Hari ini, saya bangun lantas bersiap untuk menghadapi peperiksaan pertama saya, iaitu Mekanik. Setibanya di papan notis, maka terpandanglah sehelai notis atau risalah yang dilekatkan pada papan notis tersebut. Kemudiannya, baru saya sedar, bukan sekadar kehormatan papan kenyataan dicabuli, malah bakul-bakul motosikal di kolej ini turut disesakkan dengan pengedaran risalah ini; suatu pembaziran.
Apa yang ingin saya sentuh adalah berkenaan dengan isikandung risalah tersebut. Saya tidak mampu menaip semula, cukup sekadar kita analisa satu persatu apa hasil tulisannya.
"… best jugak kalau datang perjumpaan dengan PENGETUA KOLEJ. Boleh lepaskan tension. Ye lah, boleh dengar apa PENGETUA nak cakap. Yuran Kolej nak naik semester depan ke?…"
Bagi saya, jikalau benar pengetua nak maklumkan tentang kenaikan yuran, maka baguslah. Sekurang-kurangnya, khabar angin yang kurang disenangi akan terjawab. Nampak sudah kedangkalannya.
"… Semester depan nak potong duit PTPTN untuk MGS lagi ke. Tiap-tiap tahun perkara sama berulang kan? Duit yang kita pinjam kena potong setiap sem… Yang pegi MGS tak pe lah, tapi yang tak pergi? Agak-agak diorang halalkan ke tak duit yang dipotong tanpa pengetahuan diorang?…"
Untuk yang ini, mungkin silap saya sebagai bekas Pembantu Mahasiswa, lupa untuk memberitahu bahawa yuran majlis makan malam kolej memang akan dipotong terus dari akaun pelajar. Suatu tradisi dan kebiasaan bagi setiap kolej. Persoalannya, mengapa mereka tidak menghadiri majlis tersebut? Merugikan bukan? Analoginya begini. Saya dikenakan bayaran RM 50 setiap semester untuk yuran keahlian perpustakaan Universiti Malaya. Sekiranya saya tidak pergi ke perpustakaan, layakkah saya berkata "aku tidak halalkan yuran keahlian perpustakaan, kerana aku tidak pergi ke perpustakaan". Kelakar ya! Begitulah juga kes di sini berkenaan yuran majlis makan malam tersebut, usah digembar-gemburkan perkara yang akhirnya mencerminkan kebodohan diri sendiri. Semakin nampak kedangkalannya.
Perkara lain, saya kira sama sahaja seperti entri saya dalam blog sebelum ini. Saranan saya, kepada penulis risalah tersebut, anda berjaya mencerminkan pemikiran dangkal anda dalam seluruh perenggan pertama, dan keseluruhan bahasa yang digunakan.
aku pon ade bc mende ni tgh hari td.btul ckp ko ali..knp die ni xnak tny psl hal kolej kpd org2 yg berkenaan?malu bertny sesat jln..tu lah.aktiviti kolej mcm perjumpaan or ysd xnak join.kan dah lack of info.lenkali kalo nak edar risalah camtu,baik tmpl trus kat tempat public.knp nak masuk2 dlm rage moto org?xpnat ke?buat sepah lg, ade lah!
kalau xnak bayar suma2 tu,duduk luar je…
yer… sy menyokong huraian anda smua..:D
aku sbgi ajk rase tercabar,,pnat kita berusaha menjayakan, diaorg tahu nak komen je..program diaorg kita join tp ble kita buat x nk join..thu nak edar benda yg buat sepah kat motor aku je..
yg pntg aku p MGS=)