Cuti lagi?!

21 01 2008

Awal tahun 2008, warga WP Kuala Lumpur begitu mewah dengan cuti. Bermula dengan tahun baru, kemudian diikuti Maal Hijrah. Baru semalam PM mengumumkan bahawa WP Kuala Lumpur akan juga bercuti untuk sambutan Thaipusam. 1 Feb nanti pun cuti juga; Hari Wilayah pula. Minggu berikutnya, Tahun Baru Cina akan menyusul. Seronok duduk di Malaysia, cuti begitu banyak.

(dipetik daripada Berita Harian, 21 Jan 2007)

Putrajaya, KL cuti Thaipusam

KUALA LUMPUR: Thaipusam diisytiharkan sebagai cuti umum di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula pada perayaan tahun ini, yang disambut lusa.

Mengumumkannya pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri anjuran MIC Wilayah Persekutuan, di sini, semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan membuat keputusan itu sebagai menghormati permintaan masyarakat India dan penganut Hindu.

“Lagipun, setiap kali sambutan Thaipusam, jalan raya di Kuala Lumpur sesak sehingga menyukarkan orang ramai hendak pergi kerja. Namun kita bersabar atas dasar saling menghormati upacara sambutan kaum lain,” katanya.

Ketika ini, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti umum.


Tindakan

Informasi

3 responses

25 01 2008
ryan

Dalam 32 hari dalam tahun 2008 ne.. 3 hari public holiday. Dalam 2 bulan dapat 5 hari cuti.. adakah Malaysia negara yg mempunyai paling banyak public holiday di dunia?

Ali : Tidak juga… cuti Thaipusam, tidak semua negeri ambil. Cuti Hari Wilayah, hanya WP sahaja. huhu… Tapi, best juga banyak holiday nih…

7 02 2008
some1

sy suke cuti…sbb cuti sy bole blk mlk…xpun sy bole dating dgn some1 gi yankies hut…hahah…….hhaha

Ali : Cuti = study… haha

7 02 2008
some1

cuti =stady…helo…nk tanye..stady ke orang tu…huhh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: