Muzikal P. Ramlee

4 11 2007

Muzikal_p_ramlee
3 Nov 2007, saya berkesempatan menonton P. Ramlee The Musical di Istana Budaya. Terima kasih kepada Abang Azerai dan kawannya atas ihsan mengundang saya untuk menonton pementasan yang hebat katanya. Apa yang lebih besar, impian saya tercapai juga akhirnya untuk menjejakkan kaki di Istana Budaya dalam tempoh pengajian di Universiti Malaya selama empat tahun.

Apa yang menambat hati saya ialah muzik pementasan itu sendiri. Chamber orchestra yang ditampilkan cukup memukau, dengan susunan muzik hebat oleh Erwin Gutawa menjadikan kumpulan pemuzik tersebut seolah-olah ia adalah a full size symphony orchestra. Kadangkala muzik diselangi unsur crescendo yang menarik menyebabkan saya tehibur dengan muziknya.

Attempt Gutawa untuk mencipta beberapa muzik tema sangat menarik, manghampiri kejayaan John Williams yang mencipta 1001 tema yang cukup sinonim dengan filem atau unsur tertentu. Dengar sahaja muzik, kita sudah boleh kaitkan dengan sesuatu watak. Lagu perlahan Dato’ Siti Nurhaliza atau rancak muzik Infinatez misalnya cukup menggambarkan perwatakannya di pentas.

Tidak seperti John Ottoman yang mengadaptasi muzik John Williams untuk Superman Returns, Gutawa lebih berminat mencipta muzik tema baru yang lebih segar, namun menarik. Sekali-sekala diselit dengan lagu asal P.Ramlee seperti Gelora membuatkan pementasan muzikal ini tidak perlukan visual untuk dihayati.

Props? Tak terjangkau dek akal. Keretapi, adegan menonton wayang dan persembahan Saloma adalah antara yang saya minati.

Keseluruhannya, sebagai seorang penggemar muzik, saya memang tabik spring dengan usaha keras pasukan muziknya. Kalau dirakam dan diadun dengan baik, ia akan menjadi jauh lebih hebat daripada The Bolshoi Ballet Orchestra of Tashkent yang merakamkan lagu instrumental P.Ramlee sepuluh tahun lepas, menjadikannya satu masterpiece yang akan diingati sehingga bila-bila.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: