Saya tidak tahu di mana hendak bermula. Tiga minggu saya terlalu sibuk dengan tugas, kurang mempunyai masa untuk melayan blog sendiri. Namun, saya mampu menarik nafas lega apabila blog Kelab Orator UM telah dapat saya selesaikan, Alhamdulillah.
Saya tidaklah serajin blogger yang lain, contoh terdekat ialah rakan sebilik saya sendiri ; Helmi dan Wan Aizuq. Namun, saya cuba juga menulis dalam blog ini, dengan acuan sendiri. Sudah namanya pun blog sendiri, terpulanglah pada diri untuk menulis apa jua, kan?
Salam, saya suka tulisan tuan… 🙂
Ali : Terima kasih…
rakan sebilik anda memang blogger terhormat di kolej kita… hahaha
Ali : Tiada taranya…
Hendak seribu daya X ndak seribu dalih usahakan agar perkhidmatan internet alternatif wujud di KKTAZ. Itu aje
haha… internet alternatif? kena la alter dulu, kan?