Debat Diraja 2007

30 11 2007

Sudah setahun sejak post saya yang lepas mengenai Debat Diraja 2006.

Kini, Pertandingan Debat Diraja 2007 sudahpun melabuhkan tirainya. Gelaran naib johan yang disandang oleh pasukan UM (Utama) amat disyukuri, walaupun gagal mempertahankan kejuaraan.

Benar, banyak yang saya pelajari dalam edisi debat diraja kali ini. Pendebat tidak boleh hadir dengan otak yang kosong. Subjek perdebatan serta isu untuk penghujahan perlu dikuasai agar perdebatan berlangsung secara intelek dan bukannya atas retorik semata-mata. Itulah kelemahan yang saya kira perlu untuk diperbaik untuk kejohanan akan datang.

Img_5902
Pengalaman digandingkan dengan Zul Fadhli dan Haris Mohd Ghazali (untuk kali pertama dan terakhir) merupakan pengalaman yang bermakna. Juga pertama kali diletakkan di posisi pendebat pertama sepanjang kejohanan memberi satu paradigma dan tanggungjawab baru untuk digalas. (Baru saya tahu betapa sukarnya tugas ini berbanding menjadi pendebat ke-2). Terima kasih pada Otel kerana pimpinan ke atas team berjaya ke pentas final untuk kali ke-n dan kepada Haris, sebagai newcomer dalam debat intervarsiti, anda sangat bagus. Selepas ini, tumpukan pada buku, jadikan debat sebagai kenangan terindah yang tidak akan dilupa sepanjang hayat.

Img_5875edited_1
Kepada yang lain, terima kasih daun keladi saya ucapkan. Buat Azizul, Azerai n Hasril, kalian amat bermakna buat kami. Pada yang lain; John, Dayat, Shen, Acap, Shahid, Shahril, Mazuin, Zati, Luqman, Zahid dan Fairus, terima kasih kerana menerima orang tua ini dengan baik sekali. Ingat pada anugerah yang kita kecapi pada malam tersebut, amat sukar untuk mencapainya, lagi sukar untuk mengekalkannya. Maka tanggungjawab yang anda pegang amatlah besar sekali.

Buat keluarga; ibu, ayah dan semuanya, terima kasih atas doa anda.


Tindakan

Informasi

4 responses

1 12 2007
Aiskrim

harapkan tuhan terus memberkati supaya UM terus mengekalkan tradisi dan menikmati rezeki yang senantiasa dilimpahi beberapa tahun ini.

As for you thank you very much kerana membawa saya ke dunia perdebatan walaupun saya masih baru dan 3 bulan sahaja berdebat tetapi sudah belajar banyak benda bukan soal debat sahaja tetap dalam soal kehidupan dan menjadi manusia yang lebih baik.

Doa saya supaya abang ALI akan dapat pendebat terbaik MADDUM 2008 dan JOHN pula 2009.

5 12 2007
MAISARAH

tahniah ali…time kasih kat sy xnk ke??..hehhe…

21 12 2007
HaRiS

BEST!!!! serious mcm family

29 12 2007
Ali Asyraf

haah… bestkan haris?!…
(sebab ko lah kitorg tak jd gi picnic arituh… sengal… haha!)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: