22 Nov 2007, saya berkesempatan untuk kembali ke bekas sekolah saya yang tercinta. Atas undangan Miss Ann, majlis sambutan raya yang disifatkan sederhana tetapi meriah telah saya hadiri. Tujuan utama, berjumpa kembali dengan guru-guru lama yang telah banyak mengajar diri ini tentang erti kehidupan yang sebenar.
Hati rasa gembira bertemu dengan semua guru, ramai juga yang masih mengajar di sana. Lawatan ke kawasan sekitar sekolah juga sedikit demi sedikit menyebabkan kotak memori saya seakan dibuka dan ibarat wayang; terpapar satu demi satu. Teringat zaman dahulu; seorang pembahas, suka bernasyid, pengawas yang pemalas, tidak rajin belajar di kelas prep, itulah dia Ali Asyraf. Huhu…
Namun, sebagaimana biasa, perubahan telah berlaku. Budaya pelajar amat berbeza. Agak kesal juga, namun kita tidak mampu mengelak daripada perubahan. Cuma biarlah ke arah yang lebih positif.
Tekad saya, suatu hari nanti, saya ingin kembali ke tempat yang mana telah banyak mengubah hidup saya. Bukan sebagai pelawat semata-mata, tetapi sebagai seorang warganya. Amin. Moga impian akan tercapai.
Betul ke 22 november 2007? Hebat ar ko dapat meneka keadaan pada masa akan datang. Hehe..apa-apa pun itu yang bagus, pulang ke sekolah di mana tempat kita menimba ilmu sebelum melangkah ke universiti…
haha… aku salah tarikh la pulak.. 22 Okt la… anyway, thanks…… hahaha!!! terasa malu plak…