Fi Syahri Ramadhan

28 09 2006

bertemu kembali dengan ramadhan… bulan yang dikatakan membawa seribu rahmat… yang memang membawa rahmat pun…

beberapa hari sebelum anak bulan ramadhan terbit, seluruh UM digegarkan dengan kempen-kempen dan manifesto sempena pilihanraya kampus, dan sebagaimana yang telah saya tulis dalam entry sebelum ini, bagaimana pilihanraya kampus ini telah memecahbelahkan mahasiswa yang kononnya memperjuangkan penjuangan masing-masing… tahniah kepada yang memenangi kerusi MPP, harap dalam laksanakan tugas dengan baik…

namun, apa yang ingin saya nyatakan kali ini, ialah bagaimana ketibaan bulan ramadhan ini menyatupadukan kembali hubungan yang retak, mengeratkan semula hubungan yang rosak… ingin saya ambil contoh yang terdekat dengan diri saya sendiri, iaitu di Kolej Kediaman ke-10 yang tercinta ini… semasa pilihanraya, pihak yang berkelompok itu begitu tegar mempertahankan perjuangan masing-masing… namun, di bulan al-mubarak ini, semuanya beramai-ramai turun ke lobi, menunaikan solat fadhu berjemaah, mengangkat takbir yang dimulakan oleh imam, mengaminkan al-fatihah dan doa yang dibaca dan dimunajatkan kepada Tuhan.. alangkah indahnya pemandangan ini…

moga-moga diri ini dan semua diri-diri yang lain mendapat berkat…