Mahasiswa kita, wajah malaysia

4 08 2006

I seek for information in the internet… just nak tambah maklumat tentang isu-isu semasa… barulah membangun sikit jiwa dan minda ini… ye la, sekarang nih kan banyak isu especially pasal isu di Tanah Arab, moga Allah beri sinar kepada penyelesaiannya… tak kurang juga di negara Malaysia tentang isu Dr. Mahathir, then ade pasal Sharifah, and tak kurang hebatnya penangan Akademi Fantasia… suddenly, I come across this article from the internet….

Mahasiswa harap NGO jadi pemerhati pilihan raya kampus


Oleh Nyza Ayob
PETALING JAYA, 3 Ogos (Hrkh) –
Badan bebas serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO)seperti Suhakam, Hakam
dan Suaram diharap dibenarkan menjadi pemerhati dalam pilihan raya
kampus Universiti Malaya (UM) sesi 2006/2007.

Harapan tersebut adalah antara tuntutan dalam memorandum Gagasan
Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM) bagi menuntut keadilan, kesaksamaan
dan ketulusan dalam pilihan raya kampus universiti itu tidak lama lagi.

Memorandum sembilan tuntutan itu dikemukakan kepada Naib Canselor UM, Dato’ Rafiah Salim.

Bagaimanapun
menurut wakil GMUM, Abdullah Mohd Salleh yang menyerahkan memorandum
tersebut pagi tadi, mereka hanya dapat menyerahkannya kepada wakil
Rafiah.

Abdullah dalam sidang media di sini selepas penyerahan
memorandum berkenaan berkata, GMUM menaruh harapan tinggi agar
perjalanan pilihan raya kali ini dapat dilaksanakan mengikut proses
pilihan raya kampus yang adil dan berasaskan konsep demokrasi sebenar.

Selain
pemantauan organisasi bukan kerajaan, wakil mahasiswa itu juga menuntut
supaya satu jawatankuasa bebas dibentuk untuk mengendalikan semua
laporan dan ketidakpuasan calon.

Jika sesi pilihan raya lalu,
proses pengundian diadakan di kolej-kolej kediaman, mereka menuntut
agar proses tersebut dilakukan di fakulti masing-masing. Sementara tempat pengiraan undi pula dipusatkan di sebuah kawasan umum.

Dalam
pada itu mereka juga menggesa calon-calon yang bertanding diberi
kebebasan untuk menyampaikan ucapan sama ada di kolej kediaman, fakulti
atau kawasan umum
sepanjang tempoh berkempen tanpa prosedur ketat.

Mereka
juga menuntut agar syarat kelayakan calon bertanding diletakkan supaya
mempunyai pencapaian purata nilai gred kumulatif (PNGK) 2.5 ke atas
berbanding 3.00 sebelum ini.

Memorandum tersebut juga menuntut agar nombor siri pada kertas undi yang dicetak pada daftar pemilih.

GMUM juga meminta tempoh berkempen yang diperuntukkan dua hari sebelum pengundian dilanjutkan selama lima hari.

Jawatankuasa pelaksana juga dituntut supaya mengumumkan peraturan serta berkenaan pilihan raya dua minggu sebelum pilihan raya.

GMUM
menerusi memorandum tersebut juga mengemukakan beberapa isu yang
didapati mencemar proses demokrasi dalam pilihan raya kampus sesi
2005/2006.

Antara yang dibangkitkan ialah pelantikan ahli jawatankuasa induk pemilihan yang tidak bebas dan bersikap memihak.

Mereka
juga menyatakan kesangsian terhadap keanggotaan ahli dalam jawatankuasa
siasatan dan rayuan yang menjejaskan kredibiliti jawatankuasa tersebut.

Mereka juga mendapati penguatkuasaan peraturan pilihan raya
tidak efektif dan profesional
yang mana pengumuman peraturan dan
perubahan tidak dilakukan awal.

Dalam pilihan raya lalu, GMUM
juga mendakwa terdapat calon yang melakukan perbuatan yang melanggar
peraturan pemilihan
. Bagaimanapun penyertaan mereka tidak terbatal
walaupun aduan dibuat.

Pilihan raya kampus UM sesi 2006/2007 berkemungkinan diadakan pada September nanti. – lanh

setelah membaca artikel ini, terus timbul persoalan di benak yang kekadang tak boleh diterima akal

  1. tatkala pihak universiti sedang giat dalam penganjuran konvokesyen, mengapa ada pihak yang sibuk dengan pilihanraya
  2. frasa "tidak lama lagi" menggambarkan sifat nujum pak belalang yang begitu tinggi… seolah-olah tiada apa yang menarik dan dinantikan sepanjang semester satu ini melainkan pilihanraya
  3. hendakkan pemantauan NGO? saya tidak nampak rasional yang begitu mendesak kita untuk melibatkan pemantauan NGO… seolah-olah sekiranya negara M’sia perlukan pemantauan PBB sekiranya diadakan pilihanraya umum… perlu ke?… kenapa isu ini tak timbul 2 atau 3 tahun lepas?
  4. ucapan umum dibenarkan… kalau prosedur ketat sekalipun, jika kita benar, apa yang perlu dirisaukan?… kalau benar niat ikhlas, tak perlu dibimbangkan soal prosedur kerana prosedur akan membenarkan apa yang benar..
  5. kelayakan PNGK minimum dari 3.00 kepada 2.50?… ni satu lagi keterdesakan yang timbul… sudah ketandusan calon ke?
  6. kalau wujud kesangsian, berikan petisyen dan rayuan dengan saluran yang betul… kenapa dibiarkan berbuku di hati?
  7. penguatkuasaan yang tidak efektif? betul juga tu… sebab itu berlaku rombongan cik Kiah beramai-ramai dengan motosikal sambil membunyikan hon…
  8. calon yang melanggar peraturan?… harap semua pihak dapat cermin diri sendiri ye…
  9. berkemungkinan september?… ini memang le satu kebarangkalian yang tinggi… persoalannya, kenapa sekarang ini ditimbulkan? kalau kita tgk AF pun, kita tidak memandang pusingan Akhir siapa yang akan menang, tapi yang dilakukan oleh mahasiswa kita, memandang pilihanraya kampus seawal sesi 2006/2007 bermula…

Terdesakkah kita? atau terdesakkah mereka?


Tindakan

Informasi

4 responses

4 08 2006
aMaL

akak pun terpk gak…huhuhu…

5 08 2006
Jay

baguih adik akk….

5 08 2006
DamaiShahiaN

Saya kira pihak yang bernama GMUM itu tidaklah terlalu ke’nujum pak belalang’an. Ada rasionalnya tindakan mereka dalam beberapa aspek.Kita tidak boleh membandingkan satu perkara penting bagi sesebuah universiti (malahan universiti tertua di Malaysia) dengan sesuatu yang bersifat hiburan pembaziran semata-mata.Sesuatu isu kadangkala sememangnya memerlukan tindakan awal supaya hasilnya dapat dipetik ketika musimnya(walaupun rasanya tidaklah terlalu awal).Bukanlah untuk menidakkan tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh pihak universiti, tetapi sekadar menegaskan sebenarnya masih ada perkara yang terlepas pandang atau mungkin, dilepas pandang.

6 08 2006
Ali Asyraf

bagus sebenarnya tindakan awal… namun sedang kita perlu menyelesaikan sesuatu agenda, kita sibuk dengan agenda lain… contohnya kita sibuk dengan PMR, tapi kita dan merangka strategi untuk SPM, rasionalkah itu?… mungkin kita yang terlepas pandang dengan tindakan Universiti… namun, mereka berjaya melepaskan pandangan orang lain terhadap agenda mereka… persoalan terdesak masih belum terjawab…?!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: