Alhamdulillah… berkat kesabaran dan ketabahan baik penganjur (UiTM dan DBP) mahupun peserta, maka rekod Debat BM tanpa henti telah dicatatkan pada 23 Disember lalu dengan catatan 100 jam 10 minit 44 saat…
bagi saya, pengalaman menjadi sebahagian daripada rekod
kebangsaan dan rekod dunia merupakan satu kepuasan berganda… pertama, dpt menyumbangkan secebis jasa untuk catatan rekod… kedua, berdebat (mmg suatu hobi yang disukai)… ketiga, yang paling mengasyikkan, berborak dan menghabiskan masa bersama-sama semua peserta, termasuk pendebat IPT, sekolah dsb…
tentunya, pengalaman beramah-mesra dengan semua peserta mmg menyeronokkan…. almaklumlah, dalam dunia debat ni, siapalah Ali Asyraf jika dibandingkan dengan nama-nama besar seperti Azizul, Kaloi, Tra, Ijan (sekadar menyebut beberapa nama)… pun begitu, Debat 100 jam ini kelihatan seperti tiada jurang senior-junior mahupun pendebat establish-amateur…
kepada jawatankuasa penganjur, sekalung tahniah diucapkan… huhu… sepanjang Debat 100 jam, terharu melihat AJK memastikan aktiviti berjalan lancar… walaupun sekadar bertanya "dah makan?"… huhuhu
juga terima kasih tak terhingga pada ibu and ayah coz beri keizinan untuk join Debat 100 jam ini….
bilakah dapat dikecapi lagi?
thanx for ya support for debat 100 jam tanpa henti…send my regards to all UM debaters…tanpa u all..takkan dpt capai record nie…thanx a million..:D
congrats..!
congrates ali..free2 nnt bg aa tgk gamba..hee~^_^