Merajuk

30 11 2007

Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang
lain tidak mengendahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan
memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima
pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya.

Siapa yang kena penyakit merajuk? Penyakit merajuk ini boleh kena pada
siapa-siapa sahaja, tidak kira lelaki atau perempuan, tidak kira tua atau pun
muda, orang yang besar atau pun kecil, anak boleh merajuk dengan emak, emak
boleh merajuk dengan anak.

Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa
kehambaan
. Bila tidak rasa diri
hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai ‘tuan’, dia perlulah
dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan.

Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin
kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang
marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak
dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk
. Dengan
merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar
mendiamkan diri sahaja.

Apakah merajuk lebih baik dari marah? Kedua-duanya adalah sifat
terkeji yang mesti diungkai
. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia
yang mesti dihormati
. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk itu menyangka
yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada orang yang
marah-marah
. Dia sebenarnya sudah tertipu. Dan kalau dia tidak bertaubat
atas dosanya ini, dia akan dihukum di akhirat kelak.

Maka untuk mengubatinya, kita perlulah tanamkan sifat-sifat kehambaan.
Sifat ini ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh
timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak.
Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan
sahaja marah atau merajuk kepada orang yang “menyakiti hati” kita itu, tetapi
kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita.
Kalau Tuhan
tidak izinkan perkara itu berlaku ke atas kita, tentu ia tidak akan berlaku. Berlakunya
ia ke atas kita ialah kerana Tuhan memang hendakkan perkara itu berlaku
.

Sifat kehambaan juga ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan
tidak berkuasa. Siapalah kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus
terima apa sahaja yang Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan
kita, memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan
.

Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa.
Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar,
Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak
menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita
sedikit sebanyak disakitkan pula…

Wallahu a’lam……..

 

 


Tindakan

Information

3 responses

30 11 2007
Aiskrim

Namun begitu kita masih tidak dapat menolak hakikat manusia tetap manusia dan semestinya berperasaan.

Tidak dapat dinafikan merajuk dan marah merupakan sesuatu yang tidak baik tetapi pada masa yang sama manusia yang tidak sempurna dan penuh dengan kelemahan , nafsu dan perasaan kadang – kala mungkin akan mengalami perasaan tersebut.

Apa yang membezakan marah dari sudut yang lebih positif ialah apabila seseorang sudi memaafkan setelah melepasi beberapa hari. Marah yang memudaratkan ialah dendam yang disimpan sehingga selama – lamanya dan tiada unsur memaafkan dalam diri seseorang.

Merajuk ? Manusia tetap manusia dan tetap tidak dapat lari daripada perasaan ini kadang – kala melainkan kita malaikat. Yang akan membezakan antara merajuk dari sudut posifit ialah kategori merajuk sederhana dan bukannya keterlaluan. Kategori merajuk yang tidak menyusahkan sesiapa dan ketegori merajuk yang sudi melupakan segala- galanya selepas beberapa hari dengan tidak merajuk berpanjangan.

Oleh itu , manusia juga harus bersikap terbuka untuk menerima semula orang yang sudah melepaskan perasaan marah atau merajuk mereka sekiranya mereka sanggup insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Adalah mustahil untuk mana – mana manusia terlepas daripada kedua- dua perasaan tersebut tetapi adalah tidak mustahil untuk seseorang untuk menyedari kesilapan perasaan tersebut dengan tidak berbuat begitu dengan kerap dan berpanjangan. cepat insaf dan kembali semula seperti biasa

6 12 2007
dalina

menyakiti dan disakiti…
lumrah dunia…

gembira, sedih, merajuk,marah, kecil hati,
apa jua yang kita rasa pun lumrah kehidupan,
kerna kita manusia.

11 12 2007
Aiskrim

betul dalina maka sebagai manusia kita harus senantiasa cuba memikirkan setiap perkara yang berlaku kita berada di situasi manusia yang lain supaya jika terguris kita akan lebih terbuka untuk memaafkan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: