Debat…

21 02 2007

Saya baru sahaja selesai membaca blog saudara syatir dari UIA yang saya kira entrynya sangat baik untuk tatapan semua bertajuk Membentuk Generasi Pendebat Berkualiti dan Hakim Berintegriti. Niat di hati, juga ingin mempunyai entry sebaik itu. Pun begitu, rasanya masih belum tercapai dek akalku untuk menjadi seperti itu.

Sebagaimana dikatakan oleh Syatir, keadaan yang boleh dikategorikan sebagai tidak sihat ini akan menganggu dan merendahkan kualiti arena perdebatan di Malaysia…  tentang penghakiman, memang tidak boleh dinafikan tentang beberapa kesilapan di sana-sini sepanjang Debat Terbuka ASTAR 2007… terima kasih juga diucapkan kepada saudara Syatir atas segala pemerhatian, teguran dan nasihat yang saya kira sangat berguna untuk saya… peluang belajar ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin yang saya kira tidak banyak pendebat di Malaysia ini yang sanggup menanggung keletihan memandang nombor yang begitu banyak, key-in markah, seterusnya menyusun rank setiap pasukan dalam setiap pusingan… yang mungkin pendebat kejarkan ialah masuk pertandingan, dan mengejar kemenangan (sebab itu mungkin ada pendebat yang tidak bersetuju dengan keputusan saya untuk menjadi AJK Debat Kemerdekaan 2006 sedikit masa dahulu)… dan saya kira dunia perdebatan IPT Malaysia ini memang penuh dengan politik tersendiri yang saya tidak sanggup untuk menghadapinya… cukuplah sekadar menjadi pemerhati, peserta dan menilai, layakkah diri sendiri untuk menceburi politik dalam debat…

siapalah diri ini untuk berkata-kata

 


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: