Seminggu sudah, Debat Piala NC antara kolej-kolej kediaman Universiti Malaya telah berlangsung… hendak dikatakan dengan jayanya? bolehlah… hendak dikatakan gagal? tidak juga… maka, kejayaannya adalah sederhana baik dari aspek penganjuran mahupun kualiti perdebatan…
Banyak juga perkara-perkara yang saya pelajari sepanjang debat NC tersebut… well, barulah terasa apa perasaannya menjadi pengiring sesuatu pasukan, bukakan konsep, then mcm org gile melihat pasukan sendiri bertanding (thanks Azizul n Ijan utk sumbangan selama ini)…dan juga terasa pengalaman menjadi hakim… dan untuk kali ke-3 menjadi AJK Teknikal Kehakiman…
cuma sedikit teguran bagi penganjur… ya, saya sedar yang saya bukanlah seorang yang hebat dari aspek penganjuran… namun, tidak salah rasanya memberikan sedikit pendapat… kepada AJK, pertama sekali yang saya rasa paling kurang ialah kurang mesra… perbandingan ini saya lakukan dengan jawatankuasa penganjur Debat Terbuka ASTAR yang cukup ramah dan mesra sejak pendaftaran hinggalah majlis penutup… baik kepada pihak Orator UM, mahupun kepada peserta… maka tidak hairanlah pendebat-pendebat IPT memuji penganjuran Debat Terbuka ASTAR yang diiktiraf peningkatan kualiti penganjurannya (ini dibuktikan dengan bilangan penyertaan pasukan)…
Selain itu, saya kira penganjur mempunyai seorang ex-officio yang cukup berpengalaman… pun begitu, saya tidak tahu di mana silapnya… sama ada AJK kurang peka dengan panduan ex-officio atau kegagalan ex-officio memastikan projek berjalan dengan cemerlang… hinggakan pembahagian jawatankuasa pun nampak kerancuannya… contohnya, saya kira ex-officio maklum dengan jawatankuasa teknikal kehakiman ternyata berbeza dengan teknikal yang menjaga siaraya dsb… (sekali lagi perbandingan dibuat dengan Debat Terbuka ASTAR)…
mungkin ada yang akan mempertikaikan tulisan saya ini, "Tidak adil membandingbezakan Debat Terbuka ASTAR dengan Debat NC yang lain kapasitinya"… kalau sekadar berdalih dengan alasan ini, lupakan hasrat untuk memperbaik diri… saya kira, kalau alasan ini diterima, maknanya, jikalau AJK Debat Terbuka ASTAR boleh beramah mesra, maka AJK Debat NC tidak perlu senyum kerana penganjurannya kecil sahaja… huhuh…
juga sedikit terkilan dengan beberapa pihak yang nampaknya gagal menjaga maruah dengan baik… ingatlah, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya… namun, ingatlah pepatah cina yang mengatakan "Jikalah engkau melakukan seribu kebaikan, maka tiada siapa akan memandang akan dikau… Namun, jikalau engkau melakukan satu keburukan, maka satu dunia akan memandang akan dikau"
selain untuk penganjur, kesempatan ini juga saya ambil untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat… khususnya AJK dari kolej ke-4, ahli Kelab Orator UM, alumni Debat IPT dan juga hakim jemputan dari UiTM.. tanpa kamu, tidak akan berjaya Debat NC tersebut…
debat nc.. kurg publisiti.. piala nc patut dpt sokongan ramai n penonton yg ramai..
emm..bagus teguran yang diberi..akk kira wakil dari kelab orator perlu turun padang selalu bagi memastikan kerancuan tidak berlaku pada masa hadapan..akk juga turut berkira2 jika semua pihak mengambil berat teguran dan sebagainya baik dalam semua aspek pasti penganjuran debat sekecil debat nc tidak berlaku masalah (yg akk kira juga terlalu teknikal)..baik ajk…ex oficio mahupun pentadbiran kolej jugak para hakim dan peserta…maaf buat semua kekurangan yang berlaku…juga keterlanjuran yang terjadik…m0hon pengampunan buat semua yang ada..
bagus komentar abg. rase mcm dah byk dah abg timba pengalaman kan.. pas nie, leh la beri projek kat abg plak. hehehe