Cuti

18 05 2007

Sekian lama saya tidak mencoretkan sesuatu dalam blog saya ini. Kekangan
masa dan kemudahan internet menyebabkan saya tidak dapat membuat apa-apa entri
baru selama kurang lebih sebulan.

Sedar tidak sedar, tahun ketiga pengajian saya di Universiti Malaya sudahpun
berakhir. Semester 2 sesi 2006/2007 melabuhkan tirai dengan tamatnya kertas
saya pada 27 April lepas. Sejak dari itu, bermulalah cuti semester saya yang
saya kira mungkin akan mencatatkan sejarah tersendiri.

Cuti bermula dengan projek Sirih Pulang ke Gagang IV (SPKG) di Kg Tehel,
Melaka. Sepanjang tiga tahun saya berada di Universiti Malaya ini, saya kira
buat pertama kali saya menyertai sebuah projek Operasi Khidmat Masyarakat
(OPKIM) yang sebagaimana biasa akan memberikan peluang merasai suasana hidup
yang berbeza. Aktiviti yang dijalankan? Hmm… Sesi motivasi pelajar sekolah,
senamrobik, gotong-royong, sukaneka, malam kesenian, lawatan dsb mengisi jadual
sepanjang SPKG kelolaan Kelab Rakan Motivasi (KRM) ini. Pelbagai coretan
menarik yang saya catatkan sepanjang SPKG ini termasuklah

  1. Tiba lewat ke Kg Tehel iaitu 10 mlm sedangkan sudah 12 jam peserta lain memperoleh keluarga angkat masing-masing.
  2. Sepatutnya menjadi fasilitator untuk pelajar SPM, malangnya dibatalkan kerana kurang sambutan. Akhirnya, hanya membuat kacau sahaja di program motivasi UPSR.Sengal, kan?
  3. Secara berjemaah membuat senamrobik di rumah bersama-sama Bukhari dan Faiz. Apalagi, ramai yang perli dan tuntut untuk buat poco-poco. Kami pula, buat muka tak bersalah.
  4. Yati adalah antara peserta paling mendapat perhatian baik termasuk dari orang kampung. Antara lain, kata-kata ”bola kita” akan sentiasa diingati.
  5. Malam persembahan? Buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun, saya kembali membuat persembahan nasyid. Nostalgia di sekolah dan matrik kembali semula.
  6. Saya telah bermain pantun dondang sayang dengan Nek Alan di rumah orang-orang tua di Cheng. Malang sekali, ketika hendak pulang, saya tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya.
  7. Sungguh istimewa kerana saya, Bukhari dan Faiz mempunyai lebih daripada satu mak angkat (orang lain jangan jealous yek)
  8. Kebetulan, rumah saya berteduh merupakan rumah yang sama peserta Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2007 menikmati juadah tradisional masakan Mak Ngah. Kiranya, saya menikmati masakan paling sedap di Kg Tehel.
  9. Hari terakhir sangat memilukan. Sedih untuk melangkah pergi, harap dapat menjejakkan kaki, buat kesekian kali, di lain hari.
  10. Memperkenalkan istilah baru ; ”Benchot”

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK SPKG IV yang
bergitu rajin, buat rakan serumah (Bukhari dan Faiz Hope), best giler duduk
situ; buat bebudak nasyid (Bad Kimi, Sob, Azizi, Azwan, Zainal, Zuhair,
Syamsul), terima kasih sebab beri aku peluang untuk join korang; buat Maisarah,
thanks a lot; yang lain, Nuar, Hisham, Abg Teh, Aishah, Yati dll, thanks a lot
sebab menerima diri ini yang sengal. SPKG IV, akan tetap diingati.

Selepas SPKG, saya banyak menghabiskan masa bersama-sama bebudak first
year, tu yang rasa muda kejap! Di bilik Bad Kimi jek, macam-macam movie
kitorang layan, tapi kekadang tu syahid gak la, tertidur semasa menonton. Niat
hendak bermain boling terbantut, sedar tidak sedar dah tiba masanya untuk balik
semula ke Johor Bahru. Memang sedih rasanya hati semasa makan malam di Mamak
Place SS14 kerana mungkin selepas dua bulan, baru dapat nikmati suasana seperti
itu. Well, thanks Zuhair, Azizi and Bad Kimi sebab join kitorg (Ali, Bukhari
and Nuar) makan coz selepas itu memang kitorang chow balik JB. Selepas hantar
motosikal Bukhari, pukul 12 kami tinggalkan Bandaraya Kuala Lumpur. Pukul 6
pagi barulah tiba di JB.

Di rumah, tiada apa yang menarik (inilah yang saya tidak suka kalau berada
di rumah). Menonton Spidey 3 bersama-sama Anuar, jalan-jalan @ Danga Bay. Pun
begitu, pada tanggal 16 Mei lepas, seorang rakan kepada emak saya (merupakan
adik-beradik Tan Sri Mohamed Rahmat) telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.
Dan di sebalik kematian tersebut, saya mendapat seorang sepupu baru pada petang
hari yang sama!

Di akhirnya, permulaan cuti semester kali ini adalah indah. Ikatan
dan kenangan bersama-sama rakan sekolej memang utuh dan indah. Tidak kira
junior-senor, fakulti dan latarbelakang kenegerian sekalipun. Tidak keterlaluan
untuk saya katakan, jauh lebih menyeronokkan daripada bersama-sama rakan
seperjuangan debat, penuh dengan cemburu, selfish, adu domba, tinggi diri,
hipokrasi yang kadangkala membuatkan diri saya lemas. Pun begitu, digagahkan
juga demi cita-cita. Kesimpulan ini telah lama saya buat, dan kebenarannya semakin
terserlah.