“… engkau dan aku tidak setaraf…”

17 10 2006

Mindset adalah sesuatu yg kita alami sepanjang masa. Kadangkala kita selalu ditegur untuk mengurangkan mindset terhadap seseorang sebelum kita mengenalinya, namun seringkali kita gagal dan terus membuat andaian demi andaian.

Perkara ini berlaku pada diri saya pada malam ini, di mana selama ini saya mempunyai satu mindset bahawa pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) mempunyai moral yang tinggi, malah saya cukup kagum dengan sekurang-kurangnya cara mereka berpakaian ke kuliah. Namun, pada malam ini, hati saya tersentak apabila berhadapan dengan seorang pelajar APIUM yang saya kira amat dikesali. Saya tidak mahu mencemarkan blog saya dengan huraian lebih lanjut, dan walaupun saya tidak sebaik mana, tidak pernah terpacul di mulut saya "… usah berbicara denganku, kerana engkau dan aku tidak setaraf…". Kerana kata-kata itulah yang saya peroleh dari seorang pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Sedikit sebanyak, pandangan saya berubah terhadap individu tersebut yang mungkin akan terus saya kecam sampai bila-bila. Dan di akhirnya, saya semakin sedar akan hakikat setiap individu adalah berbeza.


Tindakan

Information

One response

17 10 2006
NuRuL

hurgh?! really.. trux sgt.. dont eva think dat dey r perfect.. n jgn krn stitik nila rosak susu sebelanga..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: