Yin lagi, dan Kutub Utara

20 04 2007

Setelah direman selama empat hari, akhirnya pasangan Myanmar yang dituduh mengeksploitasi Yin telah dibebaskan. Beberapa keraguan telah terjawab, antara lain ialah tentang persoalan kepala Yin dibotakkan, klinik tempat Yin mendapat ubat demam campak, dan ujian DNA mengesahkan lima kanak-kanak yang dijaga oleh pasangan ini memang sah anak kandung mereka, dan mempunyai kad daripada Suruhanjaya Tinggi PBB Untuk Pelarian (UNCHR). Saya tidak pasti apakah hasil siasatan selepas ini, siapa tahu dakwaan mengurung dan menculik akan tetap dikenakan, lebih-lebih lagi dalam bahang pilihanraya kecil di Ijok.

Seperkara lain ialah berkenaan dengan ekspedisi terjunan di kutub utara oleh Putera UMNO yang cuba digembar-gemburkan, namun tenggelam timbul dek penangan isu serangan peribadi terhadap TPM, isu program susu sekolah yang basi dan sebagainya. Apa yang saya lihat melalui usaha ini (terjunan di kutub utara) secara keseluruhannya begini. Apabila Putera UMNO menzahirkan idea ini lantas merealisasikannya, apakah matlamat utama mereka? Tidak lain, kononnya meningkatkan semangat patriotisme belia Malaysia agar berbangga dengan pencapaian tersebut. Pun begitu, berapa ramai kalangan kita yang meningkat semangat patrotisme apabila membaca akhbar tersebut? Jika ya, baguslah. Namun jika tidak, usaha ‘syok sendiri’ putera UMNO ini adalah suatu pembaziran. Secara logiknya, saya kira kos yang dilaksanakan bukannya seringgit dua. Ini baru satu program. Belum termasuk Syarifah Mazlina, Azhar Mansor dan sebagainya.

(teringat kolej pernah menghantar delegasi kebudayaan ke Indonesia)





Risalah dangkal

19 04 2007

Hari ini, saya bangun lantas bersiap untuk menghadapi peperiksaan pertama saya, iaitu Mekanik. Setibanya di papan notis, maka terpandanglah sehelai notis atau risalah yang dilekatkan pada papan notis tersebut. Kemudiannya, baru saya sedar, bukan sekadar kehormatan papan kenyataan dicabuli, malah bakul-bakul motosikal di kolej ini turut disesakkan dengan pengedaran risalah ini; suatu pembaziran.

Apa yang ingin saya sentuh adalah berkenaan dengan isikandung risalah tersebut. Saya tidak mampu menaip semula, cukup sekadar kita analisa satu persatu apa hasil tulisannya.

"… best jugak kalau datang perjumpaan dengan PENGETUA KOLEJ. Boleh lepaskan tension. Ye lah, boleh dengar apa  PENGETUA nak cakap. Yuran Kolej nak naik semester depan ke?…"

Bagi saya, jikalau benar pengetua nak maklumkan tentang kenaikan yuran, maka baguslah. Sekurang-kurangnya, khabar angin yang kurang disenangi akan terjawab. Nampak sudah kedangkalannya.

"… Semester depan nak potong duit PTPTN untuk MGS lagi ke. Tiap-tiap tahun perkara sama berulang kan? Duit yang kita pinjam kena potong setiap sem… Yang pegi MGS tak pe lah, tapi yang tak pergi? Agak-agak diorang halalkan ke tak duit yang dipotong tanpa pengetahuan diorang?…"

Untuk yang ini, mungkin silap saya sebagai bekas Pembantu Mahasiswa, lupa untuk memberitahu bahawa yuran majlis makan malam kolej memang akan dipotong terus dari akaun pelajar. Suatu tradisi dan kebiasaan bagi setiap kolej. Persoalannya, mengapa mereka tidak menghadiri majlis tersebut? Merugikan bukan? Analoginya begini. Saya dikenakan bayaran RM 50 setiap semester untuk yuran keahlian perpustakaan Universiti Malaya. Sekiranya saya tidak pergi ke perpustakaan, layakkah saya berkata "aku tidak halalkan yuran keahlian perpustakaan, kerana aku tidak pergi ke perpustakaan". Kelakar ya! Begitulah juga kes di sini berkenaan yuran majlis makan malam tersebut, usah digembar-gemburkan perkara yang akhirnya mencerminkan kebodohan diri sendiri. Semakin nampak kedangkalannya.

Perkara lain, saya kira sama sahaja seperti entri saya dalam blog sebelum ini. Saranan saya, kepada penulis risalah tersebut, anda berjaya mencerminkan pemikiran dangkal anda dalam seluruh perenggan pertama, dan keseluruhan bahasa yang digunakan.





Yin

17 04 2007

Yin
Isu yang memenuhi dada akhbar hari ini ialah tentang kehilangan Yin… huhu… sangat hebat sehinggakan berita Indeks Komposit yang menggembirakan pun tenggelam dek kerana isu kehilangan yang membawa kepada penglibatan polis dan parti politik ini..

apa yang dapat saya gali dan simpulkan, begini…

mungkin ada antara kita terlepas pandang yang bapa kepada Yin ini memang cuai… pernah disebut dalam media bahawa beliau sering hilang dompet, hilang motosikal, hilang handphone… dan akhirnya Allah uji beliau kehilangan anaknya… malah, ini kali ketiga beliau kehilangan Yin, nasib sebelum ini agak baik kerana dijumpai semula… maka kelam-kabutlah beliau meminta pertolongan rakyat malaysia untuk mencari anaknya…

Kemudian, disyakilah pula pasangan Myanmar yang memulangkan anaknya telah memaksa anaknya mengemis… apa yang menghairankan saya ialah begini… disebut oleh kedua-dua ibu bapanya bahawa Yin merupakan seorang kanak-kanak hiperaktif… maka, setelah menyelidiki artikel tentang hiperaktif, maka saya mendapati bahawa kanak-kanak hiperaktif sukar mengikut arahan dan mudah bosan dengan suatu perkara… maka, adakah logik Yin mengikut arahan pasangan Myanmar untuk mengemis?…

dan yang hebatnya ialah pasangan Myanmar ini… kerana jika benar dakwaan tersebut, maka terbukti kemahiran keibubapaan pasangan Myanmar ini… kenapa?… Yin bukan anak kandung mereka… sudahlah hiperaktif, mampu pula dipaksa mengemis… manakala ibu bapa mereka?… bawa anak pergi membeli-belah, ibu bapa sibuk membeli, anak mereka ‘blah’ pun tidak disedari…

belum dikira tentang persoalan ganjaran… seharusnya, jika benar hendak mendakwa pasangan Myanmar tersebut, ganjaran yang dijanjikan perlu diberikan terlebih dahulu… ini sudah jelas mencerminkan sikap pasangan ibubapa Yin yang hipokrit dan munafiq… sekurang-kurangnya, jika pasangan Myanmar itu dipenjarakan, 5 orang anak-anak mereka mempunyai beras untuk disuap, air untuk diminum, baju untuk dipakai…

namun, bukan niat saya untuk menyalahkan ibubapa Yin… apa yang saya ragukan ini tidak pernah ditimbulkan oleh media, maka saya berniat untuk mencambahkan benih agar ia berkembang sempurna menjadi buah fikiran yang terbuka…  ini semua harus dijadikan iktibar kepada semua…





Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi : Kelakar

13 04 2007

Tamat sudah Malam Gemilang Sepuluh ke-10 di kota keriangan Genting Highland… saya kira, ia merupakan suatu pengalaman manis terutama sekali apabila kakak saya menyertai jamuan makan malam kolej saya buat pertama kalinya…

Sekilas pandang, penganjuran Malam Gemilang Sepuluh ke-10 tersebut berlangsung dengan jayanya… semua pelajar dapat menaiki bas, semua peserta dapat sampai ke puncak, semua penghuni kolej dapat menjadi penghuni sementara Hotel First World… malah, komen yang diberi oleh kakak saya selaku pihak luar pun memandang penganjuran tersebut sebagai berjaya… tidak dinafikan, jumlah RM120 yang dibayar merupakan suatu nilai yang berbaloi dan murah jika dibandingkan dengan apa yang diperoleh selama 2 hari 1 malam…

Pun begitu, setelah diteliti dengan lebih mendalam, kerancuan yang ada pada Malam Gemilang Sepuluh ke-10 perlu kita teliti demi kebaikan bersama… soal pengangkutan misalnya, memang tidak dinafikan bahawa bas yang disediakan cukup… tetapi penghuni kolej ibarat pelanggan; perlu dilayan dengan baik dan sistematik… sistem ala-ala puduraya oleh jawatankuasa pengangkutan ditambah pula dengan sikap ulat  AJK membuatkan pelanggan rasa meluat… apabila salah menaiki bas, maka dimaki hamunlah pelajar-pelajar tersebut oleh AJK.. sepatutnya dalam kes ini, AJK perlu meminta maaf kepada pelajar kerana kurang memberi maklumat sehingga berlaku kesilapan… namun, sebaliknya berlaku apabila AJK dengan bangganya berkata "Siapa suruh you all pergi sana?"… huh?!…

Susunan majlis juga penuh kerancuan… Apabila AJK sendiri tidak tahu bahawa VVIP yang datang ini mewakili perasmi atau tidak, sedangkan nama perasmi asal sudahpun dicetak besar dengan gambar master dan AJK MGS pada backdrop pentas… ditambah dengan kerancuan jeda, intonasi serta sebutan oleh pengerusi majlis yang ditekan oleh pengarah dan penasihat tertinggi protokol majlis … membuatkan majlis kurang tersusun… keadaan over run yang melampau-lampau, ditambah dengan lighting dewan yang cukup suram dan kelam-kabut dek kerana tiada dry run dibuat sepanjang 6 jam AJK berpesta di dalam ballroom sebelum itu… gimik food presentation tidak menjadi langsung juga adalah akibat daripada rehearsal yang entah ke mana…. namun pujian perlu diberi kepada pengerusi majlis informal kerana saya kira beliau berjaya menjalankan tugas dengan baik… Ya! majlis berjalan dengan sempurna… persoalannya, apakah maknanya mendapat anak jika anda tidak berkahwin? (apakah makna majlis lancar jika tidak mengikut protokol dan pengurusan acara yang betul?)

maka bertebaranlah penghuni kolej ke seluruh kota keriangan, melupakan segala kenderaan yang tidak berpelekat  yang telah diclamp dan dikenakan denda (anehnya, ada kenderaan tertentu yang tidak berpelekat tidak pula ditambat?)… jika difikirkan di pihak pelajar, RM 120 merupakan suatu nilai yang berbaloi… namun kolej ini tidak mengukur baju di badan sendiri, kerana jika dihitung subsidi yang diberikan kepada pelajar, sungguh menakutkan…

isu ini tidak tamat begitu sahaja… turunnya pelajar dari Genting, maka naiklah senarai nama yang diterima kolej… dan seluruh blok S2 gegak gempita dengan senarai yang kelakar tersebut… ibarat kera di hutan disusukan, anak si rumah mati kelaparan, pelajar yang mempunyai kredit untuk terus menginap di kolej, ditiadakan namanya dalam senarai… memang hebat panel pemilih kolej, kerana mampu membuat tilikan yang penuh kesilapan dalam melabel pelajar… sikap prejudis mengaburi mata barisan panel untuk bertindak adil… maka segala jemaah surau, AJK MGS, malah wakil aras sendiri tidak mendapat tempat… dikekalkan pula semua penglipurlara dan penari-penari istana… sehingga yang berhak terpaksa merafak sembah menghinakan diri membuat rayuan yang saya kira tidak ada kepastiannya…

Di akhirnya, apakah bebaloi pengorbanan kita dibayar sebegini?… mungkin tulisan saya berbaur sentimen dan kelihatan rebelious… namun, perlulah kita memuhasabah diri kita demi kebaikan bersama…

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang beriamn dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"