Sepurnama Sem 2 06/07

26 01 2007

Sebulan pertama semester 2 sessi 2006/07 telah berlangsung… warna-warninya telah terlakar atas kanvas hidupku yang memang telah sedia berwarna-warni dengan pelbagai corak.

first of all, nak citer pasal FeSeni Universiti Malaya… tahun ni merupakan penampilan keempat dalam feseni dan kedua untuk kategori Nyanyian Irama Malaysia…. well, dapat disimpulkan di sini yang memang menyanyi di pentas DTC merupakan satu pengalaman yang menarik… and satu lagi yang tidak dapat dilupakan ialah peristiwa terlupa lirik… disaster tahap dewa la masa tu… apalagi, kemahiran berdebat digunakan, namun dalam situasi ini menjadi kemahiran menggoreng lirik… ala, Jaclyn Victor pun terlupa lirik time final Malaysia Idol, tapi leh aje dapat juara… huhuhu… so, nak ucapkan terima kasih kat Syuk coz beri panduan dan peluang untuk menyanyi malam tu…

selesai pasal nyanyian… kita buka cerita pasal karnival CCTAZ plak… well, boleh la dikatakan berjalan dengan lancar walau terdapat kecacatan di sana-sini… trimas la wan nazirul sebab sabar jek dengan kerenah aku… yang pemalas lagi membencotkan ini… sori la ek… buat Wan Fairus Zahiah, kata-kata saya mungkin terlampau… tapi tak terlampau jika kata-kata saya itu memang benar pada masa dan keadaan tersebut kerana memang sikap dan perangai anda pada masa itu amat menjengkelkan… overall, karnival di tahap okay…

padal debat plak… well, arituh ade sedikit konflik… sama ada nak pegi Kuantan (dengan family) and pegi Debat PIN… well, memang asalnya nak ikut family ke kuantan… tapi, setelah dipertimbangkan, berubah plak niat dan kehendak… lantas memilih untuk pergi menyertai debat… and nak dijadikan cerita, my sister tak jadi plak pegi kuantan… so, memang langkah kanan la…  lepas debat PIN, debat ASTAR plak… nak tebus semula kekecewaan ASTAR tahun lepas… pasti nak lebih baik dan lebih jauh lagi daripada sekadar quarter final…

tentang hidup?… hmm… dapat disimpulkan yang semakin bahagia dan semakin tidak bahagia… jadi mcm statik jek walaupun banyak perkara berlaku… tapi, tak mengapalah.. Tuhan itu maha Adil… biar nampak kekurangan dan kekosongan di hati ini, asalkan jangan hilang perasaan syukur dan menghargai dengan apa yang aku ada… wahai Ali Asyraf, sungguhpun sedih, gembirakanlah hati la yek… huhuhu…

well, banyak benda nak buat lepas nih… doakanlah yek…





Kecerdasan Pelbagai : Kenali diri anda

17 01 2007

Howard Gardner telah menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai kecerdasan pelbagai (multiple intelligence) yang mana setiap manusia menguasai aras tertentu dalam kecerdasan tersebut dan ini akan menghasilkan satu profail yang unik dan menjadikan setiap manusia itu berbeza dari aspek kognitif, afektif dan psikomotornya. Aspek kecerdasan tersebut ialah :

  1. Linguistik
  2. Logik-matematik
  3. Ruang (spatial)
  4. Kinestetik (body-kinesthetic)
  5. Muzik
  6. Naturalis
  7. Interpersonal
  8. Intrapersonal

Yang paling penting ialah kita bersyukur dengan apa yang kita ada dan perbaiki apa yang lemah demi kebaikan diri sendiri dan manfaat orang lain kerana sebaik-baik manusia ialah yang membawa manfaat kepada orang lain.





Diriku Pasca Tahun 2006

4 01 2007

Saya petik kembali apa yang telah ditulis di blog ini setahun yang lalu…

lembaran baru tahun 2006 aku nak buka dengan hidup baru… hidup makin matang, makin banyak cabaran dan dugaan… last year aku mulakan tahun 2005 dengan sangat seronok… aku rasa, tahun nih pun musti banyak benda yang akan berlaku yang akan merubah diri aku… walau kekadang kite tak sukakan perubahan, tp ia akan tetap berlaku…

dan saya akui memang tahun ini memang membawa seribu kenangan yang manis dan pahit…

Cameron
Januari 2006, keseronokan yang paling bermakna ialah apabila saya sekeluarga pergi ke Cameron H’lands… saya kira, ini adalah percutian paling bermakna… kemudian pada Februari 2006, berangkat ke Arau untuk menyertai Debat Terbuka Arau 2006… pentas final pertama untuk diri saya sepanjang karier sebagai pendebat di universiti ini… tidak dilupakan pengajuran Debat Naib Canselor antara kolej kediaman Universiti Malaya di Kolej ke-9…. Astarmalah, kenangan menyertai Pop Band sempena FeSeni juga mencatatkan seribu kenangan manis buat diri saya… terima kasih atas peluang yang diberi… kemudiannya meneruskan kehidupan di bulan Mac dengan menyertai Debat Terbuka ASTAR…
bersama-sama Nizam dan Bida yang sekadar layak ke suku akhir… namun ia tetap pengalaman manis sebenarnya….

Uia
Masuk ke suku tahun kedua, pergi menjadi hakim di Debat Piala Jemputan UIA… kenangan yang manis dengan pelajar dari SHAH dan sekolah-sekolah yang lain…

kemudiannya bercuti selama 2 bulan lebih dengan konflik keluarga yang teruk teramat sangat… huhuhu… cuti juga diisi dengan menyertai kem BTN untuk PM PM kolej bagi pengambilan pelajar baru…. kemudiannya pada bulan Julai, pelajar baru
mendaftar dan saya menjalani minggu Haluansiswa sebagai Pembantu Mahasiswa… juga diadakan pada masa itu ialah perlawanan akhir Piala Perdana Menteri yang melibatkan SHAH….

Kalendar debat sessi 2006/2007 bermula dengan Pertandingan Debat
Alam SekitarDas_1 2006 di USM yang mana menyaksikan pasukan Universiti Malaya yang diwakili oleh Ijan, saya dan Otel menduduki tempat kedua… bagi saya, ia suatu permulaan yang baik walaupun hakikatnya amat perit untuk menerima kegagalan bergelar johan…

ArkibOgos, bulan sambutan kemerdekaan… lantas, diadakan Pertandingan Debat Kemerdekaan 2006 di Universiti Malaya… well, I’ve chosed to be the organizing comittee…. sekali lagi pasukan UM menduduki tempat kedua dalam debat tersebut (untuk catatan, UM diwakili Ijan, Bukhary, Fifi dan Otel)….

 

Royal_1
September dijalani dengan kehidupan biasa tanpa sebarang aktiviti yang luar biasa… begitu juga dengan ramadhan… namun, kenangan manis yang tidak dapat dilupakan ialah apabila menjadi Johan Petandingan Debat Diraja 2006 yang berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)…. terima kasih kepada yang berkenaan atas peluang yang diberi…. juga menyertai Debat Kefahaman Islam anjuran IKIM dan juga percubaan mencipta rekod Debat 100 jam tanpa henti….

Di akhir catatan ini, dapat disimpulkan bahawa memang tahun 2006 membawa pelbagai kenangan yang mengubah diri ini… paling bermakna, saya semakin tahu… Siapakah diri ini?…. Apa potensi diri?… dan kemudiannya lebih mengenali orang-orang di sekitar saya….

Diharap tahun 2007 ini turut berwarna-warni dengan pelbagai lagi pengalaman berharga… harapnya agar aktiviti tahunan tidak bersifat seperti suatu rutin…

Di sini bermula….