Kali ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang amat berharga yang saya peroleh dari ketua fasilitator dari Kem Bina Negara di Kuala Sentul, Maran, Pahang pada Mei lalu… falsafah ini dibentangkan dengan penuh hikmah dan tepat oleh beliau… semoga apa yang ditulis di weblog ini dapat dihayati oleh semua insan yang terkadang leka dan lupa dengan tugas, peranan dan tanggungjawab yang diberi (dan mungkin ada yang meminta diberi tanggungjawab…. huh?)
antara yang dicoretkan ialah seorang pemimpin ialah mengambil hak orang lain… contoh yang diberi ialah kita berjaya memasuki universiti, maka kitalah pemimpin kepada masyarakat… hak (atau lebih tepat, peluang) memasuki universiti telahpun kita ambil, maka selayaknya, kita menjadi tunjang halatuju masyarakat…
Selain itu, seorang pemimpin tidak harus merasakan diri sendiri mesti memperoleh segala kelebihan berbanding orang lain… tidak perlulah merasakan diri perlu mendapat lebih perhatian tidak kira dari orang di atas mahupun orang bawahan… namun, perkara yang berlaku, setiap kali kita berjalan di kakilima, kita berharap akan ada orang menyapa kita atau setidak-tidaknya melihat kita… dan jangan rasakan kita perlu mendapat lebih material berbanding orang lain yang tidak menjadi pemimpin… tapi realitinya tidak begitu…
Seorang yang akan memegang jawatan pemimpin juga tidak harus takut ataupun bimbang untuk menjadi seorang hamba semata-mata untuk menjaga status masing-masing… ingat, Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya… Namun, demi menjaga kedudukan, kita sanggup menaikkan diri kita tanpa perlu melakukan tugas yang kita labelkan sebagai kerja orang bawahan… namun, tidak pula bermaksud sekiranya kita menjadi seorang pemimpin, kita perlu menjadi seorang hamba kepada orang yang dipimpin… namun, cukuplah sekiranya aspek rasa kehambaan ini diseimbangkan dengan cukup adil…
Di samping itu, jangan memberikan alasan terhadap apa jua keadaan… setiap kegagalan, ada sahaja alasan yang kita fikirkan… begitu juga setiap kali perlu melakukan tugasan yang kita rasa perlu dielakkan, elakkan penggunaan perkataan tetapi kerana apa sahaja frasa atau ayat yang mengkutinya tidak lain dan tidak bukan, alasan semata-mata…
Sebagai manusia, kita mempunyai hati dan perasaan… namun, sebagai seorang pemimpin, jangan beremosi dalam setiap tindakan… kerana pepatah ada menyebut, Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa. Ikut nafsu, lesu…. asingkan perasaan dan letakkan rasional dalam setiap tindakan, perkataan dan fikiran… namun, senario yang berlaku, kita letakkan emosi di kedudukan yang tertinggi… senyum dan tenang sahaja dalam apa sahaja keadaan… setiap kali kita marah, jangan melampiaskan kemarahan kita tanpa memberikan cadangan, kerana kemarahan itu tidak membawa makna…
Orang yang dipimpin perlulah tertarik dengan pemimpin mereka… maka antara yang perlu dilakukan ialah menjadi seorang pendengar yang baik… mendengar apa yang diceritakan oleh orang di bawah kita… mendengar apa masalah yang disampaikan… mendengar rintihan yang diluahkan… jangan suka bercerita tentang diri sendiri, seolah-olah menggambarkan diri sendiri lebih hebat berbanding orang lain… kita semua sedar, memang pemimpin punya kelebihan, namun yang tidak disukai ialah apabila menceritakan hal ehwal diri sendiri yang kadangkala mual untuk kita dengar… sehinggakan apakah resepi yang boleh dimasak di dapur pun ingin dihebahkan ke seluruh dunia… kemudiannya, memaksa orang menyedari bahawa dialah yang paling hebat antara semua…huh?… memang selalu dilakukan…
Sebagai pemimpin, maka adalah menjadi tanggungjawab untuk memberi kritikan… namun, yang lebih utama ialah kita membina, bukannya merobohkan… segalan kritikan jangan diberi kearah yang negatif… "awak memang tak tahu buat kerja"… ayat ini terkadang kita dengar keluar dari bibir manusia… bukankah lebih elok kalau "kan lebih baik kalau awak laksanakan tugas ini begini dan begini"…
Seterus, pemimpin harus membina dan meninggalkan platform yang besar dan global, bukannya membuat atau melaksanakan tanggungjawab seperti sekadar melepaskan batuk di tangga… yang paling penting, jangan suka menjadikan diri diri sebagai penghutang…
Seorang pemimpin yang balik ialah seorang pemimpin yang bersifat akar umbi… kenali orang di bawah anda (dan bukannya bergelumang dengan orang atasan demi mendapatkan sokongan)… seorang pemimpin yang baik mempunyai ramai kawan, bukannya sekadar bergaul dengan orang yang dianggap sekelas dengannya… dan harus diingat, manusia akan kabur dengan kuasa….
Untuk menjadi pemimpin juga, kita perlu terima segala kritikan… ini tidak, setiap kritikan yang dilemparkan, ada sahaja alasan dan hujah untuk menidakkannya… dan tolaklah keinginan di hati untuk menerima pujian daripada orang lain… (renungan untuk mereka yang sentiasa dahagakan sanjungan dari orang lain)… sentiasa tanamkan di dalam diri kita, bahawa yang baik untuk orang lain, yang buruk untuk diri kita, agar kita sentiasa punyai cita-cita untuk buat yang lebih baik….
Orang kata, Masa Itu Emas… pepatah Arab mengatakan Masa Ibarat Pedang… orang putih plak kata Time Wait For No Man… seorang pemimpin yang baik perlu membahagikan masa dengan baik… semak kembali ke mana masa itu telah pergi… dan jikalau terlepas beberapa tanggungjawab, gantikan kembali… contoh cukup mudah, kalau dah lama tak study, concentrate lebih untuk study n tutorial etc…
Dan terakhirnya, ingatlah… setiap perbuatan itu adalah amanah drp tuhan… maka, jangan kita laksanakan sambil lewa sahaja….
To put it in a nutshell, falsafahnya begini :
- Ambil hak orang lain
- Jangan merasakan diri mesti dapat lebih daripada orang lain
- Jangan takut untuk menjadi hamba
- Jangan beralasan
- Tidak beremosi
- Pendengar yang baik
- Membina, bukan merobohkan
- Bina dan tinggalkan platform yang besar dan global
- Pemimpin akar umbi
- Terima kritikan, tolak pujian
- Mengurus masa dengan baik
- Setiap perbuatan dalah amanah pada Tuhan
Wallahuaklam….
pergh!!!!!
best gler ceramah time ni..tp malangnya aku ngantuk gler time ni…tp input die agak mantap la…ape2 pun semoga menjadi pemimpin yg berjaya dunia dan akhirat…