Respons untuk pilihanraya kampus

20 09 2006

Pada masa entry ini ditulis, kurang daripada 24 jam lagi pilihanraya kampus akan bermula… Sebagaimana yang telah saya nyatakan dalam tulisan yang lalu, pertarungan hanyalah antara 2 kelompok, iaitu Inspirasi dan Wawasan (bukan nama sebenar)…

Lantas, apa yang boleh kita simpulkan ialah, bagaimana dengan rakusnya kita telah melacurkan budaya intelek kita sendiri, kita telah gadaikan prinsip integriti kita sendiri, kita telah benamkan rasa cinta yang tinggi atas perpaduan… lantas, dengan sewenang-wenangnya, perkara 1.2 pada notis Pilihanraya Majlis Perwakilan Mahasiswa dilanggar dan diabaikan oleh semua calon… adakah ini perwakilan-perwakilan yang ingin kita pilih?… belum dipilih, sudahpun melanggar peraturan (yang kadangkala dipandang sebelah mata oleh semua orang)…

Kemudiannya, kita bersikap kurang ajar, dengan membazirkan minyak petrol RON97 dengan cara membuat aktiviti meronda beramai-ramai disekeliling kampus… lantas pembaziran tenaga dan sumber telah berlaku (walaupun dengan lantangnya pihak ini bersuara tidak ingin menjadi kafir, namun membuktikan diri sebagai sahabat syaitan yang nyata dengan membazir)… kemudiannya bersorak-sorak di luar kolej, inginkan kebenaran memasuki pagar… sedangkan ramai lagi pelajar yang balik dr kelas ataupun dicussion tidak pun membuat adegan tidak bertamadun itu…

senario ini agak menarik untuk kita perhatikan dan alami… lantas, saya yang kebetulan berada di tempat kejadian melihat apa yang berlaku… pada awalnya, mmg seronok melihat gelagat manusia… tetapi setelah melihat situasi begitu, kekesalam dan kesedihan merentap jantung saya apabila melihat rakan saya di luar pagar… bukannya sedih melihat dia di pihak sana, tetapi sedih kerana kita semua bercakaran seperti ini…

di benak saya, terfikir… mengapa benda begini boleh terjadi?… kita berkelahi semata-mata untuk menegakkan keadilan dan demokrasi… namun, kita tegakkan keadilan dan hak dengan memecahbelahkan mahasiswa (terutamanya melayu) kepada dua golongan… kemudiannya, ada pihak ketiga yang dilabel atas pagar kerana tidak obvious untuk menyebelahi mana-mana pihak… dan harus diingat kepada pihak yang sering melabel penghuni kolej sebagai penyokong tertentu kerana ingin terus menetap di kolej, anda silap… seperti saya, saya tinggal di kolej atas dasar saya cintakan kolej… memang adakalanya ada rasa tidak berpuas hati dengan pentadbiran dan pimpinan kolej, tetapi ini tetap kolej saya.. sebagaimana Malaysia, walau kadangkala tidak bersetuju dengan dengan dasar kerajaan, tetapi Malaysia tetap negara yang saya cintai…

di akhirnya, saya ingin menyeru kepada semua, ingatlah bahawa amanah yang akan dipikul oleh bakal wakil anda adalah pemberian oleh pengundi… dan ingatlah bahawa di akhirat nanti, anda akan ditanya apakah rasional anda memilih wakil anda… maka dengan itu, buatlah pilihan dengan bijak dan adil… letakkan hak pada yang berhak, nafikan hak mereka yang dangkal dan berfikiran cetek…

Selamat mengundi kepada semua…


Tindakan

Information

One response

27 09 2006
mAiSaRaH

satu artikel yg bgs utk dibaca…mayb bole dijadikan artikel utk kelas KDO…hehehehe…
pd sy pilihanraya kampus tahun ni agak tegang kerana semua pihak nk menang kan…tp bila dah menang sesebuah pihak tu..ade pulak yg tak puas hati…nk buat camnekan adat dunia…
tp nasihat dituju kepada wakil2 yg telah dipilih jgn lupe tunaikan tanggunggjawp atas amanah yg diberi..bkn sekadar glamour yg dicari tp reda ilahi yg lebih didahagai…
utk semua ASPIRASI DAN GAGASAN…teruskanlah tingkatkan nama UM di mata dunia….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: