Debat Perpaduan : The moral of the story…

15 12 2007

Setelah tamat edisi Debat Diraja 2007, terus memulakan latihan untuk Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2007 yang diadakan di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan.

Unity
Saya berpeluang mengemudi pasukan, diletakkan bersama-sama orang pendebat muda iaitu Mohd Shahid (asasi), Shen Yee Aun (tahun 1) dan Luqman Hakim (tahun 1). Terima kasih kepada konsultan terhormat UM, En Azizul Hakim atas kepercayaan mengemudi pasukan muda yang saya kira jarang dilakukan oleh mana-mana pendebat tahun ke-4 seperti saya.

Atas kepercayaan tersebut, harapan saya cukup besar; menjengah ke pentas final. Namun, saya harus akur dengan takdir dan kesilapan diri sendiri kerana gagal ke pentas perdana, sekadar menamatkan perjuangan di pusingan separuh akhir.

Pengajaran paling berharga yang saya peroleh ialah sesungguhnya usaha sesama ahli (teamwork) adalah asas kepada kejayaan sesuatu pasukan. Pasukan perlu seimbang, ada sefahaman dan elakkan permasalahan.

Teguran untuk mana-mana pendebat, baik UM mahupun universiti lain, setiap kemenangan perlu dilihat sebagai kejayaan bersama, walaupun anda acapkali diiktiraf sebagai pendebat terbaik perlawanan. Kekalahan pula dinilai sebagai kesilapan bersama yang harus dimuhasabah agar pengajarannya dapat dicontohi oleh orang lain. Ingat! Orang yang pandai ialah orang yang belajar daripada kesilapan, dan orang yang bijak pandai ialah orang yang belajar daripada kesilapan orang lain.

Juga buat adik-adik juniorku yang baru menapak di arena perdebatan, ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Sesungguhnya, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Sekalung tahniah buat kalian atas usaha bersama kita, meletakkan pasukan kita di tangga teratas liga, membawa pasukan ke separuh akhir dan meletakkan diri sebaris dengan pendebat lebih berpengalaman merupakan kejayaan buat kalian.

Buat pendebat muda IPT (terutamanya UM), banyakkan belajar dari pengalaman. Jangan takut untuk kalah, jangan ghairah untuk menang, kerana kekalahan menguatkan dan kemenangan bisa melemahkan. Allah itu Maha Adil. Rezekinya luas dan berpadanan dengan usaha kita, InsyaAllah.

Buat yang bertanggungjawab, pikul dan galas amanah anda sebaik mungkin. Jangan dibuat sambil lewa, pabila gagal menuding jari dan melepaskan diri. Ingat bahawa segala amanah yang anda pikul akan dipersoal kelak, baik oleh Tuhan mahupun sesama manusia.

Buat rakan, kawan, juga sahabat, kelmarin yang luput manjadi kenangan, semalam yang hilang menjadi suatu memori dan pengalaman, yang ada cuma hari ini, kerana esok belum pasti milik kita, sedangkan satu minit berlalu akan pergi buat selamanya. Perjuangan bersamamu akan terpahat seumur hidup, biar perit jerih dan manisnya bercambur-baur, kerana itulah yang menjadi rencah kehidupan.

Buat kesemuanya, marilah sama-sama kita memupuk semangat perdebatan yang tinggi. Buangkan sengketa, elakkan hasad, semaikan persaingan sihat dan kerjasama antara satu dengan lain harus dipertingkat, demi memastikan arena perdebatan IPT terus gemilang.

Definisikanlah kesilapan sebagai pengalaman, ia akan mengajar kita…


Tindakan

Informasi

7 responses

17 12 2007
FaDhLi

tepat !

19 12 2007
MAISARAH

ehm…nice conclusion…tp yg xbest nye…awk xselitkan nama sy pun dlm bloq awk…sampai ati…huhuu…

21 12 2007
Ali Asyraf

haha… nama awak tak masuk sebab awak tak masuk dalam title ‘the moral of the story’…

22 12 2007
MAISARAH

sampai ati awk….sebenarnye sy ade ‘ moral of the story’ sendiri g ikut awk debat tau…awk je xtahu…hanya sy dan zati je tahu…huhuu…
xpela ali….semoga awk cemerlang…gemilang…dan terbilang dlm dunia debat…!
gud luck

31 12 2007
fiza

waah!!! bgusnyee kt2 nasihat abg ali. i’m one of dbter yg pegi ms dbat royal n dbat pepaduan. ingt tak girl yg kne gosip ngan syahid ms kt dbat pepaduan? saye lah ni. ok smoga dbters UM trus maju. fiza doa abg ali akn dpt anugerah MADUM satu hr nnti.

2 01 2008
jue

——————————————————————————–

Quote:
GAMIS mencabar mahasiswa Pro-Aspirasi untuk kita berdebat isu ini secara terbuka bagi melihat kedudukan sebenar demokrasi di Malaysia. Mahasiswa jangan mudah terpengaruh dengan pendirian mana-mana politikus atau parti politik, tetapi ia perlu diolah dan ditajamkan dengan menggunakan sedikit kelebihan fikiran yang dibekalkan Allah kepada kita. Mahasiswa Pro-Aspirasi harus sedar, isu amalan demokrasi ini bukan satu isu yang kecil dan terpinggir tetapi ia satu isu utama dan sering menjadi perhatian hangat sejak Pilihan Raya Umum 1990 lagi. Setakat pengamatan GAMIS, mahasiswa Pro-Aspirasi mengambil sikap ¡playsafe¢ dalam soal-soal yang melibatkan urus tadbir negara, ekonomi, keseriusan dan kebejatan sosial belia dan penghayatan Islam itu sendiri. Isu PTPTN, kebajikan mahasiswa dan penganjuran program-program di universiti hanya part of parcel sahaja dalam atmosfera kemahasiswaan.

Apa tercegat lagi jom la pro_aspirasi kita berdebat… klu tak nak serius kita debat olok2 dulu dalam forum nie..

Bos_aspirasi kan suka olok2.. janji olok2.. bercakap olok2.. debat isu tafkir olok2(memalukan) .. tembak rakyat buat olok2 dok tahu…. mansuh kan yuran Sek Ren secara olok2… adus banyak lagi yg olok2…

Kami Mahasiswa Luar Negara nak jadi pemerhati sejauhmana kebijaksanaan anak2 Bos_aspirasi nie..?

ker.. anak buah dengan bos sama ja…

klu sama ja IQ anak beranak nie… hamba pasti sampai bila-bila pun klu anakpinakBN_aspirasi memerintah tak akan ada perubahan malah lebih TERUK……

JOm berforum…

http://kampusnegara.net/ver07/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=72#72

Pro_Aspirasi nak kena buat debat OLOK-OLOK dulu…?

5 02 2008
noor

saya adalah salah seorang debater yang sangat kerdil dalam dunia debat ni. melihat senior2 saya gah berdebat untuk menaikkan nama uni, saya menjadi semakin bersemangat. saya mula menjadikan abang ali dan abang zulfadhli sebagai idol masa saya jumpa abang2 sekalian masa royal di sarawak masa pusingan saringan ke 3. walaupun kami kalah, detik itu
sangat bermakna. saya selalu cuba untk melihat perdebatn um dgn team2 lain. one thing yang memang best about abang ali :confidence n tak de gagap. pergulungan abang memang sgt best mase debat integriti ni. abang zulfadhli : confidence, bidas memang cantik n tepat. gaya yang tersangat rileks. saya harap saya masih berkesempatan untuk jumpa abng
dalam debat yang akan datang, as in team saya menentang team abng. tak mungkin abg mengenali saya yang kerdil ni.
neway, congrats kepada abng n team abng,menang johan integriti. kombinasi yang baik. azri yang lawak n confidence. abang ali yang serius n pergulungan yang mantap. third speaker yang pandai memutarbelitkan keadaan. salam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: