Internet : Ruang kempen yang demokratik

28 02 2008

Seperti biasa, untuk pilihanraya ini, semua parti sudah memulakan kempennya. Parti BN sudah menggerakkan jentera seluruh negara, BA juga tidak kurang dengan manifestonya, Nenek Maimun sendiri telah menempah poster, cuma belum digantung sahaja.

Rata-rata ahli masyarakat mengakui bahawa kempen pilihanraya tidak adil. Ya! Saya akui. Parti pemerintah begitu berleluasa menggunakan media perdana seperti TV dan akhbar untuk berkempen, sedangkan parti lain tidak. Besar terpampang di akhbar tentang undilah BN. Namun, jika melihat dari perspektif lain, saya suka design kempen BN di suratkhabar-suratkhabar. Cantik!

Maka, untuk lebih adil, semua orang pada tahun ini berlumba-lumba berkempen melalui internet. Masa ini, semua parti sudah mempunyai domain sendiri seperi http://bn2009.org.my/ atau http://pru12.pas.org.my/. Yang lain-lain saya tidak mahu senaraikan di sini. Kebanyakan calon juga sudah mempunyai blog sendiri sebagai tempat untuk berkempen.

PRU12 BN

PRU12 PAS

Kalau hendak menjadi pengundi bijak, layarilah internet untuk memperoleh maklumat ya!





Terima kasih…

28 02 2008

Kolej 10 baru pulih daripada masalah ketiadaan internet. Semasa ada masalah dengan internet, saya buat entri tentang itu

Kini, apabila internet sudah pulih, tidak adik pula kalau tidak menulis sesuatu.

Kadang-kadang, apabila internet tiada, keadaannya lebih elok. Roomate saya misalnya, sudah tahu tidur awal setiap malam. Azim dengan Arif main game bersama-sama dua hari lepas. Hubungan sesama rakan sebilik semakin akrab. Haha! Itulah rahmat tidak berinternet.

Apa-apapun, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang berusaha. Sdr Azim katanya yang paling sibuk. Huhu…





Awalnya saya tertawa. Kini saya terharu. Undilah dia…

27 02 2008
Internet masih tiada di bilik. Oleh sebab kesuntukan masa untuk membuat entri, saya terus petik daripada sahabat saya Otel. Trimas Otel!!!
Kisah seorang nenda berusia 89 tahun yang akhirnya terkabul hajat bergelar calon pilihanraya pastinya dinanti-nanti kebanyakan pihak. Berikut adalah 3 potret gambar yang saya petik dari galeri pilihanraya website tertentu untuk menunjukkan kepada kalian, KEGIGIHAN SEORANG NENEK BERKEMPEN !
Nenda Maimun di hadapan terataknya. Mula atur strategi!

1.Nenda Maimun, 89 tahun berdiri di hadapan teratak usangnya untuk memulakan hari-hari penuh gembira yang setelah sekian lama dinantikan oleh nenek ini. Hari bergelar seorang calon PRU. Lihat penampilannya, tanpa baju kurung berlabuci (kebanyakan calon lain gemar memakai), tanpa fesyen tudung (berjambul atau bermanik) , tanpa kederaan pacuan 4 roda dan semestinya tanpa sesiapa di sisi. Nenek ini tetap tersenyum gembira memulakan langkah kempennya.

Mesra Gerai.

2.Memilih strategi ‘mesra gerai’ ! Tanpa perlu markas, tanpa perlu mikrofon. Nenda 89tahun ini menjalankan ceritera kempennya dengan menemui para pengundi dari gerai-gerai yang ada sekitar kampung halamannya. Sambil bertemu, sambil itu jualah nenda mencanang ‘ketidakpuashatian’nya kepada apa yang telah ada dan ambil kesempatan meraih undi. Agaknya, apakah manifesto insan super- veteran ini ya ?

lambaian harapan. Undi Nenek!

3. Menyusuri jalanan di kampung tercintanya, hanya berbasikal tua. Nenek ini melambai dengan penuh harapan kepada para pengundi yang ada agar ‘jangan lupa pangkah nenek ya’. Kayuhan dan lambaian nenek ini sambil tersenyum puas jelas menunjukkan betapa hati nenda ini sangat lega dan gembira akhirnya liputan aku sebagai calon menjadi kenyataan !

Dipetik dari malaysiakini – Maimun berkata, PAS mahu menjual negeri Terengganu kepada Jepun kerana lambang PAS hampir sama dengan bendera negeri matahari terbit itu. Menurutnya, beliau tidak mahu Terengganu menjadi seperti Singapura dan Pulau Pinang yang menjadi “negeri orang Cina.”

“BN pula mahu menjual negeri ini kepada orang luar dan kerana itu mereka buat bangunan tinggi supaya orang luar datang,” katanya. — mungkin ada benarnya firasat insan tua ini ?

Renunglah bersama —

Kadang-kadang dalam hidup ini, kemenangan tidak memberikan kita erti kepuasan yang sebenar. Tetapi, dapat melakukan dan melaksanakan apa yang dicita-citakan, pasti memberi nilai kepuasan yang optima. Inilah harga sebuah kesabaran dan kecekalan, Allah izinkan jua nawaitu nenda ini bergelar calon sebelum Allah menjemput diri nenda kembali ke pangkuan – Nya.

‘Percaya dan Yakin pada rezeki dan ketentuan Allah’





Ibu, Salam Ulangtahun Kelahiran…

26 02 2008

ibu.jpg

Internet tiada di kolej. Sudah beberapa hari tidak mengemaskini blog. Jangan berdebu sudah la… Namun, hari ini saya cari juga internet semata-mata untuk menulis entri ini.Hari ini, 26 Februari 2008 merupakan ulangtahun kelahiran ibu saya yang ke-46. Saya di kolej, tidak berkesempatan hendak sambut bersama. Selamat harijadi ya ibu! Nanti masa pilihanraya la kita sambut ya.

Genting 1990




Nenek tercalon, PMN tidak…

24 02 2008

Seperti biasa, hari penamaan calon akan menyaksikan pelbagai perkara menarik yang berlaku. Namun, yang paling menarik perhatian saya adalah dua perkara:

Maimun

  1. Parti Mahasiswa Negara (PMN) hanya sekadar gimik apabila tiada seorang pun wakilnya bertanding baik di Kepala Batas, Jeli mahupun Semberong. Sumber harakahdaily.net melaporkan bahawa PMN dihalang daripada menghantar pencalonan di Dewan Millenium Kepala Batas. Bersungguh-sungguh saya menantikan kemunculan sebarang calonnya, namun tiada jua akhirnya. Memang gimik pilihanraya paling besar saya rasa. Apakah halatuju perjuangan PMN? Tidak dapat meletakkan calon, tiba-tiba menghantar tuntutan kepada parti-parti bertanding agar melaksanakan perkara tertentu jika menang pilihanraya.
  2. Di Parlimen Kuala Terengganu, seorang nenek bernama Maimun Yusof berumur 89 tahun menjadi calon? Entahlah. Hendak gelak pun ada juga. Nenek berumur 89 tahun menjadi calon di kawasan panas pula. Tapi, inilah yang memberi warna baru dalam pilihanraya, bukan sekadar biru dan hijau sahaja. Terdetik persoalan oleh Wan Aizu dan Judin; Apa manifesto mak cik ini?




KKTAZ Kebanggaan Saya II : Kasihan Saya

23 02 2008

Sebulan lepas, dalam blog ini saya telah membuat entri berkenaan kolej saya. Kolej 10 yang tercinta. Pelbagai respons saya terima. Terima kasih buat semua.

Paling mengharukan saya ialah apabila presiden KK10 sendiri, sdri Arie Sakina Abdussyukur mencoret sesuatu dalam blog saya ini. Rasa terharu dan bangga apabila beliau mencemar duli melawat blog saya dan lantas meninggalkan komen.

Saranan beliau, “… apa salahnya ali, tolong?… jika ikhlas, Arie alu-alukan tolong rakan kita…”. Ayat ini jika diterjemahkan oleh yang tidak mengetahui seolah-olah saya seorang yang hanya tahu menulis tetapi tidak mahu tolong. Saya sentiasa mahu menolong. Namun…?

Disuruh menolong menguruskan pasukan debat KK10, saya tolong. Tanpa bantuan kolej, saya hantar juga pasukan yang akhirnya menjerat saya dan sdri Wan Fairuz kerana pengetua tidak mahu melayan claim yuran saya. Kasihan saya…

Bersemangat menolong untuk menjadi PM, tidak dilayan. Malah, yang tidak mengisi permohonan PM dapat pula. Akhirnya, saya juga yang cemburu dengan PM semasa MHS. Kasihan saya…

Diminta oleh sdri Arie Sakina untuk membantu emcee MGS ke-10, saya setuju. Tetapi, rehearsal di kolej dan dry run di Genting tidak mengizinkan saya campurtangan. Kasihan saya…

Mungkin saudari Arie mempertikaikan, mengapa semasa pertemuan bersama-sama pengetua, tiada sebarang soalan daripada saya. Haha! Masalahnya, persoalan internet sudah terjawab. Saudara Azim telahpun terangkan pada saya, dan saya sudah faham situasi. Kalau sudah tahu, dan semua penghuni kolej pun sudah tahu, haruskan saya memperlihatkan kebodohan saya dengan bertanya isu yang sudah selesai? Mungkin sdri Arie tidak pernah mendengar pepatah Sudah Gaharu Cendana Pula…. (sambung sendiri). Saya belajar dari pepatah tersebut.

Di akhirnya, sdri Arie menimbulkan kenyataan bahawa beliau HANYA kenal saya melalui nasyid semasa matrik. Baguslah begitu. Jujur saya katakan, saya tidak mengenali langsung Arie semasa di matrik. Namun, saya kagum dengan kerjaya politik beliau di kampus UM ini sehingga mencatat nama sebagai SU MPM dan Presiden KK10.

Saya tidak mahu blog saya dijadikan bahan lepas geram semata-mata. Bukannya saya tidak pernah berurusan terus dengan sdri Arie. Kalau ada masalah yang tidak dapat diselesaikan, saya terus sms sdri Arie, namun tidak tahulah kalau beliau menyuruh PA beliau menjawab sms saya sehingga beliau terlupa yang saya pernah membuat direct contact dengan beliau.

Di akhirnya, harap isu ini tidak lama. Buat sdri Arie, saya akan tetap menolong kolej. Anak-anak buah anda sudahpun approach saya untuk membantu MGS. Saya ulang ayat terakhir saya salam entri pertama tentang kolej dahulu ; tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.





Pidato Antarabangsa 2008

23 02 2008

 

PABM08

Saya sekali lagi berkesempatan untuk menghadiri Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu. Kali ini, edisi 2008 yang lebih diperkemas dengan pengenalan kategori antarabangsa dan nusantara. Sungguh penuh Dewan Merdeka. Jikalau tahun lepas, YDP MPMUM pergi bersama dengan kabinetnya. Tahun ini? Tiada pula. Oh terlupa, mungkin tarikan Maya Karin di DTC lebih kuat daripada pemidato antarabangsa.

Persembahan pemidato yang bertanding membanggakan. Sebenarnya, saya tertarik dengan peserta dari USA yang begitu pandai bermain emosi dan menarik penonton, contohnya “… walaupun negara saya berperang dengan Afghanistan, namun hubungan akrab terjalin antara saya dengan peserta dari Afghanistan…” dan juga “… saya dilahirkan di Colombia, dibawa ke Amerika Syarikat, dibesarkan dalam keluarga angkat beragama katolik, berkahwin dengan warga Indonesia yang beragama Islam. Kadangkala, rakan-rakan mengusik saya mengatakan bahawa sayalah duta PBB mini…”.

Namun, Tuah lebih menyebelahi peserta kurang upaya dari negara Australia yang tidak saya nafikan kehebatannya di pentas perdana tersebut. Peserta Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Nampak gayanya, sdr Daud tidak tinggalkan UIAM begitu sahaja, beliau membina satu legasi dan platform besar untuk junior-juniornya.

Berikut adalah keputusan penuh Pertandingan Pidato Antarabandsa Bahasa Melayu 2008.

 

Kategori Nusantara

  •             Johan              : Farhan Nor Diyana Samsudin (Malaysia)
  •             Naib Johan    : Sujarhadi (Indonesia)
  •             Ke-3                : Malai Yunus Malai Yusof (Brunei)

Kategori Antarabangsa

  •             Johan              : Nicholas Charles Parson (Australia)
  •             Naib Johan    : Han Ziao (China)
  •             Ke-3                : Alena Bykova (Rusia)

 





Blog Readability : Genius!

22 02 2008

Trimas pjoyz sebab cerita pasal benda nih. Laman web tentang tahap pemikiran apakah yang diperlukan untuk membaca blog ini. Hasilnya, GENIUS. Haha! Saya tergelak sendirian. Tidak kiralah bagaimana laman web tersebut menilai, tetap saya hendak letak di sini.

Blog Readability

Ada sesiapa hendak cuba? Klik di sini.





Manifesto PAS dan Islam Hadhari

22 02 2008

PAS

Pelbagai gimik kempen pilihanraya dapat kita perhatikan. Paling hebat yang dilaung-laungkan oleh parti pembangkang ialah Negara Kebajikan yang dijanjikan. Lantas, PAS telahpun melancarkan manifestonya, yang katanya terdiri daripada 12 teras:

  1. Kerajaan beramanah, adil dan bersih
  2. Pengurusan berhemah (Pruden) kekayaan negara
  3. Jaminan keselamatan nyawa, keselamatan dan harta benda dengan membanteras jenayah
  4. Pendidikan menyeluruh pemacu perubahan
  5. Jaminan perkhidmatan kesihatan rakyat
  6. Kebajikan pekerja sektor awam dan swasta
  7. Pembelaan kebajikan menyeluruh mesra-rakyat
  8. Tawaran istimewa bagi kaum wanita
  9. Memajukan industri pertanian sekaligus membela kaum petani dan nelayan
  10. Dasar, etika dan amalan media massa adil, bersih dan demokratik
  11. Pemuliharaan alam sekitar
  12. Dasar perpaduan nasional

BN


Sekarang kita lihat pula apakah prinsip Islam Hadhari yang telahpun diperkenalkan 4 tahun lepas:

  1. Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
  2. Kerajaan Adil dan Beramanah
  3. Rakyat Berjiwa Merdeka
  4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan
  5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
  6. Kehidupan Berkualiti
  7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
  8. Keutuhan Budaya dan Moral
  9. Pemeliharaan Alam Semulajadi
  10. Kekuatan Pertahanan

Jika diperhatikan betul-betul, kedua-duanya seperti imej cermin. Walau nampak berbeza, tapi lebih kurang sama. Cuma satu dilabelkan kebajikan manakala satu lagi dilabelkan hadhari. Seronok juga menjadi pemerhati pilihanraya ini sebenarnya. Saya juga tidak sabar untuk menunggu apa pula gimik oleh Parti Mahasiswa Negara (PMN).





mahasiswakini.com

21 02 2008

Seorang sahabat saya menghantar sms kepada saya hari ini. Isikandungnya ringkas. Lawatlah mahasiswakini.com. Tidak membuang masa, terus saya menekan punat-punat papan kekunci ini dan…. tada! Terpaparlah lama web mahasiswakini tersebut.

Isikandungnya, saya tidak mahu komen banyak kerana setiap orang mempunyai idea dan pendapat tersendiri. Ada bersifat provokatif, dan tidak kurang juga yang sangat berguna kepada mahasiswa.

Saya berterus-terang sahajalah di blog saya ini. Mereka yang terpapar ni laman web mahasiswakini tersebut kesemuanya merupakan aktivis kumpulan promahasiswa. Siapa tidak kenal Shahir dan Hasbi yang telah memenangi kerusi umum PRK yang lepas.  Saya amat kagum dengan mereka yang begitu peka dengan perkembangan semasa dengan mempunyai blog dan laman web masing-masing. Sekadar berkongsi, bekas YDP MPP USIM, sdr Mohd Hariri juga mempunyai blog yang sarat dengan maklumat berguna.

Maka, selepas bersiar-siar di  laman web dan webblog mereka, saya tertanya-tanya, mana pula blog YDP MPMUM dua sesi berturut-turut, iaitu sdr Affendy Sutrisno? Selain itu, semasa manifesto PRK dahulu, sdr Fatni Abdussyukur yang membentangkan tentang tangki air gergasi, mengapa mahasiswakini yang beri jawapan?

Kepada yang berkenaan, jika terbaca catatan ini, buatlah sesuatu (ataupun jika sudah  ada blog sendiri, let me know. I’ll tell the world). Kepada barisan pro-mahasiswa, jangan mendabik dada pula ya! Jaringan pendebat IPT saya rasa lebih besar! Kepada pendebat IPT, jangan biar blog anda berhabuk sahaja… haha!