasa induk pemilihan yang tidak bebas dan bersikap memihak.

Mereka
juga menyatakan kesangsian terhadap keanggotaan ahli dalam jawatankuasa
siasatan dan rayuan yang menjejaskan kredibiliti jawatankuasa tersebut.

Mereka juga mendapati penguatkuasaan peraturan pilihan raya
tidak efektif dan profesional
yang mana pengumuman peraturan dan
perubahan tidak dilakukan awal.

Dalam pilihan raya lalu, GMUM
juga mendakwa terdapat calon yang melakukan perbuatan yang melanggar
peraturan pemilihan
. Bagaimanapun penyertaan mereka tidak terbatal
walaupun aduan dibuat.

Pilihan raya kampus UM sesi 2006/2007 berkemungkinan diadakan pada September nanti. – lanh

setelah membaca artikel ini, terus timbul persoalan di benak yang kekadang tak boleh diterima akal

  1. tatkala pihak universiti sedang giat dalam penganjuran konvokesyen, mengapa ada pihak yang sibuk dengan pilihanraya
  2. frasa "tidak lama lagi" menggambarkan sifat nujum pak belalang yang begitu tinggi… seolah-olah tiada apa yang menarik dan dinantikan sepanjang semester satu ini melainkan pilihanraya
  3. hendakkan pemantauan NGO? saya tidak nampak rasional yang begitu mendesak kita untuk melibatkan pemantauan NGO… seolah-olah sekiranya negara M’sia perlukan pemantauan PBB sekiranya diadakan pilihanraya umum… perlu ke?… kenapa isu ini tak timbul 2 atau 3 tahun lepas?
  4. ucapan umum dibenarkan… kalau prosedur ketat sekalipun, jika kita benar, apa yang perlu dirisaukan?… kalau benar niat ikhlas, tak perlu dibimbangkan soal prosedur kerana prosedur akan membenarkan apa yang benar..
  5. kelayakan PNGK minimum dari 3.00 kepada 2.50?… ni satu lagi keterdesakan yang timbul… sudah ketandusan calon ke?
  6. kalau wujud kesangsian, berikan petisyen dan rayuan dengan saluran yang betul… kenapa dibiarkan berbuku di hati?
  7. penguatkuasaan yang tidak efektif? betul juga tu… sebab itu berlaku rombongan cik Kiah beramai-ramai dengan motosikal sambil membunyikan hon…
  8. calon yang melanggar peraturan?… harap semua pihak dapat cermin diri sendiri ye…
  9. berkemungkinan september?… ini memang le satu kebarangkalian yang tinggi… persoalannya, kenapa sekarang ini ditimbulkan? kalau kita tgk AF pun, kita tidak memandang pusingan Akhir siapa yang akan menang, tapi yang dilakukan oleh mahasiswa kita, memandang pilihanraya kampus seawal sesi 2006/2007 bermula…

Terdesakkah kita? atau terdesakkah mereka?





Diriku pasca Debat Alam Sekitar 2006

4 08 2006

Sudah beberapa hari aku kembali dari Pertandingan Debat Alam Sekitar 2006 di USM P.Pinang…. well, ini adalah kali kedua aku menyertai Debat Alam Sekitar ini and sgt banyak pengalaman yang kuperoleh… perjalananku ke Pulau Pinang penuh seribu harapan… diletakkan bersama-sama Shahrizan n Zulfadhli mmg melegakan kerana semua maklum dengan kemampuan mereka…

Das
memulakan rentak pertandingan dengan saringan yang amat getir… kalau pada tahun lepas, Allah memudahkan sedikit perjalanan kami, tapi tahun ini Tuhan memberi dugaan awal yang hebat… menentang USM, UTP, UiTM, UKM, UTM, dan UIA mmg cukup menyemputkan nafas kerana pasukan-pasukan ini bukan calang-calang pasukan… ditambah pula dengan kedudukanku yang diubah dari pendebat ketiga ke kedudukan kedua mmg memerlukan refleks dan penyesuaian yang maksimum… kemudiannya ditakdirkan berjumpa sekali lagi dengan UTP sekali lagi menguji team UM dan di separuh akhir yang getir, dipertemukan dengan UMS yang juga bukan calang-calang pasukan… dan di akhirnya, di pentas kegemilangan Debat Alam Sekitar 2006, bertembung dengan UIA sekali lagi dan di situ akhirnya langkah tersumbang dan tersungkur…

Das2 Apa-apapun, aku bersyukur kerana Tuhan mengurniakan juga nikmat itu padaku… Terima Kasih Tuhan… juga ungkapan terima kasih untuk keluarga; Ibu, Ayah, Kaklong (tq sebab dtg)… juga pada rakan sepasukan; Ijan n Otel kerana sudi menerimaku dalam team kalian… juga kepada barisan pembantu yang banyak membantu; Nining, Nizam, C.Hakim (sori la bebyk), Bidasari n Zahrah… jasa kalian tak terbalas… juga tak dilupakan rakan-rakan di Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi yang mendoakan aku… kepada pendebat-pendebat IPT yang lain, terima kasih atas sokongan dan dorongan yang diberikan kepada kami….





Renung… tenung… bingung… bengong…

3 08 2006
Petikan Metro 3.8.06
Bahang
kehangatan perkahwinan penyanyi popular tanah air, Siti Nurhaliza
Tarudin dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K membuatkan
jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dikatakan
bimbang untuk menikahkan pasangan berkenaan pada 21 Ogos ini.Kebanyakan
tok kadi dipercayai khuatir diserang darah gemuruh dengan kehadiran
puluhan wartawan media cetak dan elektronik yang merakamkan majlis
‘Wedding Of The Year’ itu
.Ini disebabkan majlis berkenaan bukan
sahaja menjadi tumpuan jutaan rakyat negara ini dan disiarkan secara
langsung melalui televisyen.
Justeru,
upacara akad nikah pasangan terbabit di Masjid Wilayah Persekutuan,
Jalan Duta di sini, kemungkinan diambil alih Pengarah Jawi, Datuk Che
Mat Che Ali.Difahamkan, Jawi masih gagal mencari calon kadi sesuai
untuk menikahkan pasangan terbabit kerana 21 Ogos adalah hari bekerja
selain kemungkinan diserang darah gemuruh akibat majlis itu menjadi
tumpuan ramai serta media massa.“Buat masa ini, hanya pengarah (Che
Mat) yang layak memikul tanggungjawab itu.
“Bagaimanapun,
perkara ini hanya satu kemungkinan dan siapa sebenar bakal menikahkan
mereka akan diketahui selepas Jawi menerima permohonan pernikahan
pasangan berkenaan,” kata sumber Jawi kepada Harian Metro,
semalam.Sehingga semalam, menurutnya, Datuk K belum menyerahkan borang
permohonan pernikahannya dengan Siti, termasuk memohon kebenaran
menggunakan masjid tercantik di ibu kota itu bagi majlis
berkenaan.“Usahawan itu masih sempat berbuat demikian selewat-lewatnya
minggu depan,” katanya.
Sumber
itu juga menyatakan, Datuk K sendiri hadir di pejabat Jawi, Jun lalu,
untuk mengambil surat pengesahan cerai dengan bekas isterinya, Tengku
Zawyah Tengku Izham.Ditanya mengenai permohonan pasangan berkenaan
bernikah di luar kariah, katanya, ia tidak menjadi masalah kerana Siti
bermastautin di Kuala Lumpur.“Walaupun orang ramai mengetahui Siti dari
Pahang (Kuala Lipis), dia sudah lama menetap di Kuala Lumpur iaitu di
Alam Damai, Cheras, manakala Datuk K menetap di Bukit Antarabangsa,
Hulu Klang.
“Hanya
Datuk K perlu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Agama Islam
Selangor (Jais) kerana bermastautin di Selangor,” katanya.Sumber
berkenaan memberitahu, jumlah mas kahwin hantaran Datuk K kepada
penyanyi nombor satu negara itu belum diketahui meskipun ada media
sebelum ini melaporkan sebanyak RM22,222.22 atau RM88,888.88.
“Jumlah
itu mungkin hanya rekaan atau andaian pihak tertentu dan pihak Jawi
tidak menetapkan sebarang jumlah hantaran.“Jumlah sebenar hantaran
pasangan popular itu hanya dapat diketahui apabila borang permohonan
kahwin mereka diterima,” katanya.
Datuk
K, 47, dan Siti, 27, mengumumkan tarikh pertunangan dan pernikahan
mereka pada sidang media khas di sebuah hotel di sini, 17 Julai
lalu.Majlis pertunangan dan pernikahan akan diadakan 21 Ogos manakala
persandingan bakal berlangsung seminggu kemudian iaitu pada 28 Ogos di
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).Tarikh 28 Ogos juga hari ulang
tahun ke-38 perkahwinan ibu bapa Siti, Tarudin Ismail dan Siti Salmah
Bachik.Pasangan berkenaan akan diraikan di rumah pengantin perempuan di
Kuala Lipis pada 3 September.
Sementara
itu, seorang pegawai Masjid Wilayah Persekutuan mengesahkan pihaknya
belum menerima sebarang permohonan secara rasmi untuk majlis pernikahan
pasangan berkenaan.
“Sebaik
menerima permohonan secara rasmi, kami akan mengadakan perbincangan
bersama Datuk K dan Siti bagi mengetahui aturcara majlis supaya dapat
diadakan dengan lancar,” katanya.“Kemungkinan besar, dewan solat utama
akan ditutup untuk orang awam dan hanya jemputan khas, termasuk petugas
media dibenarkan masuk,” katanya.
Bagaimanapun,
pihak pengurusan masjid itu memberi jaminan penutupan dewan solat utama
tidak mengambil masa lama, sebaliknya sekitar antara satu hingga dua
jam sahaja.
“Kanak-kanak
berusia enam tahun ke bawah sememangnya dilarang sama sekali memasuki
dewan solat utama, begitu juga dengan pengunjung yang tidak menutup
aurat.
“Pengunjung yang ingin melakukan sembahyang sunat, boleh berbuat demikian di perkarangan masjid ini,” katanya.

p/s : Aku sekadar mampu tersenyum….