Sekitar tahun 2000, kepada sesiapa yang meminati sukan Formula 1… pada masa itu, hanya Ferrari dan Mclaren sahaja yang mendominasi kejuaraan… bak kata mat saleh "two-horse racing"… semakin lama, semakin bosan jadinya dengan kejuaraan F1…. lantas badan induk FIA membuat pelbagai usaha dan akhirnya perlumbaan F1 kini lebih berwarna-warni dengan lebih daripada dua pasukan handalan seperti Ferrari, Renault, Mclaren, Honda dan sebagainya… baru seronok menonton F1…
lain pula jadinya dengan pilihanraya kampus… kita canangkan bahawa calon-calon tidak mewakili kelopok, kumpulan atau pakatan tertentu… kita hebahkan yang mereka bertanding secara bebas… namun, kita dihidangkan dengan pilihanraya satu kelompok menentang satu pakatan… bagaikan Republikan dan Demokrat dan bertanding… sehinggakan SMM sendiri menyarankan agar pakatan-pakatan seperti ini dibenarkan… sehingga entry ini ditulis, saya masih belum melihat adanya pilihanraya seperti yang saya alami semasa saya di Kolej Matrikulasi dahulu; pilihanraya yang dibuat tanpa sebarang ‘parti’, tanpa sebarang perang dingin…
kesannya?… bagi saya, pilihanraya kampus tiada warna-warninya… tiada ungkapan ‘the best man wins’, yang ada cuma ‘the best group wins’… sepertimana kita menonton kejuaraan F1 pada tahun 2000… dan yang menariknya, tiada siapa yang membuat usaha bersungguh-sungguh untuk kembalikan warna-warni ini (seperti yang dilakukan oleh FIA terhadap kejuaraan F1)…
saya sertakan di entry ini, seniakata lagu Bersatu oleh kumpulan Raihan untuk renungan bersama
Menjadi harapan
Untuk kumenyaksikan
Umat yang bertuah ini
Kembali bersatu hatiBuangkan yang jeruh
Ambillah yang jernih
Tiada yang lebih bermakna
Selain dari perpaduanLupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraanKerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesraAgar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskanBersatu kita teguh
Bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing samaSepakat membawa berkat
Asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat
Selamat dunia akhirat
selamat mengundi kepada semua…
dh xd org nk tunjuk jln.. so its stil da same.. sbg suara minoriti.. tpaksa ikut jek.. x join calon pwakilan ke? sure leh menang..
tunggu saya jadik K.Pengarah Pengajian Tinggi nnt la… sure jalan itu akan disuluh… hahaha
mane tau de rezeki.. jdk sggh laaa… jgn lupe org kt cni…
amin…
lumrah alam mungkin bila camni.