Yin lagi, dan Kutub Utara

20 04 2007

Setelah direman selama empat hari, akhirnya pasangan Myanmar yang dituduh mengeksploitasi Yin telah dibebaskan. Beberapa keraguan telah terjawab, antara lain ialah tentang persoalan kepala Yin dibotakkan, klinik tempat Yin mendapat ubat demam campak, dan ujian DNA mengesahkan lima kanak-kanak yang dijaga oleh pasangan ini memang sah anak kandung mereka, dan mempunyai kad daripada Suruhanjaya Tinggi PBB Untuk Pelarian (UNCHR). Saya tidak pasti apakah hasil siasatan selepas ini, siapa tahu dakwaan mengurung dan menculik akan tetap dikenakan, lebih-lebih lagi dalam bahang pilihanraya kecil di Ijok.

Seperkara lain ialah berkenaan dengan ekspedisi terjunan di kutub utara oleh Putera UMNO yang cuba digembar-gemburkan, namun tenggelam timbul dek penangan isu serangan peribadi terhadap TPM, isu program susu sekolah yang basi dan sebagainya. Apa yang saya lihat melalui usaha ini (terjunan di kutub utara) secara keseluruhannya begini. Apabila Putera UMNO menzahirkan idea ini lantas merealisasikannya, apakah matlamat utama mereka? Tidak lain, kononnya meningkatkan semangat patriotisme belia Malaysia agar berbangga dengan pencapaian tersebut. Pun begitu, berapa ramai kalangan kita yang meningkat semangat patrotisme apabila membaca akhbar tersebut? Jika ya, baguslah. Namun jika tidak, usaha ‘syok sendiri’ putera UMNO ini adalah suatu pembaziran. Secara logiknya, saya kira kos yang dilaksanakan bukannya seringgit dua. Ini baru satu program. Belum termasuk Syarifah Mazlina, Azhar Mansor dan sebagainya.

(teringat kolej pernah menghantar delegasi kebudayaan ke Indonesia)


Tindakan

Informasi

One response

20 04 2007
shalina

erm..pasal Yin..yg tu mmg dah dijangkakan keputusannyer…
dan pasal putera UMNO tu.. kalu nk diikutkan byk lg cara utk belia2 negara ni berbakti kpd negara.. maka sy sgt setuju smua tu membazirkan duit rakyat jer.. ckp sikt pasal Ijok.. erm xleh ckp byk2 sbb karang menyinggung ati dan prasaan lak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: