Tamat sudah Malam Gemilang Sepuluh ke-10 di kota keriangan Genting Highland… saya kira, ia merupakan suatu pengalaman manis terutama sekali apabila kakak saya menyertai jamuan makan malam kolej saya buat pertama kalinya…
Sekilas pandang, penganjuran Malam Gemilang Sepuluh ke-10 tersebut berlangsung dengan jayanya… semua pelajar dapat menaiki bas, semua peserta dapat sampai ke puncak, semua penghuni kolej dapat menjadi penghuni sementara Hotel First World… malah, komen yang diberi oleh kakak saya selaku pihak luar pun memandang penganjuran tersebut sebagai berjaya… tidak dinafikan, jumlah RM120 yang dibayar merupakan suatu nilai yang berbaloi dan murah jika dibandingkan dengan apa yang diperoleh selama 2 hari 1 malam…
Pun begitu, setelah diteliti dengan lebih mendalam, kerancuan yang ada pada Malam Gemilang Sepuluh ke-10 perlu kita teliti demi kebaikan bersama… soal pengangkutan misalnya, memang tidak dinafikan bahawa bas yang disediakan cukup… tetapi penghuni kolej ibarat pelanggan; perlu dilayan dengan baik dan sistematik… sistem ala-ala puduraya oleh jawatankuasa pengangkutan ditambah pula dengan sikap ulat AJK membuatkan pelanggan rasa meluat… apabila salah menaiki bas, maka dimaki hamunlah pelajar-pelajar tersebut oleh AJK.. sepatutnya dalam kes ini, AJK perlu meminta maaf kepada pelajar kerana kurang memberi maklumat sehingga berlaku kesilapan… namun, sebaliknya berlaku apabila AJK dengan bangganya berkata "Siapa suruh you all pergi sana?"… huh?!…
Susunan majlis juga penuh kerancuan… Apabila AJK sendiri tidak tahu bahawa VVIP yang datang ini mewakili perasmi atau tidak, sedangkan nama perasmi asal sudahpun dicetak besar dengan gambar master dan AJK MGS pada backdrop pentas… ditambah dengan kerancuan jeda, intonasi serta sebutan oleh pengerusi majlis yang ditekan oleh pengarah dan penasihat tertinggi protokol majlis … membuatkan majlis kurang tersusun… keadaan over run yang melampau-lampau, ditambah dengan lighting dewan yang cukup suram dan kelam-kabut dek kerana tiada dry run dibuat sepanjang 6 jam AJK berpesta di dalam ballroom sebelum itu… gimik food presentation tidak menjadi langsung juga adalah akibat daripada rehearsal yang entah ke mana…. namun pujian perlu diberi kepada pengerusi majlis informal kerana saya kira beliau berjaya menjalankan tugas dengan baik… Ya! majlis berjalan dengan sempurna… persoalannya, apakah maknanya mendapat anak jika anda tidak berkahwin? (apakah makna majlis lancar jika tidak mengikut protokol dan pengurusan acara yang betul?)
maka bertebaranlah penghuni kolej ke seluruh kota keriangan, melupakan segala kenderaan yang tidak berpelekat yang telah diclamp dan dikenakan denda (anehnya, ada kenderaan tertentu yang tidak berpelekat tidak pula ditambat?)… jika difikirkan di pihak pelajar, RM 120 merupakan suatu nilai yang berbaloi… namun kolej ini tidak mengukur baju di badan sendiri, kerana jika dihitung subsidi yang diberikan kepada pelajar, sungguh menakutkan…
isu ini tidak tamat begitu sahaja… turunnya pelajar dari Genting, maka naiklah senarai nama yang diterima kolej… dan seluruh blok S2 gegak gempita dengan senarai yang kelakar tersebut… ibarat kera di hutan disusukan, anak si rumah mati kelaparan, pelajar yang mempunyai kredit untuk terus menginap di kolej, ditiadakan namanya dalam senarai… memang hebat panel pemilih kolej, kerana mampu membuat tilikan yang penuh kesilapan dalam melabel pelajar… sikap prejudis mengaburi mata barisan panel untuk bertindak adil… maka segala jemaah surau, AJK MGS, malah wakil aras sendiri tidak mendapat tempat… dikekalkan pula semua penglipurlara dan penari-penari istana… sehingga yang berhak terpaksa merafak sembah menghinakan diri membuat rayuan yang saya kira tidak ada kepastiannya…
Di akhirnya, apakah bebaloi pengorbanan kita dibayar sebegini?… mungkin tulisan saya berbaur sentimen dan kelihatan rebelious… namun, perlulah kita memuhasabah diri kita demi kebaikan bersama…
"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang beriamn dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"
waaa… best ler baca blog ali, mcm dgr berita tv3 yg dihos oleh karamjit singh walia (betul ke nama dia), penuh dgn peribahasa. walau mcm mana pn, aku takleh nk komen byk pasal blog hg, cuma aku blh bagitau aku suka membacanya
karam singh walia laa arezeem.. pe daaa.. a.ali, klakar nyer laa sgt.. hahaha.. adk agkt kt sni lg ek..
hidup ali…biasalah..mcm2 rencam
good luck for final exam..aku dah last dah kt um ni..bye!!
to my dear frens…ehm…sgt hebat dr sudut bahasa juga bunga2 an yg ade..memang seronok membaca..langkah indahnya jika bunga bahasa yg indaH ini diterapkan dalam subjek atom dan molekul agar dapat kejayaan yg lbh cemerlang..hahha…sy pun xsure ayat sy ni ali…hahah
ali bile nk blaja solid same…nnt sy akan ajar awk bunga2 atom pulak eh…supaya ;bh ceria hdp awk dgn DR KESHAV TERSAYANG…HAHAHA…
ali…nnt kt dating ok!!!
kalo ade bulletin kolej sronok ni.kasik komen sket.hee..~
huhu.ali.first of all..terime kasih sbb bukak isu ni..igtkan tader sape nak bukak isu genting nih..
1. mmg betul dinner kat genting tu best..tp like u’ve said BAS tu masalah..sbbnye..spttnye students diberikan bendera @ whatsoever tande pengenalan so that kitorg x bersepah2..amatlah diketahui bahawe ramai ajk sdg bersuke rie pade hari tersebut..mgkn itulah puncenye keadaan kelam kabut..
2. keadaan begitu jelik bile makanan lmbt dihidangkan ..tp x tau la kalau kitorg mmg gile lapar smpi nmpk foods lmbt masuk…tp obviously lambat dan agak memalukan lagi bile diorg x serve kan utk kite sume…kite abaikan dulu saiz meja makan yg besar tp center hidangan yg kecik..pathetic sikit kat situ..
3. pasal kolej..huhu..bukanke master mmg cenggitu…yg berbakti diabaikan…x kire la..mase nak suruh org buat keje dulu cam nak mati..x henti2 pakse org buat itu ini..tp bile dah settle ade sijil nak kua awal..ade nak ucap timer kaseh..sepatah haram x cakap…sgt dikenali abg rambut kerinting yg x kenang budi itu…x pyh kire brp byk die mintak kite spend utk kolej…lucky me dah dok luar…tp kesian kat korg sbnrnye…itu pun die nak masukkan ramai lagi..siap tanak return duit org yg cancel dok kolej..master master nak buat apela dgn duit student yg byk2 tuh..*Sighhh*
btol ali… aku stuju sgt2..
sal mgs, tema budaya malaysia kenapa ucapan dibudaya- baratkan. pulak tu kalau pun x fasih biarlah betul… paling x puas hati ayat terakhir tuan segala tuan d kolej ni “saya rendahkan standard english sy utk menyamatarafkn dgn standard english pelajar”. what d hell? tp xnk la kutuk lelebih pulak…
secondly pasal penempatan kolej thn depan… well sebagai jiran paling dekat salah sorg penyelia kolej ni, aku nk buat satu pendedahan bahawa aku baru trdengar sesuatu yg jelik dr mulut jiran aku ni secara live 3 hari lepas (perbincangan dgn pengarah projek terbaik kolej yg medapat pointer yg bagus tp x dpt kolej thn dpn) which is “sy sendiri pon x taulah mcm mana pemilihan penghuni kolej ni. mungkin awak layak tp ada la sape2 yg x puas hati dgn awak so nama awak x tersenarai…” keputusannya penyelia ni suruh pelajar ni buat rayuan gunakan pencapaian projek dia yg jd projek terbaik 2(sumbangan kpd kolej la konon) utk mintak stay tahun depan. adil ke mcm ni?!
kagum sgt lps bc blog ko nih..pepun good luck tuk comp pnddkn ek..hrp2 berguna la akronim yg aku bg tu..huhu aku tkut gile nih..all the best!!
thanks gak utk wani… good luck utk ko!!!
walaupn dah agak lama tp nak komen gak
~hanya org yang terlibat dgn MGs shj yg akan menjawab segala persoalan korang sume..selama 2 thun sbgai ajk MGS..tdk dinnafikan yg ini adalah yg terbaik..tp kita sbg manusia sentiasa npk kelemahan org dan sentiasa tdk bersyukur.knp korang sbgai senior xnk menjadi AJK.kalo kita lhat ajk kali ini 98 peratus junior.merekalah yang bertungkus lumus mencari sponsor yang telah menaja bepuluh2 ribu demi majlis tersebut..mana senior yang ade pengalamn..asyik nk ckp belakang..kami sanggup berkorban utk bagi yg terbaik.sanggup x mkn mlm tu.merayu2 utk mencari bdk persembhan.padahal kami pun byr RM 120..pasal budaya dibaratkan sume tu biarlah kami smpn jwpnnya..MAAFkan lah MC kami kerana ini adalah pertama kali percubaan mereka.dan maafkanlah jika byk kekurangan jika ajk yg boleh diharapkan hanya beberapa org shj.bkn sng nak mengawal beratus2 pelajar..cukuplahkita lihat pula apa akan terjadi pada MGS semester hadapan..