BERCAKAP tentang meritokrasi, matrikulasi dan mediokrasi sememangnya
sensitif kerana ia mempunyai unsur-unsur perkauman yang tidak disenangi oleh
rakyatMalaysia
.
Tetapi apakah itu mediokrasi? Mediokrasi daripada perkataan mediocracy yang
merujuk kepada istilah mediocre, bermaksud kesederhanaan dari segi tahap
pencapaian. Ia adalah berlawanan dengan kecemerlangan. Sederhana, lemah, mundur
dan di bawah piawaian, atau substandard dalam pemerintahan, pentadbiran dan
politik negara boleh disebut sebagai mediokrasi.Maka mediokrasi adalah bertentangan dengan meritokrasi. Bagaimanapun,
tidaklah boleh disebut bahawa semua keadaan atau amalan yang bukan meritokrasi
adalah mediokrasi.Ada
masa,
sesuatu sistem itu tidak mengamalkan meritokrasi atas sebab untuk memberi
peluang dan ruang kepada mereka yang kurang bernasib baik melalui dasar-dasar
diskriminasi positif dan tindakan afirmatif, tetapi ia tidak semestinya
menghasilkan mediokrasi jika dilakukan dengan betul.Dalam zaman ini di mana politik kerakyatan menjadi asas negara bangsa moden,
meritokrasi merupakan amalanbaku
di seluruh dunia.
Jadi dengan mengikut merit, siapa pandai dan cekap akan menerima habuan
dalam masyarakat. Tetapi adakah itu adil? Sudah tentu anggota-anggota
masyarakat yang mempunyai landasan awal lebih baik akan pasti mendapat manfaat
daripada meritokrasi.Senang cerita, jika meritokrasi tulen dimalkan, sudah tentu majoriti yang
dapat memasuki universiti diMalaysia
pastinya daripada kalangan bukan bumiputera, khususnya keturunan Cina.
Jika dasar ini dilaksanakan, sudah tentu golongan minoriti yang bernasib
baik dan maju dalam serba-serbi, baik ekonomi mahupun pendidikan akan
mendominasi negara, dengan meminggirkan majoriti, iaitu bumiputera.Bukanlah pelajar-pelajar bumiputera tidak mampu untuk mencapai kecemerlangan
tetapi tempat amat terhad. Justeru, pelajar-pelajar yang cemerlang akan
menguasai tempat-tempat itu. Sementara yang lain, walaupun mampu akan
terpinggir dengan natijah yang berbahaya.Maka dalam suasana inilah negara ini mengamalkan dasar-dasar tindakan
afirmatif yang memberi peluang dan ruang kepada pelajar-pelajar bumiputera yang
layak dan mampu untuk mencapai kecemerlangan. Tetapi kebanyakan mereka ini
tidak akan berupaya mendapat tempat jika mengikut cara meritokrasi tulen.Jika pelajar-pelajar bumiputera ini mendapat tempat melalui kuota Dasar
Ekonomi Baru (DEB) selama ini turut mencapai kecemerlangan, maka negara
tidaklah terjerumus kepada mediokrasi walaupun meritokrasi tidak dilaksanakan.Malangnya sejak hampir 49 tahun negara ini mencapai kemerdekaan, tanda-tanda
bahawa negara ini sedang bergerak ke kancah mediokrasi sudah ada.
Sekurang-kurangnya dari segi persepsi. Siswazah institusi pengajian tinggi awam
(IPTA) yang mendapat tempat melalui dasar tindakan afirmatif itu dilihat tidak
mencapai kecemerlangan.Pencapaian mereka secara umum adalah sederhana, dan ini kemudian merebak ke
sektor awam di mana siswazah-siswazah ini bertugas kelak. Mereka juga kemudian
memimpin syarikat-syarikat milik kerajaan. Umumnya mereka adalah bumiputera dan
persepsinya ialah mereka tidak cemerlang. Maka negara dilihat terjerumus dalam
keadaan mediokrasi. Mungkin perkara ini tidak benar, ia hanya persepsi. Tetapi
persepsi diambil kira dalam politik.Jadi apabila berlaku amalan ini di sektor awam, IPTA dan dikaitkan dengan
bumiputera, rujukannya sebenar ialah Melayu, maka persepsinya adalah
mediokrasi.Maka pihak bukan bumiputera lihat keadaan ini bukan saja tidak adil tetapi
menumpulkan usaha daya saing negara. Mereka menuntut meritokrasi.Hujah mereka kelihatan ada alasannya iaitu untuk melahirkan generasi yang
terbaik untuk memimpin negara dalam semua sektor. Tetapi bagi bumiputera,
seruan kepada meritokrasi adalah berunsur perkauman, ia boleh merujuk kepada
dominasi bukan bumiputera melalui kemampuan pencapaian mereka.Di sinilah timbul soal matrikulasi sebagai saluran bagi memasuki IPTA.
Sebelum saluran matrikulasi diwujudkan pada tahun-tahun 80-an dahulu, untuk
memasuki universiti harus melalui Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Jelas banyak pelajar bumiputera walaupun mendapat keputusan cemerlang Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi gagal dalam STPM. Mengapakah pelajar-pelajar
yang cemerlang di peringkat SPM gagal di STPM sedangkan mereka mempunyai
potensi dan mampu untuk berjaya?Maka melalui STPM, lulusannya didominasi oleh pelajar bukan bumiputera.
Tetapi apabila kerajaan memperkenalkan matrikulasi yang mengamalkan sistem
semester, banyak pelajar bumiputera berjaya dan mampu memasuki IPTA dan
ternyata akhirnya berjaya menjadi siswazah.Maka di sinilah kalangan pihak bukan bumiputera menganggapnya sebagai tidak
adil kerana matrikulasi disyaki terdedah kepada manipulasi dan akhirnya
mewujudkan mediokrasi.Sedangkan pada hakikatnya walaupun sistemnya berbeza daripada STPM, tetapi
strandardnya juga tinggi dan ketat. Tidak berlaku manipulasi tetapi sistemnya
dikemaskan bagi mengurangkan kadar keciciran pelajar-pelajar yang berpotensi.
Ternyata sistem matrikulasi berjaya memberi persediaan yang sewajarnya untuk
mereka balajar di peringkat ijazah di IPTA. Kejayaan lulusan matrikulasi
memperoleh ijazah adalah bukti tahap pencapaian lulusannya.Justeru seruan supaya matrikulasi dimansuhkan dianggap sebagai unsur-unsur
perkauman untuk menafikan peluang dan ruang bagi pelajar bumiputera.Pun begitu kebimbangan berlakunya mediokrasi tidak boleh dipandang sepi.
Kolej-kolej matrikulasi dan IPTA sendiri mesti proaktif dan mengetatkan
standard pengajian mereka supaya tidak berlaku sebarang manipulasi yang boleh
membawa kepada mediokrasi.
* artikel ini diambil dari akhbar Utusan Malaysia
Yes i need new informatiion continue