Sejak diperkenalkan, model Proton Saga telah mengalami perubahan beberapa kali sehingga ini. Lantaran saya tertarik dengan evolusi ini (dan saya tidak ada idea lain yang lebih menarik untuk ditulis), maka eloklah saya bercerita tentang model kereta pertama Malaysia ini. Kepada yang membaca, jangan sekadar baca. Tinggalkan komen anda tentang model ini.
Evolusi SAGA
31 01 2008Komen-komen : 5 Comments »
Kategori : Coret
KKTAZ Kebanggaan Kita
26 01 2008Ya! Seluruh penduduk Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi iaitu Kolej Ke-10 Universiti Malaya telah mendengar pengumuman rasmi di corong pembesar suara kolej petang semalam. Khabar angin kurang gembira yang telah sekian lama didengari akhirnya disahkan sendiri oleh suara wahyu yang berkumandang.
“… kepada semua penghuni kolej, perkhidmatan internet akan diberhentikan sementara waktu mulai 1 Februari 2008. Perkhidmatan ini akan disambung semula pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak…”
Persoalannya, apakah motif pemberhentian perkhidmatan internet? Tidak ada wang untuk selenggara? Apakah server kolej (yang baru diganti sem lepas) perlukan minyak pelincir setiap bulan? Sedangkan belanja perkhidmatan telahpun dipungut dari penghuni kolej sendiri sebanyak RM60. Apakah kolej tidak menyedari yang jika 200 orang mendaftar, wang kutipan berjumlah RM12000?
Untuk menangani isu ini, mana letaknya orang-orang yang boleh kita sandarkan? Sedangkan surat keraguan projek OPKIM boleh difotostat dan dipaparkan seantero kolej? Tidakkah mereka mendengar rungutan setiap orang di kolej? Apakah fungsi borang soal selidik yang telah kami isi?
Paling utama, tidak pernah dinyatakan apakah motif pemberhentian perkhidmatan ini. Tidak juga muncul mana-mana pihak, baik yang tertinggi, hinggalah kepada terendah, semuanya menyembunyikan jawapan dan menimbulkan teka-teki. Akhirnya? Penghuni kolej dibiarkan terkontang-kanting, terkulat-kulat dan hanya berlandaskan jawapan Swee Meng dan seangkatan dengannya.
Tidak pula dijelaskan bilakah mahu disambung semula. Kalau rosak, tunggu pulih baru sambung semula. Kalau tidak mampu selenggara, tunggu peruntukan, sambung semula. Kesimpulan mudah, tidak ada sebab perkhidmatan ini diberhentikan, maka tidak ada tarikh dan sebab untuk ia disambung semula.
Saya amat dukacita andaikata perkhidmatan ini ditamatkan. Ketepikan isu muat turun berlebihan. Kasihankan penghuni yang tiap hari membaca akhbar, membuat assignment, menggunakan perkhidmatan e-banking, hatta semudah chatting dengan rakan. Kasihan juga kepada penghuni yang rajin mengupdate blog masing-masing yang penuh info dan suara.
Kepada semua, mungkin blog ini akan menjadi lebih pasif selepas ini. Udah muak dengan pengurusan kolej. Budaya dan wajahnya sudah tiada. Slow Rock sudah lama berkubur. Pentas entah ke mana. Tempat letak motosikal dan kereta tidak terurus. Petempatan umpama kapal buruh kasar dari negara Afrika. Kafe yang hidupnya segan matinya tidak mahu. Festival Seni yang hilang warnanya. Jikalau dahulu, KK10 cukup meriah. Sebagaimana laungan saya dalam Minggu Haluansiswa empat tahun lepas, KKTAZ Kebanggaan Kita. Sekarang, kurang perkara yang boleh dibanggakan. Namun, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.
Komen-komen : 16 Comments »
Kategori : Coret
IDEA
25 01 2008Kali ini saya tertarik untuk bercerita tentang IDEA.
Bersiar-siar di internet untuk mencari artikel (sebagai prep integriti), terjumpa satu laman web yang agak best. IDEA namanya. IDEA merupakan akronim International Debate Education Association ( Persatuan Pendidikan Debat Antarabangsa (betul ke terjemahan ni?!)).
Ade pelbagai benda menarik dalam laman web ini. Paling saya tertarik ialah satu ruangan yang dinamakan Debatepedia; satu ruangan ala-ala wikipedia, but everything is about debate.
Lawatlah hari ini. http://www.idebate.org/

Komen-komen : Leave a Comment »
Kategori : Debat
“Maaf belum cukup”, kata rakyat Malaysia
22 01 2008Ada dua individu cukup terkenal di Malaysia yang telah menggemparkan seantero Malaya awal 2008. Siapa tidak kenal Dato Seri Dr Chua Soi Lek dan Faizal Tahir. Kedua-duanya membuat tindakan yang saya kira telah melanggari nilai timur yang kita canangkan selama ini.
Persamaan kedua-duanya? Setelah berlaku insiden berkaitan (skandal di hotel dan dedah tubuh di konsert), kedua-duanya melakukan tindakan serupa, malah saya kira mulia untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia. Mengakui kesalahan sendiri, seterusnya menurunkan ego dengan menyatakan kekesalan adalah tindakan mulia yang perlu dilakukan andai ada kesalahan atau kesilapan.
Namun, rakyat Malaysia tidak mahu sekadar maaf. Mereka perlu dihukum. Lantas, terpaksalah Faizal melupakan hasrat beraksi di AJL. Dr Chua lebih teruk, terpaksa melepaskan jawatan politik beliau.
Di sini, saya seru kepada rakyat Malaysia, bahawa sesungguhnya kemaafan itu sudah cukup mulia, jangan diminta agar pesalah itu dihukum. Lambat-laun, semua orang tidak mahu memohon maaf….
Komen-komen : 4 Comments »
Kategori : Coret
Cuti lagi?!
21 01 2008Awal tahun 2008, warga WP Kuala Lumpur begitu mewah dengan cuti. Bermula dengan tahun baru, kemudian diikuti Maal Hijrah. Baru semalam PM mengumumkan bahawa WP Kuala Lumpur akan juga bercuti untuk sambutan Thaipusam. 1 Feb nanti pun cuti juga; Hari Wilayah pula. Minggu berikutnya, Tahun Baru Cina akan menyusul. Seronok duduk di Malaysia, cuti begitu banyak.
(dipetik daripada Berita Harian, 21 Jan 2007)
Putrajaya, KL cuti Thaipusam
KUALA LUMPUR: Thaipusam diisytiharkan sebagai cuti umum di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula pada perayaan tahun ini, yang disambut lusa.
Mengumumkannya pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri anjuran MIC Wilayah Persekutuan, di sini, semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan membuat keputusan itu sebagai menghormati permintaan masyarakat India dan penganut Hindu.
“Lagipun, setiap kali sambutan Thaipusam, jalan raya di Kuala Lumpur sesak sehingga menyukarkan orang ramai hendak pergi kerja. Namun kita bersabar atas dasar saling menghormati upacara sambutan kaum lain,” katanya.
Ketika ini, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti umum.
Komen-komen : 3 Comments »
Kategori : Coret
Coretan
20 01 2008Saya tidak tahu di mana hendak bermula. Tiga minggu saya terlalu sibuk dengan tugas, kurang mempunyai masa untuk melayan blog sendiri. Namun, saya mampu menarik nafas lega apabila blog Kelab Orator UM telah dapat saya selesaikan, Alhamdulillah.
Saya tidaklah serajin blogger yang lain, contoh terdekat ialah rakan sebilik saya sendiri ; Helmi dan Wan Aizuq. Namun, saya cuba juga menulis dalam blog ini, dengan acuan sendiri. Sudah namanya pun blog sendiri, terpulanglah pada diri untuk menulis apa jua, kan?
Komen-komen : 3 Comments »
Kategori : Coret
Blog baru
17 01 2008Sekian lama, ingin sekali keluar dari kepompong blog friendster yang terhad ini…
Maka, lawatlah blog saya yang terbaru.
Komen-komen : Leave a Comment »
Kategori : Debat, Hiburan, Kolej Ke-10, UM, Kongsi Ilmu, Pengalaman, Suara Hati
Blog Kelab Orator UM
4 01 2008Agak lama tidak membuat entri dalam blog ini lantaran menumpukan perhatian sepenuhnya pada blog Kelab Orator Universiti Malaya. Entah bila saya akan mempunyai blog sendiri di luar kepompong blog Friendster ini pun saya tidak tahu.
Apa-apapun, lawatlah blog Kelab Orator Universiti Malaya.
Komen-komen : Leave a Comment »
Kategori : Debat