Ada dua individu cukup terkenal di Malaysia yang telah menggemparkan seantero Malaya awal 2008. Siapa tidak kenal Dato Seri Dr Chua Soi Lek dan Faizal Tahir. Kedua-duanya membuat tindakan yang saya kira telah melanggari nilai timur yang kita canangkan selama ini.
Persamaan kedua-duanya? Setelah berlaku insiden berkaitan (skandal di hotel dan dedah tubuh di konsert), kedua-duanya melakukan tindakan serupa, malah saya kira mulia untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia. Mengakui kesalahan sendiri, seterusnya menurunkan ego dengan menyatakan kekesalan adalah tindakan mulia yang perlu dilakukan andai ada kesalahan atau kesilapan.
Namun, rakyat Malaysia tidak mahu sekadar maaf. Mereka perlu dihukum. Lantas, terpaksalah Faizal melupakan hasrat beraksi di AJL. Dr Chua lebih teruk, terpaksa melepaskan jawatan politik beliau.
Di sini, saya seru kepada rakyat Malaysia, bahawa sesungguhnya kemaafan itu sudah cukup mulia, jangan diminta agar pesalah itu dihukum. Lambat-laun, semua orang tidak mahu memohon maaf….