Antara meritokrasi, matrikulasi, manipulasi dan mediokrasi

11 08 2006

BERCAKAP tentang meritokrasi, matrikulasi dan mediokrasi sememangnya
sensitif kerana ia mempunyai unsur-unsur perkauman yang tidak disenangi oleh
rakyat

Malaysia

.

Tetapi apakah itu mediokrasi? Mediokrasi daripada perkataan mediocracy yang
merujuk kepada istilah mediocre, bermaksud kesederhanaan dari segi tahap
pencapaian. Ia adalah berlawanan dengan kecemerlangan. Sederhana, lemah, mundur
dan di bawah piawaian, atau substandard dalam pemerintahan, pentadbiran dan
politik negara boleh disebut sebagai mediokrasi.

Maka mediokrasi adalah bertentangan dengan meritokrasi. Bagaimanapun,
tidaklah boleh disebut bahawa semua keadaan atau amalan yang bukan meritokrasi
adalah mediokrasi.

Ada

masa,
sesuatu sistem itu tidak mengamalkan meritokrasi atas sebab untuk memberi
peluang dan ruang kepada mereka yang kurang bernasib baik melalui dasar-dasar
diskriminasi positif dan tindakan afirmatif, tetapi ia tidak semestinya
menghasilkan mediokrasi jika dilakukan dengan betul.

Dalam zaman ini di mana politik kerakyatan menjadi asas negara bangsa moden,
meritokrasi merupakan amalan

baku

di seluruh dunia.

Jadi dengan mengikut merit, siapa pandai dan cekap akan menerima habuan
dalam masyarakat. Tetapi adakah itu adil? Sudah tentu anggota-anggota
masyarakat yang mempunyai landasan awal lebih baik akan pasti mendapat manfaat
daripada meritokrasi.

Senang cerita, jika meritokrasi tulen dimalkan, sudah tentu majoriti yang
dapat memasuki universiti di

Malaysia

pastinya daripada kalangan bukan bumiputera, khususnya keturunan Cina.

Jika dasar ini dilaksanakan, sudah tentu golongan minoriti yang bernasib
baik dan maju dalam serba-serbi, baik ekonomi mahupun pendidikan akan
mendominasi negara, dengan meminggirkan majoriti, iaitu bumiputera.

Bukanlah pelajar-pelajar bumiputera tidak mampu untuk mencapai kecemerlangan
tetapi tempat amat terhad. Justeru, pelajar-pelajar yang cemerlang akan
menguasai tempat-tempat itu. Sementara yang lain, walaupun mampu akan
terpinggir dengan natijah yang berbahaya.

Maka dalam suasana inilah negara ini mengamalkan dasar-dasar tindakan
afirmatif yang memberi peluang dan ruang kepada pelajar-pelajar bumiputera yang
layak dan mampu untuk mencapai kecemerlangan. Tetapi kebanyakan mereka ini
tidak akan berupaya mendapat tempat jika mengikut cara meritokrasi tulen.

Jika pelajar-pelajar bumiputera ini mendapat tempat melalui kuota Dasar
Ekonomi Baru (DEB) selama ini turut mencapai kecemerlangan, maka negara
tidaklah terjerumus kepada mediokrasi walaupun meritokrasi tidak dilaksanakan.

Malangnya sejak hampir 49 tahun negara ini mencapai kemerdekaan, tanda-tanda
bahawa negara ini sedang bergerak ke kancah mediokrasi sudah ada.
Sekurang-kurangnya dari segi persepsi. Siswazah institusi pengajian tinggi awam
(IPTA) yang mendapat tempat melalui dasar tindakan afirmatif itu dilihat tidak
mencapai kecemerlangan.

Pencapaian mereka secara umum adalah sederhana, dan ini kemudian merebak ke
sektor awam di mana siswazah-siswazah ini bertugas kelak. Mereka juga kemudian
memimpin syarikat-syarikat milik kerajaan. Umumnya mereka adalah bumiputera dan
persepsinya ialah mereka tidak cemerlang. Maka negara dilihat terjerumus dalam
keadaan mediokrasi. Mungkin perkara ini tidak benar, ia hanya persepsi. Tetapi
persepsi diambil kira dalam politik.

Jadi apabila berlaku amalan ini di sektor awam, IPTA dan dikaitkan dengan
bumiputera, rujukannya sebenar ialah Melayu, maka persepsinya adalah
mediokrasi.

Maka pihak bukan bumiputera lihat keadaan ini bukan saja tidak adil tetapi
menumpulkan usaha daya saing negara. Mereka menuntut meritokrasi.

Hujah mereka kelihatan ada alasannya iaitu untuk melahirkan generasi yang
terbaik untuk memimpin negara dalam semua sektor. Tetapi bagi bumiputera,
seruan kepada meritokrasi adalah berunsur perkauman, ia boleh merujuk kepada
dominasi bukan bumiputera melalui kemampuan pencapaian mereka.

Di sinilah timbul soal matrikulasi sebagai saluran bagi memasuki IPTA.
Sebelum saluran matrikulasi diwujudkan pada tahun-tahun 80-an dahulu, untuk
memasuki universiti harus melalui Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Jelas banyak pelajar bumiputera walaupun mendapat keputusan cemerlang Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi gagal dalam STPM. Mengapakah pelajar-pelajar
yang cemerlang di peringkat SPM gagal di STPM sedangkan mereka mempunyai
potensi dan mampu untuk berjaya?

Maka melalui STPM, lulusannya didominasi oleh pelajar bukan bumiputera.
Tetapi apabila kerajaan memperkenalkan matrikulasi yang mengamalkan sistem
semester, banyak pelajar bumiputera berjaya dan mampu memasuki IPTA dan
ternyata akhirnya berjaya menjadi siswazah.

Maka di sinilah kalangan pihak bukan bumiputera menganggapnya sebagai tidak
adil kerana matrikulasi disyaki terdedah kepada manipulasi dan akhirnya
mewujudkan mediokrasi.

Sedangkan pada hakikatnya walaupun sistemnya berbeza daripada STPM, tetapi
strandardnya juga tinggi dan ketat. Tidak berlaku manipulasi tetapi sistemnya
dikemaskan bagi mengurangkan kadar keciciran pelajar-pelajar yang berpotensi.
Ternyata sistem matrikulasi berjaya memberi persediaan yang sewajarnya untuk
mereka balajar di peringkat ijazah di IPTA. Kejayaan lulusan matrikulasi
memperoleh ijazah adalah bukti tahap pencapaian lulusannya.

Justeru seruan supaya matrikulasi dimansuhkan dianggap sebagai unsur-unsur
perkauman untuk menafikan peluang dan ruang bagi pelajar bumiputera.

Pun begitu kebimbangan berlakunya mediokrasi tidak boleh dipandang sepi.
Kolej-kolej matrikulasi dan IPTA sendiri mesti proaktif dan mengetatkan
standard pengajian mereka supaya tidak berlaku sebarang manipulasi yang boleh
membawa kepada mediokrasi.

* artikel ini diambil dari akhbar Utusan Malaysia





Tangisan penuh makna, tapi tiada maknanya…

11 08 2006

Tangis10_4

Tangis20_2

Tangis30

Tangis40

Mayat1

Kabung1

Kabung2

Kabung3

Kabung5

Kabung7

Kabung9

Kabung16

Anak dan ibu terpisah buat selama-lamanya… suami dan isteri kehilangan permata… maruah dan kedaulatan hanya tinggal kenangan… Al-fatihah buat mereka….





Falsafah Kehidupan Pemimpin

11 08 2006

Kali ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang amat berharga yang saya peroleh dari ketua fasilitator dari Kem Bina Negara di Kuala Sentul, Maran, Pahang pada Mei lalu… falsafah ini dibentangkan dengan penuh hikmah dan tepat oleh beliau… semoga apa yang ditulis di weblog ini dapat dihayati oleh semua insan yang terkadang leka dan lupa dengan tugas, peranan dan tanggungjawab yang diberi (dan mungkin ada yang meminta diberi tanggungjawab…. huh?)

antara yang dicoretkan ialah seorang pemimpin ialah mengambil hak orang lain… contoh yang diberi ialah kita berjaya memasuki universiti, maka kitalah pemimpin kepada masyarakat… hak (atau lebih tepat, peluang) memasuki universiti telahpun kita ambil, maka selayaknya, kita menjadi tunjang halatuju masyarakat…

Selain itu, seorang pemimpin tidak harus merasakan diri sendiri mesti memperoleh segala kelebihan berbanding orang lain… tidak perlulah merasakan diri perlu mendapat lebih perhatian tidak kira dari orang di atas mahupun orang bawahan… namun, perkara yang berlaku, setiap kali kita berjalan di kakilima, kita berharap akan ada orang menyapa kita atau setidak-tidaknya melihat kita… dan jangan rasakan kita perlu mendapat lebih material berbanding orang lain yang tidak menjadi pemimpin… tapi realitinya tidak begitu…

Seorang yang akan memegang jawatan pemimpin juga tidak harus takut ataupun bimbang untuk menjadi seorang hamba semata-mata untuk menjaga status masing-masing… ingat, Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya… Namun, demi menjaga kedudukan, kita sanggup menaikkan diri kita tanpa perlu melakukan tugas yang kita labelkan sebagai kerja orang bawahan… namun, tidak pula bermaksud sekiranya kita menjadi seorang pemimpin, kita perlu menjadi seorang hamba kepada orang yang dipimpin… namun, cukuplah sekiranya aspek rasa kehambaan ini diseimbangkan dengan cukup adil…

Di samping itu, jangan memberikan alasan terhadap apa jua keadaan… setiap kegagalan, ada sahaja alasan yang kita fikirkan… begitu juga setiap kali perlu melakukan tugasan yang kita rasa perlu dielakkan, elakkan penggunaan perkataan tetapi kerana apa sahaja frasa atau ayat yang mengkutinya tidak lain dan tidak bukan, alasan semata-mata…

Sebagai manusia, kita mempunyai hati dan perasaan… namun, sebagai seorang pemimpin, jangan beremosi dalam setiap tindakan… kerana pepatah ada menyebut, Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa. Ikut nafsu, lesu…. asingkan perasaan dan letakkan rasional dalam setiap tindakan, perkataan dan fikiran… namun, senario yang berlaku, kita letakkan emosi di kedudukan yang tertinggi… senyum dan tenang sahaja dalam apa sahaja keadaan… setiap kali kita marah, jangan melampiaskan kemarahan kita tanpa memberikan cadangan, kerana kemarahan itu tidak membawa makna…

Orang yang dipimpin perlulah tertarik dengan pemimpin mereka… maka antara yang perlu dilakukan ialah menjadi seorang pendengar yang baik… mendengar apa yang diceritakan oleh orang di bawah kita… mendengar apa masalah yang disampaikan… mendengar rintihan yang diluahkan… jangan suka bercerita tentang diri sendiri, seolah-olah menggambarkan diri sendiri lebih hebat berbanding orang lain… kita semua sedar, memang pemimpin punya kelebihan, namun yang tidak disukai ialah apabila menceritakan hal ehwal diri sendiri yang kadangkala mual untuk kita dengar… sehinggakan apakah resepi yang boleh dimasak di dapur pun ingin dihebahkan ke seluruh dunia… kemudiannya, memaksa orang menyedari bahawa dialah yang paling hebat antara semua…huh?… memang selalu dilakukan…

Sebagai pemimpin, maka adalah menjadi tanggungjawab untuk memberi kritikan… namun, yang lebih utama ialah kita membina, bukannya merobohkan… segalan kritikan jangan diberi kearah yang negatif… "awak memang tak tahu buat kerja"… ayat ini terkadang kita dengar keluar dari bibir manusia… bukankah lebih elok kalau "kan lebih baik kalau awak laksanakan tugas ini begini dan begini"…

Seterus, pemimpin harus membina dan meninggalkan platform yang besar dan global, bukannya membuat atau melaksanakan tanggungjawab seperti sekadar melepaskan batuk di tangga… yang paling penting, jangan suka menjadikan diri diri sebagai penghutang…

Seorang pemimpin yang balik ialah seorang pemimpin yang bersifat akar umbi… kenali orang di bawah anda (dan bukannya bergelumang dengan orang atasan demi mendapatkan sokongan)… seorang pemimpin yang baik mempunyai ramai kawan, bukannya sekadar bergaul dengan orang yang dianggap sekelas dengannya… dan harus diingat, manusia akan kabur dengan kuasa….

Untuk menjadi pemimpin juga, kita perlu terima segala kritikan… ini tidak, setiap kritikan yang dilemparkan, ada sahaja alasan dan hujah untuk menidakkannya… dan tolaklah keinginan di hati untuk menerima pujian daripada orang lain… (renungan untuk mereka yang sentiasa dahagakan sanjungan dari orang lain)… sentiasa tanamkan di dalam diri kita, bahawa yang baik untuk orang lain, yang buruk untuk diri kita, agar kita sentiasa punyai cita-cita untuk buat yang lebih baik….

Orang kata, Masa Itu Emas… pepatah Arab mengatakan Masa Ibarat Pedang… orang putih plak kata Time Wait For No Man… seorang pemimpin yang baik perlu membahagikan masa dengan baik… semak kembali ke mana masa itu telah pergi… dan jikalau terlepas beberapa tanggungjawab, gantikan kembali… contoh cukup mudah, kalau dah lama tak study, concentrate lebih untuk study n tutorial etc…

Dan terakhirnya, ingatlah… setiap perbuatan itu adalah amanah drp tuhan… maka, jangan kita laksanakan sambil lewa sahaja….

To put it in a nutshell, falsafahnya begini :

  1. Ambil hak orang lain
  2. Jangan merasakan diri mesti dapat lebih daripada orang lain
  3. Jangan takut untuk menjadi hamba
  4. Jangan beralasan
  5. Tidak beremosi
  6. Pendengar yang baik
  7. Membina, bukan merobohkan
  8. Bina dan tinggalkan platform yang besar dan global
  9. Pemimpin akar umbi
  10. Terima kritikan, tolak pujian
  11. Mengurus masa dengan baik
  12. Setiap perbuatan dalah amanah pada Tuhan

Wallahuaklam….