Yin

17 04 2007

Yin
Isu yang memenuhi dada akhbar hari ini ialah tentang kehilangan Yin… huhu… sangat hebat sehinggakan berita Indeks Komposit yang menggembirakan pun tenggelam dek kerana isu kehilangan yang membawa kepada penglibatan polis dan parti politik ini..

apa yang dapat saya gali dan simpulkan, begini…

mungkin ada antara kita terlepas pandang yang bapa kepada Yin ini memang cuai… pernah disebut dalam media bahawa beliau sering hilang dompet, hilang motosikal, hilang handphone… dan akhirnya Allah uji beliau kehilangan anaknya… malah, ini kali ketiga beliau kehilangan Yin, nasib sebelum ini agak baik kerana dijumpai semula… maka kelam-kabutlah beliau meminta pertolongan rakyat malaysia untuk mencari anaknya…

Kemudian, disyakilah pula pasangan Myanmar yang memulangkan anaknya telah memaksa anaknya mengemis… apa yang menghairankan saya ialah begini… disebut oleh kedua-dua ibu bapanya bahawa Yin merupakan seorang kanak-kanak hiperaktif… maka, setelah menyelidiki artikel tentang hiperaktif, maka saya mendapati bahawa kanak-kanak hiperaktif sukar mengikut arahan dan mudah bosan dengan suatu perkara… maka, adakah logik Yin mengikut arahan pasangan Myanmar untuk mengemis?…

dan yang hebatnya ialah pasangan Myanmar ini… kerana jika benar dakwaan tersebut, maka terbukti kemahiran keibubapaan pasangan Myanmar ini… kenapa?… Yin bukan anak kandung mereka… sudahlah hiperaktif, mampu pula dipaksa mengemis… manakala ibu bapa mereka?… bawa anak pergi membeli-belah, ibu bapa sibuk membeli, anak mereka ‘blah’ pun tidak disedari…

belum dikira tentang persoalan ganjaran… seharusnya, jika benar hendak mendakwa pasangan Myanmar tersebut, ganjaran yang dijanjikan perlu diberikan terlebih dahulu… ini sudah jelas mencerminkan sikap pasangan ibubapa Yin yang hipokrit dan munafiq… sekurang-kurangnya, jika pasangan Myanmar itu dipenjarakan, 5 orang anak-anak mereka mempunyai beras untuk disuap, air untuk diminum, baju untuk dipakai…

namun, bukan niat saya untuk menyalahkan ibubapa Yin… apa yang saya ragukan ini tidak pernah ditimbulkan oleh media, maka saya berniat untuk mencambahkan benih agar ia berkembang sempurna menjadi buah fikiran yang terbuka…  ini semua harus dijadikan iktibar kepada semua…