Renung… tenung… bingung… bengong…

3 08 2006
Petikan Metro 3.8.06
Bahang
kehangatan perkahwinan penyanyi popular tanah air, Siti Nurhaliza
Tarudin dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K membuatkan
jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dikatakan
bimbang untuk menikahkan pasangan berkenaan pada 21 Ogos ini.Kebanyakan
tok kadi dipercayai khuatir diserang darah gemuruh dengan kehadiran
puluhan wartawan media cetak dan elektronik yang merakamkan majlis
‘Wedding Of The Year’ itu
.Ini disebabkan majlis berkenaan bukan
sahaja menjadi tumpuan jutaan rakyat negara ini dan disiarkan secara
langsung melalui televisyen.
Justeru,
upacara akad nikah pasangan terbabit di Masjid Wilayah Persekutuan,
Jalan Duta di sini, kemungkinan diambil alih Pengarah Jawi, Datuk Che
Mat Che Ali.Difahamkan, Jawi masih gagal mencari calon kadi sesuai
untuk menikahkan pasangan terbabit kerana 21 Ogos adalah hari bekerja
selain kemungkinan diserang darah gemuruh akibat majlis itu menjadi
tumpuan ramai serta media massa.“Buat masa ini, hanya pengarah (Che
Mat) yang layak memikul tanggungjawab itu.
“Bagaimanapun,
perkara ini hanya satu kemungkinan dan siapa sebenar bakal menikahkan
mereka akan diketahui selepas Jawi menerima permohonan pernikahan
pasangan berkenaan,” kata sumber Jawi kepada Harian Metro,
semalam.Sehingga semalam, menurutnya, Datuk K belum menyerahkan borang
permohonan pernikahannya dengan Siti, termasuk memohon kebenaran
menggunakan masjid tercantik di ibu kota itu bagi majlis
berkenaan.“Usahawan itu masih sempat berbuat demikian selewat-lewatnya
minggu depan,” katanya.
Sumber
itu juga menyatakan, Datuk K sendiri hadir di pejabat Jawi, Jun lalu,
untuk mengambil surat pengesahan cerai dengan bekas isterinya, Tengku
Zawyah Tengku Izham.Ditanya mengenai permohonan pasangan berkenaan
bernikah di luar kariah, katanya, ia tidak menjadi masalah kerana Siti
bermastautin di Kuala Lumpur.“Walaupun orang ramai mengetahui Siti dari
Pahang (Kuala Lipis), dia sudah lama menetap di Kuala Lumpur iaitu di
Alam Damai, Cheras, manakala Datuk K menetap di Bukit Antarabangsa,
Hulu Klang.
“Hanya
Datuk K perlu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Agama Islam
Selangor (Jais) kerana bermastautin di Selangor,” katanya.Sumber
berkenaan memberitahu, jumlah mas kahwin hantaran Datuk K kepada
penyanyi nombor satu negara itu belum diketahui meskipun ada media
sebelum ini melaporkan sebanyak RM22,222.22 atau RM88,888.88.
“Jumlah
itu mungkin hanya rekaan atau andaian pihak tertentu dan pihak Jawi
tidak menetapkan sebarang jumlah hantaran.“Jumlah sebenar hantaran
pasangan popular itu hanya dapat diketahui apabila borang permohonan
kahwin mereka diterima,” katanya.
Datuk
K, 47, dan Siti, 27, mengumumkan tarikh pertunangan dan pernikahan
mereka pada sidang media khas di sebuah hotel di sini, 17 Julai
lalu.Majlis pertunangan dan pernikahan akan diadakan 21 Ogos manakala
persandingan bakal berlangsung seminggu kemudian iaitu pada 28 Ogos di
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).Tarikh 28 Ogos juga hari ulang
tahun ke-38 perkahwinan ibu bapa Siti, Tarudin Ismail dan Siti Salmah
Bachik.Pasangan berkenaan akan diraikan di rumah pengantin perempuan di
Kuala Lipis pada 3 September.
Sementara
itu, seorang pegawai Masjid Wilayah Persekutuan mengesahkan pihaknya
belum menerima sebarang permohonan secara rasmi untuk majlis pernikahan
pasangan berkenaan.
“Sebaik
menerima permohonan secara rasmi, kami akan mengadakan perbincangan
bersama Datuk K dan Siti bagi mengetahui aturcara majlis supaya dapat
diadakan dengan lancar,” katanya.“Kemungkinan besar, dewan solat utama
akan ditutup untuk orang awam dan hanya jemputan khas, termasuk petugas
media dibenarkan masuk,” katanya.
Bagaimanapun,
pihak pengurusan masjid itu memberi jaminan penutupan dewan solat utama
tidak mengambil masa lama, sebaliknya sekitar antara satu hingga dua
jam sahaja.
“Kanak-kanak
berusia enam tahun ke bawah sememangnya dilarang sama sekali memasuki
dewan solat utama, begitu juga dengan pengunjung yang tidak menutup
aurat.
“Pengunjung yang ingin melakukan sembahyang sunat, boleh berbuat demikian di perkarangan masjid ini,” katanya.

p/s : Aku sekadar mampu tersenyum….

 

Tindakan

Informasi

One response

4 08 2006
NuRuL

erm..nak kata pe ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: