Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi : Kelakar

13 04 2007

Tamat sudah Malam Gemilang Sepuluh ke-10 di kota keriangan Genting Highland… saya kira, ia merupakan suatu pengalaman manis terutama sekali apabila kakak saya menyertai jamuan makan malam kolej saya buat pertama kalinya…

Sekilas pandang, penganjuran Malam Gemilang Sepuluh ke-10 tersebut berlangsung dengan jayanya… semua pelajar dapat menaiki bas, semua peserta dapat sampai ke puncak, semua penghuni kolej dapat menjadi penghuni sementara Hotel First World… malah, komen yang diberi oleh kakak saya selaku pihak luar pun memandang penganjuran tersebut sebagai berjaya… tidak dinafikan, jumlah RM120 yang dibayar merupakan suatu nilai yang berbaloi dan murah jika dibandingkan dengan apa yang diperoleh selama 2 hari 1 malam…

Pun begitu, setelah diteliti dengan lebih mendalam, kerancuan yang ada pada Malam Gemilang Sepuluh ke-10 perlu kita teliti demi kebaikan bersama… soal pengangkutan misalnya, memang tidak dinafikan bahawa bas yang disediakan cukup… tetapi penghuni kolej ibarat pelanggan; perlu dilayan dengan baik dan sistematik… sistem ala-ala puduraya oleh jawatankuasa pengangkutan ditambah pula dengan sikap ulat  AJK membuatkan pelanggan rasa meluat… apabila salah menaiki bas, maka dimaki hamunlah pelajar-pelajar tersebut oleh AJK.. sepatutnya dalam kes ini, AJK perlu meminta maaf kepada pelajar kerana kurang memberi maklumat sehingga berlaku kesilapan… namun, sebaliknya berlaku apabila AJK dengan bangganya berkata "Siapa suruh you all pergi sana?"… huh?!…

Susunan majlis juga penuh kerancuan… Apabila AJK sendiri tidak tahu bahawa VVIP yang datang ini mewakili perasmi atau tidak, sedangkan nama perasmi asal sudahpun dicetak besar dengan gambar master dan AJK MGS pada backdrop pentas… ditambah dengan kerancuan jeda, intonasi serta sebutan oleh pengerusi majlis yang ditekan oleh pengarah dan penasihat tertinggi protokol majlis … membuatkan majlis kurang tersusun… keadaan over run yang melampau-lampau, ditambah dengan lighting dewan yang cukup suram dan kelam-kabut dek kerana tiada dry run dibuat sepanjang 6 jam AJK berpesta di dalam ballroom sebelum itu… gimik food presentation tidak menjadi langsung juga adalah akibat daripada rehearsal yang entah ke mana…. namun pujian perlu diberi kepada pengerusi majlis informal kerana saya kira beliau berjaya menjalankan tugas dengan baik… Ya! majlis berjalan dengan sempurna… persoalannya, apakah maknanya mendapat anak jika anda tidak berkahwin? (apakah makna majlis lancar jika tidak mengikut protokol dan pengurusan acara yang betul?)

maka bertebaranlah penghuni kolej ke seluruh kota keriangan, melupakan segala kenderaan yang tidak berpelekat  yang telah diclamp dan dikenakan denda (anehnya, ada kenderaan tertentu yang tidak berpelekat tidak pula ditambat?)… jika difikirkan di pihak pelajar, RM 120 merupakan suatu nilai yang berbaloi… namun kolej ini tidak mengukur baju di badan sendiri, kerana jika dihitung subsidi yang diberikan kepada pelajar, sungguh menakutkan…

isu ini tidak tamat begitu sahaja… turunnya pelajar dari Genting, maka naiklah senarai nama yang diterima kolej… dan seluruh blok S2 gegak gempita dengan senarai yang kelakar tersebut… ibarat kera di hutan disusukan, anak si rumah mati kelaparan, pelajar yang mempunyai kredit untuk terus menginap di kolej, ditiadakan namanya dalam senarai… memang hebat panel pemilih kolej, kerana mampu membuat tilikan yang penuh kesilapan dalam melabel pelajar… sikap prejudis mengaburi mata barisan panel untuk bertindak adil… maka segala jemaah surau, AJK MGS, malah wakil aras sendiri tidak mendapat tempat… dikekalkan pula semua penglipurlara dan penari-penari istana… sehingga yang berhak terpaksa merafak sembah menghinakan diri membuat rayuan yang saya kira tidak ada kepastiannya…

Di akhirnya, apakah bebaloi pengorbanan kita dibayar sebegini?… mungkin tulisan saya berbaur sentimen dan kelihatan rebelious… namun, perlulah kita memuhasabah diri kita demi kebaikan bersama…

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang beriamn dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"