Debat…

21 02 2007

Saya baru sahaja selesai membaca blog saudara syatir dari UIA yang saya kira entrynya sangat baik untuk tatapan semua bertajuk Membentuk Generasi Pendebat Berkualiti dan Hakim Berintegriti. Niat di hati, juga ingin mempunyai entry sebaik itu. Pun begitu, rasanya masih belum tercapai dek akalku untuk menjadi seperti itu.

Sebagaimana dikatakan oleh Syatir, keadaan yang boleh dikategorikan sebagai tidak sihat ini akan menganggu dan merendahkan kualiti arena perdebatan di Malaysia…  tentang penghakiman, memang tidak boleh dinafikan tentang beberapa kesilapan di sana-sini sepanjang Debat Terbuka ASTAR 2007… terima kasih juga diucapkan kepada saudara Syatir atas segala pemerhatian, teguran dan nasihat yang saya kira sangat berguna untuk saya… peluang belajar ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin yang saya kira tidak banyak pendebat di Malaysia ini yang sanggup menanggung keletihan memandang nombor yang begitu banyak, key-in markah, seterusnya menyusun rank setiap pasukan dalam setiap pusingan… yang mungkin pendebat kejarkan ialah masuk pertandingan, dan mengejar kemenangan (sebab itu mungkin ada pendebat yang tidak bersetuju dengan keputusan saya untuk menjadi AJK Debat Kemerdekaan 2006 sedikit masa dahulu)… dan saya kira dunia perdebatan IPT Malaysia ini memang penuh dengan politik tersendiri yang saya tidak sanggup untuk menghadapinya… cukuplah sekadar menjadi pemerhati, peserta dan menilai, layakkah diri sendiri untuk menceburi politik dalam debat…

siapalah diri ini untuk berkata-kata

 





Diriku Pasca Debat Perdana Integriti 2007

9 02 2007

Kalau diikutkan hati, ingin sahaja ulang and betulkan apa kesilapan yang telah dilakukan… tetapi, sejarah tetap sejarah yang akan meninggalkan kita… yang lebih penting ialah bagaimana kita belajar dari kesilapan tersebut..

Debat Perdana Integriti 2007 membuka lembaran karier debatku untuk semester ini… dan dengan satu gandingan baru, kecuali Zulfadhli… dua lagi, John dan Danial menggalas tugas yang cukup besar, mengekalkan kejuaraan yang dilakar oleh Zulfadhli dan Danial pada tahun lalu…

Tempoh yang pendek, sejak 13 Julai 2006 hingga 2 Februari 2007, tidak sampai setahun pun UM memegang gelaran johan, the cup is back for grab…. well, ketiadaan Zulfadhli pada hari pertama agak memeritkan… dengan melayan seorang teammate junior yang sengal… dan seorang teammate senior yang sengal gak… last-last, yang di tengah pula yang dikuasaduakan kesengalannya… Alhamdulillah, tanggungjawab berjaya dilunaskan… 3 kemenangan ke atas UMS, MMU dan UIAM membolehkan diri ini menarik nafas lega… pun begitu, hanya dua sahaja kemenangan diperoleh pada hari kedua (ke atas UKM dan UPM) … sori la korang, aku kurang sihat la petang tu… hehehe…

Pusingan kalah mati, juga sangat getir… menentang pasukan UKM dan UIAM yang saya kira punya kekuatan tersendiri… Alhamdulillah, berjaya melangkah ke pusingan akhir, namun kejuaraan dinafikan oleh pasukan UiTM yang memang tiada taranya…

Di kesempatan ini, jutaan terima kasih diucapkan pada Ibu and Ayah… kerana restu kamulah, anakmu berjaya mencatat pencapaian… thanks gak utk kaklong sebab dtg bagi sokongan… juga pada teammate; Otel, Danial dan John… terima kasih bebyk… pada senior; Azizul dan Ijan, itu sahaja yang tercapai dek akalku… pada yang lain, thanks atas sokongan… penghargaan juga buat sahabat-sahabat di UPM yang beri sokongan mahupun yang just dpt jumpa jek; Siti Dahlia bte Mohd Rosle, Siti Fatimah Joharry, Hisam, Johari Jalinas, Khirol (aku tak sempat jumpe ko), Saiful Nizam, ntah sape lagi ek… kepada roomate, M.Bukhari yang sengal dan benchot, tq sebab melayan kesengalan aku untuk chatting time aku di UPM… buat rakan seperjuangan, debaters IPT seluruh M’sia, trimas atas segalanya…

cuma setelah balik dari UPM, rasa macam ada yang tak kena… rasa macam ade orbital separuh penuh pada diri ini yang minta diisi… hmmm… rasanya, belum tiba masanya… cukup sekadar bersyukurlah dengan apa yang ada…