Sultan Johor, jujur dan kecewa. Perlukah kuasa mutlak diberi semula?

9 11 2006

Tidak pernah dalam sejarah negara seorang sultan mempersoalkan secara
terbuka pemberian nama sesebuah projek pembangunan atas namanya. Namun kini Tuanku Sultan Johor secara terbuka mempersoalkan penggunaan
nama beliau dalam projek Pembangunan Johor Selatan.

Jika pihak yang berkenaan terlebih dahulu menghantar surat memohon
menggunakan nama tuanku Sultan Iskandar sebagai nama kepada projek
pembangunan Johor Selatan tersebut tentulah tidak timbul isu ini.
Tentulah tuanku sultan tidak mempersoalkannya dalam ucapan perasmian
beliau.

Penggunaan nama seseorang yang masih hidup perlulah
meminta kebenaran yang empunya diri. Apatah lagi bila membabitkan
seorang sultan sebuah negeri, maka surat memohon perkenan haruslah
dihantar terlebih dahulu. Malah lebih afdal YAB Perdana Menteri
mengadap duli tuanku mohon perkenan terhadap idea tersebut.

Hari ini Tuanku Sultan Johor meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Baginda
juga secara terbuka menegaskan bahawa Tambak Johor sudah tidak relevan
kepada negeri Johor. Ini sekaligus menolak hujah awal kerajaan dahulu
bahawa rakyat Johor menolak jambatan menggantikan tambak Johor.

Pun begitu, tuanku juga menyatakan kekecewaan beliau atas sikap mantan PM kita iaitu Tun Dr Mahathir yang terlalu ‘menyerang’ peribadi Pak Lah sehingga boleh mencetuskan isu (terutama sekali apabila isu ini disiarkan dan dipanaskan oleh media).

Tuanku
Sultan Johor juga sudah tentu akan kecewa jika dimaklumkan
bahawa syarikat pertama yang mendapat peluang dalam Pembangunan Ekonomi
Johor Selatan (yang ditukar nama kepada Kawasan
Pembangunan Iskandar) ialah syarikat Parkway dari Singapura.

Tentulah
tuanku Sultan akan tertanya-tanya mengapakah pembangunan Pelancongan
Kesihatan (Health Tourism) diberikan kepada Parkway sebuah syarikat
Singapura – negara yang bersaing dengan Malaysia dalam industri ini.
Tentulah Tuanku dan rakyat Johor akan tertanya-tanya apa fungsi
konglomerat kesihatan Johor – KPJ sendiri?

Siapa yang hendak beri jawapan?


Tindakan

Information

7 responses

6 08 2008
Bachtiar

Saya mengenali Sultan Johor sebagai sultan yang berdisiplin tinggi (baginda dan keluarga dedikasi dalam ketenteraan), mahir soal agama (belum pernah ada sultan di dalam Malaysia dalam ucapan rasmi nya menegur kesilapan teks ucapan yg terkandung hadis/ayat al quran ketika majlis tilawah al- quran peringkat kebangsaan di Johor bbrp tahun lalu, kalau saya pun mesti takkan perasan, main cakap je nak2 hadis2/ayat2 quran ni mane kite perasan, tapi tuanku perasan dan tegur langsung dlm titah baginda “Mufti Johor ni dah nyanyuk agaknya” tapi rakyat2 johor dah kenal tuanku, die berkelakar sambil serius, pedas). Tuanku seorang yg jujur dan tegas, dan yg paling orang tak sangka, die sangat kelakar dlm ketegasannya. Kalaulah kuasa mutlak diberi penuh kembali kepada Sultan2 yg memerintah, sudah tentu segala tindak tanduk kerajaan akan benar2 mengikut apa yang diperlukan sesebuah negeri. Contohnya, baginda Sultan Perak ialah sultan yang bijaksana di dalam hal2 perundangan, baginda sendiri sebenarnya mahir selok belok pentadbiran mengikut undang2 tapi disebabkan kuasa mutlak tidak ada lagi maka hampir smua pembangunan diselit dgn rasuah sana sini, sultan2 tidak ada ruang utk bertitah menegakkan keadilan, atau bersama2 dengan MB mentadbir negeri. Sultan2 yg lain juga bijaksana, mereka semua belajar segala hal pentadbiran. Tapi, kelantangan suara Sultan Johor (yg dikenali sbg sultan yg tegas, orang pun takut bila menghadap baginda) pun tak dpt nak membuatkan PM/kerajaan akur dan sekurang2 nya memikirkan apa yg terbaik khususnya ttg soal Iskandar Malaysia. Saya sendiri mendengar majlis perasmian SJER tersebut, saya masih ingat bbrp titah Sultan Johor salah satunya “ni sapa letak iskandar ni…”, “Inggeris tu kotor.. yg sebenar2 pejuang negeri ialah Abdul Rahman Andak” , “Tambak tu robohkan.. baru negeri Johor maju..”, “dgn bismillahirrahmanirrahim.. ape tu (bismillah)? saya merasmikan..” dan byk lagi. Itu pun PM/Kerajaan masih berani membelakangkan titah sultan?? Waktu PRU 12, Paklah hanya menghadap Sultan Johor di Istana Bukit Serene, sultan2 lain mana ade paklah menghadap, terangganu or perlis paklah main letak je suka2 MB yg die nak kat sana, paklah tak mintak izin sultan/raja negeri tu pun. kenapa?? sebab Paklah tak berani nak pandai2 tukar MB Johor sbb takutkan Sultan Johor murka (org johor tak suka ghani, tapi tuanku nak die kekal MB sbb tuanku kata nak die abiskan semua kerja2 Iskandar Malaysia yg kerajaan dah mulakan, tuanku nak tengok!) Paklah/ kerajaan tak pernah berani nak usik apa2 yg melibatkan sultan Johor, sebab itulah bila cadangan PM nak ganti Dato Dr. Latiff sbg MB Johor tuanku Sultan taknak. Kite jgn lihat pada keburukan/sejarah2 yg tak enak mengenai Sultan Johor ni, tapi cuba kita lihat pada kebaikan yg ada pada baginda. Tidakkan kita akan fikir, kalaulah imune/ kuasa mutlak diberi balik pada sultan, akan amanlah tiap negeri tersebut … kerana hanya sultannya yg tahu apa yg diperlukan rakyat.. bukan PM .. bukan kerajaan persekutuan.. i believe there must be something can achieve between Sultan2 negeri and federal govt. mengenai kuasa ni.. win-win situation.. sultan tak berkuasa penuh.. govt. pun tak berkuasa penuh.. masing2 ada peranan masing2.. but.. imune sultan2 mesti dilonggarkan..

6 08 2008
Bachtiar

kerana mahathir lah imune sultan2 jadi kurang.. saya tau kerana peristiwa sultan johor memukul caddy die yg ketawakan die bermain golf (saya pun geram kenapa caddy die tu biadab sangat dgn seseorang yg bergelar King atau Sultan, agak2 u all patut tak die dibelasah? kalau saya sultan, saya belasah je, kalau die tu kawan2 tak pe jugak, ni caddy! apa hal berani sangat? dah taktau nak hormat?? kalau Sultan tu main tak elok ke diam aja lah, awak tu caddy, kalau bukan sultan sekalipun, takkan caddy nk ketawakan golfer tu? agak kurang ajar lah kan?)

Saya masih teringat ketika Sultan Johor jadi Agong ke-8, bila tuanku nak melawat pejabat2 kerajaan, tuanku suruh turunkan gambar mahathir (PM ketika tu) tuanku cukup tak berkenan dgn mahathir. Sultan johor ni jenis selamba, die kata itu itulah. Saya juga masih ingat lagi.. satu2 agong dlm Malaysia yg tak usik langsung duit elaun agong yg diterimanya, tapi tuanku serahkan pada badan2 kebajikan yg dipilih sendiri oleh Tuanku, bdn2 kebajikan yg benar2 tulus menjalankan kebajikan bukan sekadar nama je badan kebajikan tapi duit masuk poket sendiri, itu yg tuanku tegaskan. Dan satu2 Agong yg tak kisah nak semayam di istana negara, sebaliknya tuanku waktu jadi agong bersemayam di Istana Johor di KL (istana tu tak besar beriye sgt, nampak biasa je, tapi sultannya tu sgt kaya) Tapi lama kelamaan tuanku mula berbaik dgn mahathir selepas beberapa sesi pertemuan peribadi tuanku dan mahathir (katanya tuanku tiap sabtu akan titahkan mahathir menghadap tuanku, dan tuanku sendiri akan memandu kereta2 sports, pelik2, yg jrg jmp di Malaysia ni, mahathir duduk di sebelah dan tuanku akan tanya sendiri pada mahathir apa yg die dah buat dlm kerajaan, tuanku akan tanya setiap kemajuan yg dibuat, apa masalah2 yg timbul, dan mcm2 lagi, dont u guys see how he administer a govt?? ade sultan yg berani buat mcmtu? Sultan Johor die peduli apa.. die tau apa betul apa salah, cara die yg tersendiri tu buatkan die berlainan dari sultan2 lain) sultan johor bukan jenis sultan yg berdiam tunduk ikut saranan kerajaan, tuanku langsung tak heran walaupun kerajaan suap mcm2 duit, kekayaan atau apa2 je lah, sebab die sendiri dah kaya, satu2 sultan yg banyak helikpter dan kapal terbang, bot mewah, sebut je apa, semua die ada, hubungan baik die dgn sedara die Sultan Brunei, semua org tau mereka rapat mcm adik beradik, sampaikan sultan johor nak beli kapal terbang pun mereka bertukar2 pendapat model mana yg lebih bagus utk dibeli. Tapi.. sultan yg mcm ini pun kerajaan masih berani main2 api lagi??? Sebab tu saya kdg2 pernah terdetik.. kalau lah sultan johor tu muda lagi.. org yg pertama die akan tampar is org yg mentadbir kerajaan (PM), mahathir hampir2 nak kena tampar, tu sebab mahathir berbaik dgn tuanku sampai dpt pingat tertinggi diraja, darjah kerabat (DK) kelas 1 yg hanya utk kerabat je.

Cubalah sama2 renung.. kebodohan dan bermcm penipuan yg dibuat federal govt. kalau tgk muka diorg dlm tv, airmuka tu nampak sgt menipu, cuma Allah belum turunkan bala je lagi.. sbb ramai lg org2 kat Malaysia ni beriman.. Allah beri peluang lagi.. sama2 lah kita berdoa.. agar segala yg patut akan diserahkan kembali kepada yg HAK.

*Teringat saya beberapa tahun dulu,suka tgk keakraban dua saudara yg ada pertalian darah: sultan brunei dan sultan johor berpakat utk dtg melihat sendiri perlumbaan F1 di sepang, masing2 berpakat bawa jet peribadi masing2 (sultan johor pilot himself his gulfstream IV special performance jet berdaftar 9M-ISJ) sultan brunei tak silap dgn boeing 757/767 (sultan brunei ni byk sgt jet die)

10 02 2009
malaysian

antara sultan dan agama mana perlu diutamakan?
manusia yang paling dijunjung ialah Rasul dan Nabi2.
Harap Orang Melayu yang mengaku Islam sedar apa yang berlaku dalam adat masing termasuk isu Ketuanan Melayu dan Institusi Beraja.
Yang Maha Mulia hanya Allah bukan manusia.

Ali : Itu benar, namun kita menjunjung Raja bukan ibarat menjunjung Nabi. Cukup sekadar meneutralkan politik yang ada, itu sahaja…

17 10 2009
amankim

salam..nak petik komen2 kat blog saudara utk log saya oleh? saya akan letak citation nnti.thnks

28 10 2009
jalil hamid

bachtiar, oh bachtiar…maacam budak2…. ade tak dlm quran cakap biadap hukumnya bunuh?… dlm quran hanye cakap bunuh balasnya bunuh…okey…

3 11 2009
amankim

Kepada saudara Jalil Hamid,

Tlg tunjukkan surah dan ayat mana cakap bahawa hukum bunuh terhadap orang biadap? thanks..

11 07 2011
luqman azman

itulah hukuman Qisas nama nya…
pihak keluarga mangsa bunuh berhak untuk menuntut hukuman bunuh, kecuali keluarga mangsa sanggup memaafkan pesalah..

hujah petikan dari;
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/07/03/membunuh-mukmin-dan-hukum-qisas/

Dalam mazhab Hanafie, hukum qisas (bunuh balas) hanya dijatuhkan apabila seseorang itu membunuh dengan alat pembunuhan seperti pisau, pistol, parang, senapang dan sebagainya.

Dalam mazhab Syafie pula, hukum qisas dijatuhkan walaupun pembunuh hanya menggunakan tangan atau kakinya tanpa menggunakan senjata atau alat pembunuhan.
Bagi pembunuhan secara ilmu hitam pula, tidak dijatuhkan qisas dalam mazhab Hanafi, tetapi dikenakan qisas dalam mazhab Syafie.

Sekiranya tidak dijatuhkan hukuman qisas semasa di dunia, maka pembunuh itu akan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam. Bagi orang Islam, mereka akan keluar dari neraka itu setelah tamat tempoh seksaan.

An-Nisaa [93] Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahannam, kekal (lama) dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: