Ya! Seluruh penduduk Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi iaitu Kolej Ke-10 Universiti Malaya telah mendengar pengumuman rasmi di corong pembesar suara kolej petang semalam. Khabar angin kurang gembira yang telah sekian lama didengari akhirnya disahkan sendiri oleh suara wahyu yang berkumandang.
“… kepada semua penghuni kolej, perkhidmatan internet akan diberhentikan sementara waktu mulai 1 Februari 2008. Perkhidmatan ini akan disambung semula pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak…”
Persoalannya, apakah motif pemberhentian perkhidmatan internet? Tidak ada wang untuk selenggara? Apakah server kolej (yang baru diganti sem lepas) perlukan minyak pelincir setiap bulan? Sedangkan belanja perkhidmatan telahpun dipungut dari penghuni kolej sendiri sebanyak RM60. Apakah kolej tidak menyedari yang jika 200 orang mendaftar, wang kutipan berjumlah RM12000?
Untuk menangani isu ini, mana letaknya orang-orang yang boleh kita sandarkan? Sedangkan surat keraguan projek OPKIM boleh difotostat dan dipaparkan seantero kolej? Tidakkah mereka mendengar rungutan setiap orang di kolej? Apakah fungsi borang soal selidik yang telah kami isi?
Paling utama, tidak pernah dinyatakan apakah motif pemberhentian perkhidmatan ini. Tidak juga muncul mana-mana pihak, baik yang tertinggi, hinggalah kepada terendah, semuanya menyembunyikan jawapan dan menimbulkan teka-teki. Akhirnya? Penghuni kolej dibiarkan terkontang-kanting, terkulat-kulat dan hanya berlandaskan jawapan Swee Meng dan seangkatan dengannya.
Tidak pula dijelaskan bilakah mahu disambung semula. Kalau rosak, tunggu pulih baru sambung semula. Kalau tidak mampu selenggara, tunggu peruntukan, sambung semula. Kesimpulan mudah, tidak ada sebab perkhidmatan ini diberhentikan, maka tidak ada tarikh dan sebab untuk ia disambung semula.
Saya amat dukacita andaikata perkhidmatan ini ditamatkan. Ketepikan isu muat turun berlebihan. Kasihankan penghuni yang tiap hari membaca akhbar, membuat assignment, menggunakan perkhidmatan e-banking, hatta semudah chatting dengan rakan. Kasihan juga kepada penghuni yang rajin mengupdate blog masing-masing yang penuh info dan suara.
Kepada semua, mungkin blog ini akan menjadi lebih pasif selepas ini. Udah muak dengan pengurusan kolej. Budaya dan wajahnya sudah tiada. Slow Rock sudah lama berkubur. Pentas entah ke mana. Tempat letak motosikal dan kereta tidak terurus. Petempatan umpama kapal buruh kasar dari negara Afrika. Kafe yang hidupnya segan matinya tidak mahu. Festival Seni yang hilang warnanya. Jikalau dahulu, KK10 cukup meriah. Sebagaimana laungan saya dalam Minggu Haluansiswa empat tahun lepas, KKTAZ Kebanggaan Kita. Sekarang, kurang perkara yang boleh dibanggakan. Namun, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.
gile arr?
isk..isk..apa hendak jadi sudah dengan kolej kediaman kesepuluh ini…
wassup with the new admin??
Ali : Entah la… pengetua pun tidak muncul lagi di khalayak umum…
ados..kesiannya…tu pasal..aku suruh kuar KKTAZ awal2 xnak..hahaha…
aku plak menumpang wireless org..kehkehkeh
Pergh.. tensen siut gini… nak access tenet pon susah… nak baca brita.. tengok bola… argh…. gile ar diorg nih…
p/s : bajet aku dok situ je. hehehehhe
Ali : Haha!
a.ali.. nk jmp mster ke?? mster pn nk jmp semua.. beliau tgh uruskan hal2 defisit kolej oleh org2 yg x btggungjwb.. dh abis pkhidmatan pn msih ade d kolej.. prking akn dkembalikan.. intnet akn d’update’kn.. mslhny skrg ini, duit tlh lesap.. org2 yg btggungjwb ats soal selidik sdg kerja dlm proses lg.. rmi jugak yg isi tp x hntr..
a.ali, i think dat i never miss ur posts in blog.. even tyme cuti pn msih mgagahkn diri nk bukak ur page dgn keadaan intnt dial-up yg lbih2 lmbbny.. tp msih stia jugak sbb ianya sebuah internet.. sakit hati sgt bl tau intnt akn dbrhentikn cz slh satu agenda wajib setiap pg n tgh mlm is to view da latest news in utusan especially, bharian n hmetro.. huhu..
Ali : Thanks Izzah!
rm12000???? ini macam kes berat je. panggi je TV3 buat liputan permasalahan kat Kolej kesayangan ko Ali, selepas disiarkan pasti BPR akan masuk. Biar semua pihak buka mata pasang telinga, kalu perkara mcam ni tak boleh selesai secara internal.
byk utang yang “org lama” tgglkan…sempat vacation over sea b4 resign…bagus2…kolej terbilang~!
Ali : kau pun tiba-tiba jek tinggalkan kolej dan hutang… haha!
ataupun sengaja tak bagi student berblog. pilihanraya dah nak dekat. lumpuhkan teknologi. hehehe.
Ali : Di kolej ini masih ramai tidak aktif berblog. Dan jika ada yang aktif, tidak mahu berblog tentang politik, buang masa katanya. Banyak yg lebih memilih untuk berbicara soal ICT.
Secara jujur saya beritahu, perbincangan antara master dengan sukarelawan yang menjaga perkhidmatan tidak berlaku, seperti yang saya harapkan. Adalah malang sekali, bahawa orang tahu tidak dirujuk. Hanya mengharapkan orang yang tidak tahu apa-apa tentang keadaan rangkaian kolej.
Sekarang ia kelihatan seperti penghuni yang membantu menjaga perkhidmatan ini tidak wujud. Dan sebagai salah seorang yang menjaga perkhidmatan internet kolej, disebabkan saya seperti tidak wujud, tiada maknanya saya terus bertanggungjawab menjaga infrastruktur ini. Kenapa saya perlu menjaganya. Apabila arahan diberi tanpa dirujuk, dan sebab penutupan tidak diberi.
Saya bangga bahawa saya pernah cuba memberikan perkhidmatan ini kepada penghuni kolej, dan sebenarnya banyak kita sebagai krew network belajar dalam project ini. Ya saya keberatan untuk melepaskan sesuatu yang saya letak banyak usaha untuk menjaganya. Ya saya mungkin tidak memberikan perkhidmatan yang sangat baik, sekurang-kurangnya saya cuba.
Seperti yang pernah saya beritahu kawan saya, saya tidak akan menjaga perkhidmatan network kolej, dan sebenarnya, tiada sebab saya perlu menjaganya lagi.
Ali : Thanks Swee Meng. Moga gelap tak berpanjangan…
ehm…kktaz…kebanggaan sy….but now….tinggal hanya kenangan dan semuanya kenangan selamanya….
hai ali…walaupn dh terlmbt utk mmbce blog ni tp izinkan aku komen sikit..
agak x berstuju dgn sesetgh pihak yg mengatakan barisan JTK tidak berbuat apa2
mgkin penghuni kolej x npk apa yg jtk usahakn..dan bukan niat master xnk jumpa stdnt..tp jika kamu semua berada di tmpt JTK..apa perasaan korang sume bile bace bnda2 ni..
Lihat sndiri JTK..siapa yg sanggup pikul tggungjwb??pelajar 2nd year yang xpernh pergi kursus kepimpinan pun..mana org2 yang berpngalamn seperti ko dan yg lain2..
jgn slhkan org lain..kira bernasib baik org2 ni sudi lg mmbgnkan kolej..kalo x apa lah jd kolej ni..kalo x juga..msti master lama kekal smpi skrg kalo bkn jtk yang menyuarakan pertukaran ini,,kamu semua xnpk..kamu semua sntisa npk keslhn org yg berada diatas…septutnya sama2 lah menolong..ada ke brisn jtk ni dibyr,,ade ker brisn ni x menyuarakan mengenai parking,internet or apa2..pikir2kan lah
Ali : Terima kasih atas comment. Lain kali jangan tulis begini lagi ya! Ini bukan sms…
Salam Ali, ini kali pertama saya memberi komen dalam blog Ali. Sungguh luar biasa ISI yang awak TULIS. Bagus, ada potensi yang saya boleh nampak dalam diri awak. Saya dah baca lama soal yang ali bangkitkan. Setahu saya, awak rakan saya sejak MATRIKULASI kenal ali pun kerana NASYID. Saya ucap tahniah atas KEPEKAAN ali dalam isu-isu kolej.. Sekiranya boleh, tak perlulah tunggu dalam BLOG untuk menulis, kerana isi BLOG ALI bukan lah ONLINE UTUSAN yang wajib dibuka setiap hari.(FAKTA)Sekiranya ingin tahu sesuatu apasalahnya message arie terus,kan terus tahu kenapa MASTER berhentikan sementara. JIKA
terlalu sukar tidak ada yang paksa, cuma arie anggap you as my friend and a friend actually don’t have any barrier to aks something you need to know. SEKARANG INTERNET dah berfungsi kan, guna NIKMAT ALLAH beri selagi ada.
PEMBERHENTIAN SEMENTARA KERANA UNTUK PEMBAIKKAN YANG
DIBANTU OLEH EN BADRUL JUM’AT serta AZIM selepas perbincangan MASTER
dengan JTK dan azim,disaksikan oleh mami dan Suwari dan semestinya termasuk saya
di pejabat.
DAN TEMPOH PEMBERHENTIAN ADALAH
PADA 1 FEBRUARI HINGGA 12 FEBRUARI , SEMASA CUTI RAYA CINA DAN SEMETER 2. maybe ali tak balik pada waktu tu tinggal di KOLEJ, maka memang KASIHANLA pada awak kerana tiada INTERNET. 🙂
SEKIRANYA, ada alternatif lain yang lebih efektif, apasalahnya ali, TOLONG? dah BAGUS tulis dalam BLOG, tapi JIKA ikhlas arie alu – alukan tolong rakan – rakan kita.
BUAT PRAKTIKAL sikit. cuma cadangan. 🙂
Laslty, saya hargai apa awak tulis.
Ali : Terima kasih sudi melawat saudari Arie. Rasanya saya selalu msg awak kalau ada masalah, kan? Saya amat hargai jikalau sesuatu keputusan yang dibuat, dihebahkan dengan baik kepada semua. Tidaklah menimbulkan spekulasi. Anyway, thanks. Nikmat yang saya peroleh, saya syukuri.
er….orang dah sampai ke bulan….si dia baru nak belajar mekanik ……
orang dah nak pilihanraya, baru tahu bloq ini wujud…….
ini kah dikategorikan sebagai ” pelajar um” yg kononnye peka pd isu semasa..huhuh…..kredit to shahir n hasbie that update the current issue………
Ali : Tidak sabar hendak lihat jaringan berkembang…
salam for Opsss.. untuk pengetahuan anda, saya dah tahu lama kewujudan BLOG ini kan ali,, tapi bukanlah satu kewajipan untuk membalas komen dalam BLOG ini.. Then, kriteria pelajar UM bukan mencirikan TAHU KEWUJUdan blog ini. Harap tulis dengan berakal.
Ali : You have a point there Arie. But then, a long dispute means both parties are wrong…