Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi : Mengecewakan

29 03 2007

Oleh sebab blog merupakan satu tempat yang bebas untuk saya menulis apa sahaja, maka saya ingin menulis apa yang membelenggu fikiran belakangan ini. Saya sedar, mungkin saya ini bukanlah insan terbaik, tetapi tidak salah jika saya menyuarakan beberapa pendapat dan kritikan demi kebaikan dan menyedarkan semua.

Malam Gemilang Sepuluh (MGS) ke-10 2007 semakin hampir. Sedar tidak sedar, hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk ke Genting H’land Convention Centre. Boleh diibaratkan bahawa MGS adalah kemuncak segala-galanya. Maka, untuk mengelakkan sebarang kontroversi mahupun spekulasi, maka sebarang kecacatan ketara perlu dielakkan.

Malangnya, satu persatu kerancuan didedahkan kepada seluruh penduduk kolej. Sebagai catatan, Saudari Arie Sakinah selaku pengarah MGS telah mempertanggungjawabkan kepada saya sebagai mentor Aturcara & Protokol, dan InsyaAllah saya akan lakukan sedaya upaya. Mungkin Allah takdirkan saya membaca teks emcee yang khabarnya telah diedit oleh pengetua kolej. Menyebabkan saya tidak tidur malam membetulkan kembali 1001 kesalahan yang saya kira tidak boleh dimaafkan langsung (mungkin yang berada di sekeliling saya tahu masalah tersebut). Tentang bahasa yang digunakan, saya tidak boleh berkata apa kerana ini dasar universiti untuk mengagungkan bahasa Inggeris. Pun begitu, adalah lebih molek kiranya diteliti teks yang digunakan kerana ia memalukan kita selaku warga kolej. Belum diceritakan tentang penerima-penerima anugerah yang ibarat ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’.

Tidak cukup dengan itu, dikejutkan pula dengan majlis untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjuang mewakili Kolej 10 untuk Festival Seni. Saya kira, saya tidak terkecuali kerana saya menyertainya dan Alhamdulillah rezeki saya untuk memperoleh tempat kedua, mendapat wang tunai RM 400. Bukan niat untuk timbulkan spekulasi, cuma apa yang dilakukan oleh pihak kolej ialah menyekat wang kemenangan tersebut. Pun begitu, biar saya bandingkan pengurusan kolej dengan pengurusan pihak HEP & Alumni UM (di bawah pentadbiran bekas pengetua kolej 10 sendiri). Duit kemenangan yang diperoleh akan dibahagi kepada dua, sebahagian kepada peserta dan sebahagian akan diambil oleh pihak HEP, dengan alasan akan digunakan untuk urusan perbelanjaan di masa-masa akan datang (seperti elaun dan sebagainya) dan duit yang diambil oleh HEP ini akan dimasukkan ke dalam akaun yang boleh disemak oleh pelajar bila-bila masa. Kita lihat apa yang berlaku di kolej? Duit diambil 100%, dengan alasan yang sama. Namun, dapatkah kita melihat ke mana flow duit tersebut? Penganjuran malam tersebut juga penuh kecacatan, walau belum mula majlisnya. Pelajar yang sepatutnya hadir, tidak dimaklumkan awal. Ralat di hati saya, ingin merasa jamuan dan merasai kenangan berkumpul semula, terpaksa dilupakan kerana saya terlebih dahulu berjanji dengan keluarga untuk pulang ke rumah. Maka kempunanlah saya merasai detik-detik manis tersebut.

Satu lagi yang mengecewakan saya, ialah bagaimana tuntutan saya untuk yuran Debat NC yang sunggug mendukacitakan. Sebelum menyertai pertandingan debat tersebut, saya dimaklumkan oleh pihak JKP bahawa kolej menyuruh saya mendahulukan yuran dan kemudian boleh menuntutnya kembali dengan pihak kolej. Lantas, dalam tempoh kurang dua minggu selepas penyertaan, saya menghantar surat tuntutan lengkap dengan laporan pasukan kolej, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh pasukan debat UM setelah tamat sesuatu kejohanan. Malangnya, seminggu masa diambil untuk staf kolej berkata "Ada tak kolej menyuruh awak menyertai pertandingan ini?". Ayat ini telah menghangatkan perasaan saya. Kemudian seminggu lagi masa diambil untuk pihak JKP Kolej membuat reply kepada saya "Ali, pengetua minta penganjur buat surat pengesahan penyertaan awak". Jadi, apa gunanya resit rasmi yang saya kepilkan dengan laporan tersebut. Maknanya, satu kesimpulan boleh dibuat iaitu kerenah birokrasi kolej yang menyulitkan.

Maka di akhirnya, Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi mengecewakan saya. Tulisan di atas hanyalah nukilan saya, mewakili rasa hati saya, mencoretkan kekecewaan saya. Tidak dihimpunkan lagi berapa banyak kekecewaan yang lain. Hendak diharapkan barisan JTK, JKP dan JIK berbuat sesuatu? Jangan impi bulan jatuh keriba. Dan sesekali saya tidak akan berganjak dari kolej ini. Kerana analogi mudah, jikalau kita tidak sukakan pentadbiran negara, perlukah kita tinggalkan Malaysia?


Tindakan

Information

6 responses

1 04 2007
yan

ali…
ko ok ke???
sabar la eh….
ko pon tau kan…
org yg dapat menahan marah adalah org yg terkuat kan…
cool down ok…
wpun comment ni lmbt..
hrp ko ok skg…
hohohoho = )…

2 04 2007
'-faizull jer-'

normal la ali…

11 04 2007
Pjoyz

Sabar ek…. Kerenah birokrasi memang begitu…. Hatta dimana pon kita berada…

17 04 2007
kudozu

mesti pnat kan jadik cmni..
=.=”

19 04 2007
shalina

😀

9 05 2007
mZuhair

biase la 2..sape x knl kolej 10? mmg mengecewakn..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: