Banyak respons yang saya baca tentang program angkasawan malaysia baru-baru ini. Dengan menaiki Soyuz TMA-11 dan kembali ke bumi menaiki Soyuz TMA-10, Alhamdulillah Dr Sheikh Muszaphar Syukor telah berjaya menjadikan misi tersebut suatu kenyataan.
Sejarah ini juga mencatatkan bermulanya era baru dalam penerokaan angkasa lepas bagi sebuah negara kerdil dalam bidang ini seperti Malaysia. Terima kasih daun keladi diucapkan kepada Roskosmos dan NASA atas kerjasama dan bantuan yang diberikan kepada kedua-dua Dr Sheikh Muszaphar dan Kapt Dr Faiz, dan juga siaran langsung oleh NASA yang dipetik oleh Malaysia terutamanya di saluran 588 Astro. Juga syabas kepada Malenchenko dan Whitson kerana berjaya mengemudi Soyuz TMA-11 dan menjadi komander ISS wanita pertama, kerana anda sebahagian sejarah perkembangan Sains & Teknologi di Malaysia.
Namun begitu, bukan itu yang saya ingin utarakan. Setelah membaca blog khairulnizambakeri berkenaan Angkasawan Malaysia Bodoh oleh Backman, sedikit demi sedikit saya berasa sangat dukacita.
Benar kata Khairulnizam, banyak yang perlu kita pertimbangkan. Namun, saya sebagai bakal guru di masa akan datang lebih melihat program angkasawan ini bukannya suatu anjakan besar untuk Teknologi negara, bukan juga politik untuk menaikkan nama negara semata-mata, tetapi menjadi Inspirasi kepada masyarakat Malaysia, itu saya kira yang paling penting.
Harakah juga turut berkata, kita bazirkan duit semata-mata untuk menguji yoyo dan gasing. Perlu diingat, eksperimen yoyo dan gasing dibuat, kemudian dipancarkan secara langsung di hadapan sekumpulan pelajar di Pusat Sains Negara. Untuk apa melainkan menarik minat pelajar terhadap sains. Malah, ada juga yang kata kita tidak perlu menghantar angkasawan kerana teknologi kita masih tidak mampu menghantar roket. Persoalannya, adakah kerana kita tidak mampu membina roket, kita tidak perlu menghantar angkasawan atau melancarkan satelit? (memetik kata-kata Datuk Dr Mazlan Othman)
Memang tidak dinafikan, belanjanya cukup besar, iaitu hampir RM 100 juta. Perlu diingat, faedahnya juga besar. Sebagaimana yang saya katakan, program ini memberikan semangat dan suatu anjakan kepada masyarakat. Rata-rata rakyat Malaysia kini mula sedar tentang kewujudan ISS, malah ada yang sudahpun memahami tentang kapal angkasa Soyuz TMA itu sendiri. Bagus bukan? Inilah yang saya katakan, memberi inspirasi dan semangat.
Biarlah seluruh warga politik tanahair, khususnya di Harakah (maafkan saya kalau ada yang tidak bersetuju) asyik-asyik mengatakan tentang keburukan program ini, dengan merujuk kepada pembaziran semata-mata. Kerana itulah, golongan yang diberi peluang untuk berbicara dalam tempoh singkat sepuluh minit tatkala ISS melintasi Malaysia di orbit 16 ialah sekumpulan pelajar sekolah rendah, bukannya Azamin Amin (penulis artikel di Harakah) mahupun Backman sendiri.
Di akhirnya, jangan burukkan kejayaan Dr Sheikh Muszaphar dan Agensi Angkasa Lepas Malaysia. Ingatlah, kejayaan pelancaran satelit Sputnik 1 dahulu bukan sekadar kejayaan penerokaan teknologi satelit, tetapi jauh daripada itu, menjadi titik permulaan kepada pendidikan Sains di seluruh dunia terutamanya di Soviet dan Amerika Syarikat. Mungkin, kejayaan program angkasawan ini juga sebagai suatu permulaan kepada era baru Sains dan Teknologi negara tercinta.
“jgn tlalu mlihat keburukn sesuatu hgga tlupa kburukn sndiri.. nilailah dr segi kbaikn spy sama2 bbuat kbajikan..”
“bila mlihat kburukan, kita akn lupa sgl kbaikn.. bl melihat kebaikan kita akn lupa kburukan..”
yg mn lbih beerti?? mestilah yg baik kn??
=) =)
dr sheikh muszaphar yang terbaik…tahniah…tetap sokong dr sheikh…semoga terus sukses…
sy plajar form6 bwh atau pra u,
sy mandapat tugasan intuk menyertai pengucapan awam,
antara tajuk yg sy kena prepare ialah ‘program angkasawan’n merugikan atau menguntungkan….
banyak sumbr yg tlh sy baca, dan banyak komen yang mengubah persepsi sy,
tapi akhirnya psoalan terletak pada diri saya sendiri, sama ada ia menguntungkan ataupn sebaliknya…
sy merasakan, kita tdk patut katakan bahawa program ini suatu yg merugikan. saya telah lihat banyak jiwa anak2 muda dan kanak2 yang telah d inspire oleh angkasawan negara.
secara logik dan ikhlasnya,
obviously program ini adalah positif.
sebelum melaksanakn program ini sy pasti sudah tentu banyk buah fikiran yang telah disumbangkan tentang baik dan buruknya,
sudah tentu Pak Lah telah menjalankan kira2nya sebelum mengambil keputusan itu.
oleh itu,
kita haruslah memandang positif usaha ini,
tidakkah apabila Malaysia telah bnyk mmbuka mata negara lain,
ia memudahkan negra lain kenal Malaysia dan memudahkan bnyk urusan negara dalam pelbagai aspek,
antaranya hubungan dipomatik,
negara lain tentu tidak mempunyai masalah apabila tahu yg malaysia sebuah negara yg mmbangun…
sy doakn agar Malaysia tros sukses…!!
jgn terlalu naive.. ini malaysia.. bumi dimana smgt kite hanye sekejap jek ade.. pastu ilang blk.. mmg xdinafikn lg.. malaysia hanya suke tumpuan dan perkare2 yg “wow”.. the “wow” effect does do the trick in malaysia.. malaysian always loves for somthing incredible, somthing that we neva experienced b4.. then after a while, these “wow” thingy gone without any trace.. tgk r skang.. ade lg ke rakyat yg sebok2 or berkobar2 smgtnye utk majukn negare?? sumenye sakng da pk, da abeh skola nnt, nk kje mkn gaji jela.. konon2 mau cari experience dlu, then bru sambung blaja or bukak bisnes.. bler da syok kt kje, tros da xde smgt nk bukak bisnes sendri spt yg diidamkn beberape taon lalu.. kamon r, dis “wow” trick does work all over again.. malaysian suke menjadi selese dan xske majukn diri.. ade lg program2 susulan dari program angkasawan ini?? hny 1st year jela byk cter kn.. nk dptkn media coverage.. pastu skang, mane cter psl program tuh da, cter psl gosip angkasawan ade la.. bler beliau nk kawen.. kt mane nk kawen.. ngn sape.. itu jela..
all in all, program neh berjaye capai objective pd awlnye, pastu objective terlepas dr genggaman..
tahniah kepada yang meneroka angkasa pada tahun lepas.