< Sekian lama tidak mencoretkan sesuatu dalam blog ini, akhirnya ada juga kesempatan untuk meluangkan masa dan mencurahkan idea….
Sejak akhir-akhir ini, banyak peristiwa yang berlaku sekitar kita… sedar tidak sedar, junior tingkatan 1 semasa saya tingkatan 5 di sekolah dahulu, sudahpun memperolej keputusan SPM masing-masing… tahiah diucapkan dan selamat datang ke dunia baru yang lebih mencabar… cuma sedikit pendapat ingin dikongsi bersama… tentang kegilaan baru masyarakat Malaysia… iaitu, mengambil seberapa banyak matapelajaran yang boleh… niatnya, bukannya untuk menimba ilmu, tetapi untuk memecahkan rekod… maka rosaklah tradisi pencarian ilmu yang suci… hinggakan ada juga yang sanggup menipu; mendakwa memperoleh 24A1, hanya untuk memperoleh publisiti…. tidak cukup dengan itu, setelah Amalina menjadi duta untuk SKOR, Nadiah Amirah pula menjadi duta akademik untuk akhbar Utusan… itulah dia, selebriti kita dalam dunia pendidikan…
beberapa minggu lepas, saya berkesempatan bercuti di Pulau Pangkor… saya kira, P.Pangkor adalah satu tempat yang menyeronokkan… pantai indah, infrastruktur mencukup, pengangkutan banyak, harga makanan pun mahal (hahaha)…. ya, memang Malaysia sudah bersedia untuk menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2007… kerana pemerhatian saya di Pulau Pangkor, pemandu teksi cukup peramah sehinggakan bapa saya sanggup membayar harga tambang yang lebih daripada yang sepatutnya atas keramahannya… juga saya lihat pengusaha pelancongan tempatan yang rata-ratanya merupakan masyarakat melayu begitu pandai berkomunikasi dengan pelancong, baik pelancong tempatan, juga tidak kekok berbahasa Inggeris dengan pelacong luar…
saya juga tertarik dengan seorang beregu badminton Malaysia yang kini digelar Beregu Sensasi oleh semua akhbar tempatan… Tahniah diucapkan kepada Koo Kien Kiat – Tan Boon Heong… moga-moga memperoleh kejayaan cemerlang di masa akan datang… namun, pujian harus ada hadnya… jangan kini di pusingan akhir nama dijulang, selepas ini di pusingan akhir hanya menonton di tepi gelanggang
saya juga baru sahaja selesai membaca beberapa entry di www.akademidebat.com berkenaan yuran debat antara sekolah UIA… well, terima kasih kepada yang berkenaan di akademidebat.com tersebut atas keprihatinan anda… pun begitu, saya melihat beberapa tulisan di laman web tersebut berbaur emosi dan sentimen… dan saranan saya, kepada pembaca dan pelayar internet, jangan sekadar membaca dan menganalisa dari satu pihak sahaja, kelak perbandingan yang dibuat berkecenderungan untuk menjadi tidak adil… dan saranan saya untuk penganjur, buatlah sesuatu untuk menerangkan kepada seluruh dunia tentang rasional anda mengenakan bayaran sebegitu tinggi…
Cubalah berfikir….
Tinggalkan Jawapan