Saya baru kembali dari kelas Sosiologi kelolaan Dr Norani. Istilah kelolaan di sini menggambarkan keadaan kelas tersebut yang tidak berpusatkan guru/pensyarah, sebaliknya telah diadakan aktiviti ala-ala forum ilmiah untuk mengupas beberapa topik hasil kajian pelajar.
Beberapa minggu yang lepas, seorang pelajar dari kelas tersebut telah bersuara mengatakan AUKU perlu dihapuskan kerana menyebabkan mahasiswa tidak dpt menyuarakan idea. Apa yang terlintas di fikiran saya ialah saya bersyukur dapat menyertai pertandingan debat inter-varsiti.
Jauh bukan? Dari AUKU, saya terus berfikir tentang debat.
Cerita begini. Dalam pertandingan debat inter-varsiti, pelbagai topik dan perkara telah dibahaskan secara ilmiah saya kira. Dari isu sosial dan politik seperti rasuah, blogging, kebebasan media, birokrasi dan sebagainya sehingga kepada isu agama seperti pengwujudan jawatan peguam syarie negara, semuanya dibincangkan dengan teliti, adil dan rasional.
Kesimpulan mudah dari akal saya yang tidak setinggi mana, mereka (yang mahu AUKU dihapuskan) hanya memikirkan menyampaikan idea dengan membuat kenyataan akhbar, memorandum dan demonstrasi. Perlu diingat, tindakan tersebut adalah provokatif dan sukar dikawal. Kenyataan akhbar dan demonstrasi misalnya, boleh menyebabkan timbul sentimen dan ketidakstabilan.
Tetapi tidak dalam debat. Peranan speaker untuk mengawal keadaan dan garis panduan tertentu membuatkan debat merupakan arena terbaik untuk bersuara dan menyampaikan debat.
Akan timbul satu perkara baru. Ramai akan mengatakan Debat itu akan melalaikan dan merosakkan sesuatu bangsa. Saya kita, kegagalan pemahaman membuatkan kita berfikiran cetek sebegitu. Debat yang merosakkan masyarakat ialah debat akan perkara remeh-temeh, tidak berpenghujung dan tiada kebaikan kepada masyarakat. Namun, pertandingan debat inter-varsiti tidak sebegitu.
Apalagi, marilah memeriahkan dunia perdebatan (yang sihat)!
huhu… sokong debaters… sokong debat…
tahniah atas performance UM di final royal.tak ada rezeki tahun ini,insyaAllah kembali di persada tahun depan!
jemput ke nahdah.wordpress.com