Hmm… setelah sekian lama tidak menaip dalam blog ini, ada juga mood dan idea untuk menaip… sehingga saya tidak tahu di mana hendak bermula…
Well, pada 24-25 Ogos yang lepas, keluarga orator Universiti Malaya telah mengadakan percutian yang bertemakan Berlari Mencari Ketenangan di Melaka. Selama dua hari dua malam (kerana hari jumaat, kami sampai pada jam 9.30 malam). Aktiviti yang dirancang? Makan ikan bakar di Pengkalan Balak, ronda-ronda Ayer Keroh, aktiviti tepi pantai, Karaoke dan BBQ, serta perlawanan bowling di Mahkota parada. Rasanya, tidak perlu ditaip semua aktiviti di sini, kerana anda boleh membacanya di Azerai’s blog. Apa-apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua; Abg Hasril, Abg Azerai, Abg Zizul (warga emas yang prihatin), Otel (thanks sebab bagi support), John & Nanu (bile nak kahwin?! haha), Zati & Zami (sporting gak!), Acap & Zahid (Thanks & Sori).
31 Ogos 2007, sambutan kemerdekaan ke-50 Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, saya juga tidak mahu ketinggalan untuk merasai kermeriahannya. Lantas, atas ajakan Amir Ramzani, kami bersepakat untuk ke Putrajaya bersama-sama Jej Ida Mal dan Sob. Kami tiba di sana pada jam 10.30 malam, sanggup berjalan kaki sejauh 1.6km semata-mata untuk memperoleh kedudukan terbaik menonton persembahan bunga api. Tepat jam 12 malam, bermula pertunjukan bunga api oleh pasukan dari Jepun yang saya kira antara persembahan bunga api tercantik yang pernah saya saksikan.
Pada keesokannya pula, saya berkesempatan berjumpa dengan sahabat-sahabat lama di Bandar Baru Bangi. Thanks to Poji, Mat, Amir & Zamir. At least, hilang gak busan and terubat kerinduan dengan korang… haha…
Bila lagi leh cenggini?